bab 12

True Story Completed 2298

Dalam keadaan ini aku berfikir aku harus mengalah sedikit demi menyelesaikan masalah ini. 'dah lah awak, awak takyah lah nak jelaskan apa-apa'. 'awak... Saya minta maaf'. 'Siapa dia? Dia tu hujut sebelum saya lagi ke?'. Setelah aku bertanya demikian barulah ia terbuka untuk menjelaskan segalanya. 'Dia sebenarnya sebelum awak. Dia tunggu saya sebelum ni. Baru-baru ni dia jumpa ibu cakap nak serius dengan saya'. 'ohh maksudnya saya ni tempat awak hilangkan bosan je kan, saya ni peneman awak kat sini je kan. Atau awak terima saya sebab kesian'. Tak... Saya memang sayang awak, saya suka awak. Sejak pertama kali kita kenal awak tak pernah tinggikan suara awak kat saya dan mula dari situ saya mula suka awak cuma saya minta maaf'. Setelah mendengar luahannya dengan nada yang perlahan dan di diiringi air mata aku berkata 'kenapa awak buat saya macam ni, awak sanjung saya. Awak buat saya terlalu sayangkan awak. Awak ingat senang ke hidup saya lepas ni tanpa awak. sumpah sakit awak'. Aku teruskan meluah seluruh rasa ku walaupun bibir terasa berat hati rasa terpukul. 'Dah lah awak, kita dah cukup setahun bagi saya ini pon dah cukup. Takpe lah saya maafkan awak saya harap awak bahagia dengan dia'. 'Saya taknak hilang awak'. 'awak memang dah hilang saya sejak pertama kali awak post gambar dia. Tak maksud saya, awak memang dah hilang saya sejak pertama kali kita bercinta dan jadikan saya boneka awak. Selepas aku melafazkan salam perpisahan buat yang terakhir kalinya, aku terus menutup call dan sesudah itu perasaan ku bagai mati separuh rasa. Di malam itu aku menangis sejadi-jadinya meluahkan rasa kecewa terhadapnya. Yang ku harapkan, semoga tangisan malam itu dapat membasuh luka hati ini dan membasuh semua kenangan bersamanya.

Di keheningan aku cuba untuk tidak meratapi perpisahan ini. Tiada dendam ataupun tidak puas hati diantara kami. Kelegaan inikah yang ku harapkan? Walaupun ini bukan pengakhiran yang ku harapkan tetapi telah ku anggap tiada jodoh di antara kami. Aku doakan yang ia bahagia bersama orang yang ia cintai. untuk keadaan aku, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana aku percaya aku akan bahagia suatu hari nanti. Adakah aku tenang sejak kejadian malam itu? Insyaallah aku tenang tetapi rasa sakit, kecewa, rindu dan bayangnya akan tetap ada di hati ini. Sakit ini sangat menyiksa ku. Walaupun luka ini hanya sekerat rasa tetapi luka ini tetap memberi parut kekal yang kan ku simpan sampai hujung nyawa ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience