BAB 11

Family Completed 3482

1 November 2035

“Aku mula menaip. Menyambung cerita yang tidak aku lengkapkan semalam kerana ketandusan idea yang parah sekali. Aku hari ini tidak terperap di dalam bilik menghdap komputer riba kerana hujung minggu macam ni, seronok kalau pergi tempat-tempat yang boleh tenangkan fikiran.

Pergi tasek ke, laut ke, apa-apa lah. Yang penting dapat tenangkan fikiran. Algi-lagi kalau dapat pekena pavlova buatan kak long. Peh! Memang powerlah. Serat merta idea dapat untuk terus menaip. Hehehe..

Sepanjang jalan aku di tasek ni, macam-macam yang aku nampak. Bukan nak cakap aku baik. Aku pun tak baik mana. Cumanya, aku terbayangkan sesuatu. Sesuatu yang ada kaitannya dengan cerita yang cuba aku siapkan sekarang. Yang masih berada di pertengahan cerita yang aku tak tahu macam mana nak buat klimaksnya.

Nampak macam senang bila pihak produksi memberi kerja dengan tajuk tertentu. Tapi bila dah mula menaip jalan ceritanya, pening sikit kepala den. Tak pelah, semua ni rezeki.

Dalam perjalanan aku di tasek ni, aku terserempak dengan pelbagai pasangan. Ada yang bersama keluarga dan anak mereka, ada yang hanya berdua sahaja. Mungkin mereka pengantin baru. Entahlah.

Sejenak aku duduk di bangku batu yang di buat untuk pengunjung tasek ni. sambil aku menggalas beg yang berisi koputer riba milik aku.

Aku memandang laluan air tasek tu yang aku tak tahu ke mana penghujungnya. Tenang sahaja ia mengalir membawa arus.

Di hujung sana, terdapat sepasang pasangan yang bahagia bersama anak mereka. Lelaki dan perempuan. Masih kecil lagi. tiba-tiba, aku mendapat ilham yang tak di rancang. Tapi, boleh ke idea ni aku masukkan ke dalam cerita ni?

Cubalah dulu….”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience