bab 4

True Story Completed 2298

Dengan suara yang lembut ia memujuk aku dengan kata-kata yang indah 'awak... Saya ni tak famous pon, sekali post pon sikit je yang like, saya bukan tak nak terima awak cuma boleh tak kalau kita berkenalan dulu?' sedang nada yang agak kecil aku terima keputusan itu dan pada malam itu kami pertama kalinya call dan sleep call bersama. Di hari ketiga kami berkenalan, kami semakin mesra walau tidak rasminya bercinta. Terkadang kami ada juga berjalan ke kelas bersama. Walau bagaimanapun kami harus juga menjaga batas kami kerana aku seorang senior dan dia seorang junior itu boleh menjadi berita panas untuk kawan-kawan aku. Pada malam itu, kami berbual melalui call. Perbualan kosong yang kami bualkan bagai tidak ada penghujungnya. Perbualan kosong itu bertukar menjadi perbualan yang sangat berharga. Di saat kami bergurau, dengan spontannya aku bertanya adakah ia suka pada ku. Sambil ketawa ia berkata 'mestilah saya suka berkawan dengan awak'. Setelah aku mendengar jawapannya aku terdiam sebentar bukan kerana kecewa tetapi cuma sedikit hampa.

Dengan nada yang lembut aku berkata 'saya suka awak lebih dari seorang kawan'. Ia berhenti ketawa dan terus terdiam. Aku masih melanjutkan luahan ku dengan berkata 'saya sedar saya ni siapa, saya tak layak dengan awak. Saya terima kalau kita hanya mampu menjadi kawan sahaja' Dengan pasrahnya aku berkata. Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, dengan lembut ia berkata 'sebenarnya saya pon sukakan awak dan sebenarnya saya dah lama terima awak, cuma saya tak berani nak cakap sebab sebelum saya masuk kolej ni saya pernah cakap dengan kawan-kawan saya yang saya masuk kolej ini untuk belajar dan takkan jatuh cinta dengan sesiapa pon dalam kolej ni'. Setelah mendengar jawapannya aku keliru antara aku ingin bahagia kerana ia ada rasa yang sama dengan ku atau bersedih kerana masih ragu dengan cintanya. Walau berat untuk aku katakan tetapi aku cuba untuk membuat satu perjanjian dengannya. 'Ok, apa kata kita cuba dulu setahun ini. Selepas setahun, kalau awak tak boleh terima saya. Sa.. saya akan menghilang dari hidup awak'. Dengan pantas ia membangkang cadangan ku 'tak nak! Saya tak nak awak ada dengan saya setahun je, saya nak awak ada dengan saya selamanya. Awak... saya terima awak, saya sayangkan awak'. Dari nada suaranya ia membuat aku yakin dengan cinta yang ia ucapkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience