Keesokannya, sebelum aku berangkat ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, hati ini terdetik untuk melihat story Instagramnya. Dalam hati ku, mesti dia ada post gambar-gambarnya dan mungkin aku boleh ambil dan simpan untuk menambah koleksi gambarnya. Aku bagai tidak percaya, cuba ku menafikan apa yang ku lihat. Gambar seorang lelaki yang tidak aku kenali terpapar di story Instagramnya. Aku terkejut sehingga tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku membuka whatsapp dan tiada satu mesej pon darinya. Aku cuba call dan mesej untuk meminta penjelasan tetapi tiada satu pun yang di balas. Aku mati akal dan pasrah untuk meminta perjelas. Dan akhirnya aku hanya menulis 'saya tahu gambar lelaki tu benarnya kawan-kawan awak post kan? Mereka yang main fon awak kan'. Setelah mesej itu dihantar akhirnya ia membalas mesej ku dengan hanya berkata 'ye, kawan saya main fon saya' lalu sambung menghilangkan diri. Aku cuba menenangkan hati ku dan cuba berfikir ini hanya salah faham.
Satu jam kemudian setelah selesai menunaikan solat Jumaat aku sekali lagi cuba melihat apakah ia ada mesej ku tetapi harapan di hempas begitu sahaja. Aku termenung dan berfikir apakah aku selama ini hanyalah sebuah boneka yang untuk menemani saat ia sunyi. Mustahil gambar itu perbuatan kawan-kawannya sebab kalau betul gambar itu di post oleh kawannya kenapa ia tidak padam walaupun aku sudah menegurnya tentang gambar itu. Ya Allah, hinanya aku. Sakit, kecewa, sedih dan perbagai rasa bercampur hingga tidak mampu aku menahan air mata lagi. Seharian aku di dalam bilik dan berfikir apa salah ku sehingga ia tegar curang dengan aku. Walaupun ia yang curang entah kenapa aku tak mampu untuk meletakkan salah ini padanya. Aku lebih rela menyalahkan kawan-kawannya di kolej ini, sebab mereka shafiqa membuat keputusan untuk keluar dari kolej ini. Aku lebih rela menyalahkan diri aku sendiri. Tidak, ini memang salah aku. Jika aku melayan ia baik-baik saat dia ada di sisi aku mesti dia tidak akan keluar dari kolej ini. Kalau aku halang dia dari keluar dari kolej ini mesti dia akan ada di sisi aku lagi sekarang.
Share this novel