bab 5

Family Completed 3482

05 Februari 2016

Semakin hari semakin besar perut ummi. Aku makin tak sabar nak tunggu adik aku lahir ke dunia ni. aku tengok ummi sedang duduk berehat sambil membelai perutnya yang membesar tu.

Aku dapat membayangkan macam mana tika aku di dalam perut ummi dulu. Tapi, waktu aku dalam perut ummi dulu selalu juga aku merasa kesakitan yang perit. Mungkin itu sentuhan dari ummi kut.

Aku mendengar ummi berkata-kata sendirian. Sambil dia menghisap sesuatu kemudian dia menghembuskan asap yang tebal ke udar. Aku melihat kepulan asap yang cantik berterbangan di udara.

Aku merangkak mengejar kepulan asap itu. Ummi melihat pergerakan aku, aku tertawa melihat wajah ummi. Ummi juga tersenyum melihat aku. Aku diabiarkan mengejar kepulan itu.

Ummi berdiri di sebalah ku. Makin tebal asap yang berkepulan di udara. Kemudian, bila ummi penat untuk berdiri, dia kembali duduk di sebelah aku. Berhembusan kepulan asap di hembuskan di wajah ku.

Seketika kemudian, aku merasakan berada di awangan. Nafasku seakan terhenti sekejap. Bau asap yang teramat busuk menusuk ke rongga hidungku.

“Sedap tak bau vape ummi?” Soal ummi, seolah dia juga memahami apa yang aku katakan. Aku ketawa melihat ummi. Begitu juga dengan ummi, tertawa melihat aku.

Makin lama, bau vape yang ummi masukkan ke mulut kemudian dia keluarkan asapnya melalui mulutya membuatkan aku makin sesak nafas.

Tidak pada ummi, dia suka melihat aku seakan ingin berhenti bernafas. Aku akhirnya menangis kerana tidak tahan bau yang berhembusan ke udara.

“Menangis! Tu je yang kau tahu.” Marah ummi. Kali ini muka ummi jelas kebengisannya. Tiada lagi senyuman yang melakar di wajahnya.

“Kuat lagi kau menangis! Aku tampar kau kejap lagi!!” Ummi makin berang dengan tangisan ku. Bukan aku sengaja nak menangis, tapi aku tak tahan dengan asap yang ummi beri.

“Kau ni kenapalah tak nak mampus je masa dalam perut? Lahir je menyusahkan aku!!!”

Tanpa belas kasihan, ummi memijak perut ku. Allah!!! Sakitnya!! Aku terus menangis. Menangis sekuat hati. Memohon simpat dari ummi agar berhenti memijak aku. Tapi ummi hanya ketawa melihat aku yang kian kuat menangis.

Aku mengharapkan kak Hada segera datang ke arah kami. Kerana kesakitan yang kian menusuk membuatkan aku terus-teusan menangis.

Alhamdulillah. Kak Hada datang tepat pada waktu. Aku makin lama rasa lemas. Mengharapkan simpati dari ummi, tapi ummi tak hiraukan.

“Puan! Jangan macam ni!” Jerit kak Hada, dia cuba melepaskan kaki yang memijak aku. Ummi tidak hiraukan juga rayuan dari kak Hada.

“Puan.. saya merayu puan. Tolong lepaskan Huda. Jangan seksa dia macam ni puan.” Aku melihat tangisan di wajah kak Hada.

Ummi hanya memandang aku dengan senyuman sambil menghisap benda yang di panggil vape itu. Kak Hada sudah memegang aku. Cuba melepaskan kaki ummi dari terus memijak perut ku.

Hampir lima minit kak Hada memujuk ummi supaya jangan seksa aku begini. Apa salah aku sehinggakan ummi memperlakukan aku sedemikian rupa?

“Lain kali jangan biarkan budak ni merayap sebarangan dalam rumah ni. kalau tidak, nasib dia sama dengan nasib anak kau yang dulu.” Ummi berlalu. Sempat lagi dia menunjal kepala kak Hada. Kesiannya.

“Sshh.. Sabar sayang. Ummi ada. Jom kita masuk bilik.”

Kak Hada mengendong aku, membawa aku masuk ke dalam bilik. Menenagkan aku dari terus menangis.

“Sayang.. jangan menangis ye. Ummi ada, ummi akan jaga sayang. Ummi takk biarkan sayang di sakiti lagi. ummi janji ye sayang.” Kak Hada berkata sambil mengurut tubuhku yang sakit.

Walaupun urutan yang ummi berikan hanya perlahan, namun kesakitan yang di rasakan menusuk sehinggakan aku merasakan tulang di tubuhku seolah dah patah.

Aku berhenti menangis. Aku melihat ada manik putih jatuh dari kelopak mata kak Hada. Adakah dia juga merasa kesakitan yang aku rasakan juga? Usahlah menangis kak Hada. Hudakan kuat!

Aku tersenyum melihat kak Hada. Airmatanya di seka namun urutan di badan aku belum lagi dia hentikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience