BAB 6

Family Completed 3482

“Ehem!” Suara garau ummi menjerkah dari muka pintu. Wajahnya garang memandang aku yang terbaring di ribaan kak Hada.

“Ye puan.” Kak Hada bertanya.

“Aku lapar. Nanti masak. Cepat!” Ummi berlalu tanpa menjenguk aku lagi. sedihnya..

“Sayang, ummi pergi masak dulu ye. Nanti ummi datang balik. Ummi bagi Huda susu ye. Sayang jangan nangis ye.” Kak Hada meletakkan aku di tilam bayi di atas katilnya.

Demi menjaga hati kak Hada, aku patuhi arahannya. Sungguh, mata aku juga merasakan kepedihan. Macam nak tidur je.

Selang sejam kemudian, kak Hada datang kembali kepada aku. Aku melihat wajah kak Hada sudah penat. Mungkin terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sehingga terlihat aku kedutan dan keletihan di wajahnya.

“Huda..” Kak Hada memanggil aku. Tidak jadi aku nak melelapkan mata.

“Minggu depan walid balik.” Beritahu kak Hada. Nadanya perlahan sekali.

Dan sekali lagi airmatanya mengalir di pipi. Aku benar-benar pelik, kenapa kak Hada mudah menangis. Ummi kata dulu waktu aku di dalam perut, ada insan yang baik hati untuk menjaga kami.

Sudah tentunya orang itu kak Hada. Tapi, kenapa kak Hada selalu kena pukul dengan ummi? Makin hari aku makin pelik melihat keletah manusia kini.

“Kita akan berkumpul macam dulu. Huda akan bahagia macam dulu.” Sambung kak Hada lagi. aku hanya tersenyum bila melihat kak Hada mulai tersenyum ke arah aku.

Aku kira, aku akan di hantar ke bilik ummi, ternyata fikirku salah. Sejurus selepas kak Hada mandi dan solat, kak Hada baring di sebelah aku sambil mendodoikan aku dengan alunan zikirullah.

Tak pelah, mungkin malam ni kak Hada ingin habiskan masanya dengan aku sebelum kepulangan walid di rumah ni. tak sabar nak menunggu walid balik. Nak manja dengan walid pulak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience