Hilang jasad dari pandangan itu cukup membunuh kau secara perlahan. Hari ini permulaan baru bagi ku. Tiada lagi dia yang Sentiasa di sisi. Walaupun kami berjauhan aku cuba yakinkan diri ini, cintanya padaku takkan hilang. Maka dengan itu aku kena kuat untuk pertahankan cinta ini untuknya. Bagi ku hanya sedikit sahaja yang berubah. Hanya jasad yang tidak dapat menemaniku di sini sebagai pengganti kami semakin kerap video call dan dan sering update apa yang kami ingin lakukan. Sumpah sekarang aku baru sedar betapa berharganya ia dalam hari-hari ku. Aku pernah memberi tahunya betapa rindunya aku saat dia berada di sisi ku. Sebenarnya aku sedar beberapa bulan setelah kami bercinta mula-mula dulu, layanan ku padanya mungkin agak kurang. aku terlalu jaga batas dan tidak mahu orang bercerita tentang kami hingga aku tidak perasan ia terasa terabai.
Suatu hari, ia memberi tahu ku, ia ingin keluar bersama kawan-kawan wanitanya dan aku seperti biasa membenarkan walaupun sebenarnya aku tidak pernah menghalang apa yang ia mahu lakukan. Di saat itu aku video call dengannya sambil menemaninya bersiap untuk keluar. Entah kenapa di hari tu ia terlihat sangat cantik. Senyuman dan manjanya sangatlah lain dari biasa. Aku ingin sekali hari tu menghabiskan masa ku dengan menatapnya dan mengagumi kecantikannya tetapi di saat itu aku harus pergi ke kelas dan aku juga tidak mahu mengganggu hari ia bersama kawan-kawannya. Dengan perasaan yang sangat berat aku memberi pesanan untuknya. 'Sayang jaga diri, jaga mata, jaga hati. Saya sayang awak, sayang sangat-sangat' kata yang biasa ku berikan padanya tetapi kali ini agak berbeza. Entah kenapa kali ini aku meluahkan seluruh rasa dalam kata-kata itu. Aku dengan bersungguh-sungguh mengatakan 'saya sangat-sangat sayangkan awak'. Hari ku hanya diisi dengan berfikir kenapa dengan aku hari ini? Setelah malam aku sengaja tidak mengganggunya. hal itu aku lakukan kerana aku berfikir yang ia akan menghabiskan masa sehingga malam bersama kawan-kawannya dan aku hanya menghabiskan malam itu dengan mengulang kaji dan tidak menyentuh telefon sama sekali.
Share this novel