bab 6

True Story Completed 2298

Adakah masa terlalu pantas ataukah aku yang baru tersedar dari mimpi. Kami dah bersama sudah hampir 6 bulan. Mungkin bagi orang lain, 6 bulan itu bukannya waktu yang lama sehingga perlu di banggakan tetapi bagi aku ini sangat mengejutkan kerana dalam 6 bulan ini tiada sehari pon aku rasa kasih sayangnya padaku berkurang. Walaubagaimanapun mana ada pantai yang tidak berombak begitu juga mana ada hubungan yang tiada dugaan tapi bagiku selagi itu boleh di kawal itu akan baik-baik sahaja. Walaupun kami baru 6 bulan tetapi ia telah memperkenalkan aku pada ibunya. Ibunya menyambut baik kehadiran ku dan sangat mempercayai ku untuk menjaga anaknya.

Geloranya semakin berasa apabila suatu hari secara tiba-tiba di saat kami video call seperti biasa, ia bertanya apakah pendapat ku kalau ia berhenti dari kolej ini. Pada mulanya aku terkejut dan mempersoalkan kenapa ia membuat keputusan itu. Jawabnya ia tertekan bukan sebab pembelajaran tetapi ia cuma tertekan dengan orang sekeliling contohnya kawan-kawannya yang talam dua muka, sakit hati dan banyak lagi. Aku ini seorang yang tidak suka stress untuk benda-benda yang kecil dan tidak penting dan bagi aku ini salah satunya. Sejujurnya aku sayang, mungkin terlalu sayang tapi bagi aku di saat itu, kalau ia berhenti sekali pon takkan ada yang berubah sebab di kolej ini jaga kami harus menjaga batas diantara kami jadi sama je lah kan? Selain itu aku juga tak perlulah mendengar luahan perasaannya yang selalu bercerita kecewa dan sedih pada kawan-kawan dia. Setelah membuat keputusan dengan bodohnya mengatakan 'saya ok je, kalau itu yang terbaik saya ikut je'. Dengan nada yang agak sedih ia mengatakan ia kecewa dengan aku. Ia berkata aku seolah-olah lebih suka jika ia keluar dari kolej ini dan ada juga ia menuduh aku yang bukan-bukan. Nasib baiklah perbalahan itu tidak terlalu teruk dan dapat di selesaikan dengan baik pada malam itu juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience