Keesokan harinya kami menjalankan aktiviti kelas seperti biasa. Walaupun aku dan dia dah mula rapat tetapi kami masih susah berbual secara bersemuka. Itu sengaja kami lakukan kerana kami tidak mahu ada apa-apa gosip tentang kami tersebar di kolej ini. Pada malamnya kami bermesej seperti biasa dan mungkin sedikit lebih mesra. Kami mula bergurau dan bercerita tentang perkara-perkara yang tidak akan di bualkan oleh kawan biasa. Kerana tidak mampu menutup rasa ini lagi, aku cuba bertanya padanya apakah ia sudi untuk tukar dari chat ke call. Dengan cepat dan tanpa alasan ia menerima pelawaan aku. Lalu kami terus call dan sambung perbualan kami dengan lebih mesra.
'Pada malam yang gelap ini, awak perasan tak yang malam ini tak ada bintang yang menghiasi langit'. Tanya aku padanya secara tiba-tiba. Dengan spontannya ia menjawab 'Tibenya, kenapa awak tengah tengok bintang ke'. 'Awak tahu tak kenapa tiada bintang yang menghiasi langit malam ini' sekali lagi aku bertanya padanya. 'entah lah awak, mungkin nak hujan kot'. Jawabnya dengan nada sederhana. Dengan nada yang lembut dan penuh emosi aku membalas 'Salah, bintang itu sengaja memberi ruang untuk kita hiasi langit ini dengan keindahan cinta kita'. Ketika itu ia terdiam sekejap sambil menahan ketawa kecilnya. 'ehhh buaya ni dah mula lah tu'.
Bagai air yang melimpah dan bagai bom yang menunggu waktu untuk meletup, aku tak mampu menahan rasa ini lagi. Tanpa aku sedari aku terus bertanya adakah ia sudah berpunya. Dengan gurauan ia menjawab 'belum, kenapa awak nak ngorat saya ke'. Dengan menahan malu aku menjawab pertanyaan itu dan meluahkan segalanya 'boleh ke kalau saya ngorat awak? Sebenarnya saya sukakan awak sejak pertama kali kita jumpa kat tempat bola tampar tu'. Ia tidak menjawab sepatah kata pun tetapi aku terus meluah perasaan ini 'saya tak tahu kenapa, bila dengan awak saya rasa tenang. Tapi saya sedar saya ni siapa. Awak kan terkenal kat TikTok mesti ramai yang sukakan awak kan?'.
Share this novel