bab 1

True Story Completed 1950

Aku Ashraf pelajar ekonomi di satu universiti di Terengganu. Orang orang yang selalu gembira dalam hidupnya. Seorang lelaki yang bertanggungjawab tetapi lebih memilih untuk tidak menonjolkan diri pada semua orang.

Hari ini, adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh semua senior. Hari ini adalah hari kemasukan pelajar-pelajar junior baru di kolej kami dan kebetulan kos kami akan menerima junior walau pon kami sendiri baru berdaftar belum sampai setahun. Mesti korang tahu impian setiap senior lelaki ialah untuk mengorak junior-junior wanita yang baru masuk. Jujur aku pon ada niat seperti itu. Tetapi aku cuba untuk kali ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan cara kenal dulu dan tak terlalu cepat suka pada orang.

Di hari pertama mereka, pegawai meminta bantuan aku dan beberapa orang dalam kelas aku untuk membawa junior kami bersiar-siar mengenali kawasan kolej kami. Pertama kali aku melihat junior-junior aku, aku rasa tiada satu pon yang aku suka atau rasa nak mengorat. Jadi aku membuat kesimpulan, mungkin nanti aku akan bercinta dengan pelajar kos lain. Setelah petang, setelah kelas tamat kami di benarkan untuk membuat aktiviti bebas dan aku memilih untuk bermain bola tampar. Di saat aku dan kawan aku sedang bermain datang seorang wanita berkata ia mahu bermain bola tampar bersama kami. Di sebabkan dia seorang sahaja wanita maka aku mengajak beberapa senior wanita untuk bermain bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience