BAB 9

Family Completed 3482

12 Februari 2016

Televisyen malam ni tak banyak menyiarkan cerita-cerita yang seronok untuk di tonton oleh ummi waktu macam ni. aku yang di bawa oleh kak Hada ke dapur hanya di baringkan di satu sudut meja makan di dapur sementara kak Hada menyambung kerjanya.

Tuk! Tuk!

Ketukan di pintu menyentakkan kami semua termasuk aku. Siapa pula yang datang malam-malam macam ni. tak tahu ke waktu macam ni ummi nak berehat dekat rumah?

“Hada!!!” Jerit ummi. Bergegas kak Hada membuka pintu. Aku hanya di biarkan di dapur sahaja. Mujur aku tak degil nak menjenguk juga ke muka pintu. Kalau tak, mesti sekarang ni aku dah arwah.

“Abang…” Sepatah perkataan yang keluar dari mulut kak Hada sudah membuatkan ummi tersenyum gembira. Sudah pastinya tetamu yang datang tu adalah walid!

“Hada, sihat?” Soal walid. Sungguh penyayang. Tangan walid di cium kerana taat seorang isteri.

Ummi juga bangun pergi ke arah walid. Melakukan hal yang sama seperti kak Hada lakukan sebentar tadi.

“Isteri abang sihat?” Sekali lagi soalan yang sama walid bertanya kepada ummi. Ummi hanya tersenyum manis.

Ummi membawa walid menuju ke ruang tamu dan kak Hada terus ke dapur dan membuat air untuk walid.

“Walid dah balik sayang.” Ucap kak Hada gembira. Aku dapat melihat kegembiraan itu di wajahnya. Aku hanya tertawa kecil menampakkan gusi ku yang masih lagi merah belum d tumbuhi dengan sebatang gigi sekalipun.

“Ummi hantar dulu air ni dekat walid ye, sayang. Nanti kita jumpa walid. Mesti walid rindu dekat Hada.” Kak Hada beritahu aku.

“Ehem.” Kak Hada menoleh ke arah datangnya suara itu.

“Biar aku yang bawa air ni. dah, pergi sana. Jangan datang selagi suami aku tak panggil kau, faham.” Amaran dari ummi di patuhi oleh kak Hada.

Aku di bawa ke bilik tidur kak Hada. Tetapi masih awal lagi kalau nak tidur. Tak pelah, ikut jelah ke mana kak Hada bawa. Yang penting, dia tak tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini. Kan?

“Sayang nak dengar cerita tak? Kisah zaman nabi dulu. Kisah seorang hamba yang penuh dengan dosa, tetapi Allah menerima keampunan hambanya ini. Dan dia di masukkan ke dalam syurga. Nak dengar tak?” Tanya kak Hada kepada aku. Aku hanya memandang wajahnya sahaja. Tanpa bersuara mahupun ketawa seperti selalu.

“Kisahnya begini. Di dalam sebuah kampung ada seorang perempuan yang tidak baik. Pekerjaannya juga tidak baik di sisi agama kita. Hidup perempuan ini sering di caci dan di hina oleh masyarakat sekelilingnya. Yang memandang hina ke atas perempuan itu atas dasar apa yang perempuan tu lakukan. Satu malam, semasa perempuan ni balik dari tempatnya kerja, ada seekor anjing. Anjing ni kehausan. Dengan baik hatinya perempuan ini mencari perigi yang ada air. Lalu dia membuka kasutnya dan mengambil air dari perigi tu dan beri kepada anjing yang kehausan tu minum.” Kak Hada berhenti seketika dari terus bercerita.

Perlahan-lahan airmatanya mengalir membasahi pipi lalu menitis setitik di wajah ku.

“Huda nak dengar lagi cerita seterusnya? Apa kesudahan cerita ni?” Tanya kak Hada pada ku. Aku hanya memandang wajahnya yang sugul.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu bilik membantutkan kak Hada menyambung ceritanya semula. Dia bingkas bangun dan melihat siapa yang datang ke biliknya.

“Oh, walid rupanya. Ingatkan ummi tadi.” Aku berkata di dalam hati.

“Ada apa bang?” Soal kak Hada kepada walid.

Walid tersenyum dan berkata, “Abang nak ambil Huda tidur sekali dengan kami di atas. Bolehkan? Dah lama abang tak jumpa si comel tu.” Walid meminta keizinan terlebih dahulu dari kak Hada sebelum aku di ambil oleh Walid ke biliknya pula.

“Boleh.” Sayu sahaja aku dengar suara kak Hada seolah dia tidak rela bepisah dengan aku.

‘Kerana kasih ku turutkan jua.’

Begitulah diri kak Hada saat ini. Walau berat hatinya melepakan aku kepada walid, namun dia tetap serahkan juga aku kepada walid kerana aku anaknya.

Akhirnya aku di serahkan kepada walid. Sungguh gembira wajah walid tika mengendong aku. Sebelum aku di bawa ke kamar beradunya, sempat lagi walid mengucapkan terima kasih kepada kak Hada kerana sudi memberikan aku kepada dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience