BAB 3

Family Completed 3482

“Hoi! Khusyuknya kau buat kerja.” Sergah Adam, salah seorang penulis skrip di bangunan ini. Tapi dari produksi yang berbeza.

“Kau ni kan, suka buat orang terkejut tau.” Marah aku. Memang aku tak suka lah kalau tengah-tengah fokus nak siapkan sskrip ada je manusia yang mengganggu.

“Eleh, kau tu je yang tak dengar aku panggil kau. Aku dari tadi panggil kau dari tadi, tapi kau je yang tak dengar. Kau buat cerita apa?” Tanya Adam lagi. dia mengambil tempat duduk di sebelah aku. Masih ada tiga lagi kerusi kosong yang belum di duduki lagi.

“Ni ha, aku kena buat cerita tentang budak yang lahirkan anak luar nikah.” Pendek penjelasan aku. Malas nak cerita lebih-lebih lagi. lain yang aku nak taip, lain pulak yang bermain dekat fikiran aku.

“Lah ye ke. Senang je cerita tu. Takkan kau tak boleh buat?” Soal Adam kembali.

“Senang? Memang senang kalau kita asyik copy paste cerita orang je.” Balas aku sinis. Macam lah aku tak tahu kerja si Adam ni suka mengopi cerita orang. Sebab tu banyak cerita yang di hasilkan lebih kurang sama dengan cerita penulis lain. Dalam diam, dan dia akan pastikan yang dia terlebih dahulu menghantar skrip tu dulu sebelum penulis sebenar menghantarnya kepada pihak pengarah. Hebatkan?

Sebab tu jugalah aku tak suka kalau si Adam ni yang datang kepada aku dan bertanya itu dan ini. Semuanya tu adalah perangkap dia je. Bukan apa pun. Lagi-lagi kalau dia kata dia nak tolong kita, hah! Janganlah kau percaya. Bukan sorang dua je yang tahu perangi buruk dia ni, tapi hampir semua penulis dekat sini tak berapa minat dengan cara dia.

Melainkan kalau kau seorang penulis baru dalam produksi ni. kau akan mudah terpedaya dengan cara dia melayan kau. Sweet talker lah katakan…

“Alah, bukan apa sangat, setakat copy balik then adjust sikit-sikit ceritanya, senang kerja.” Sekali lagi Adam dengan bangganya memberitahu. Takde segankan dia ni.

“Yelah..” Malas aku nak layan dia ni.

Hujung-hujung aku tutup laptop aku dan blah. Serius beb tak ada idea bila dia mengganggu aku macam ni. dalam baik dia berbual dengan kita, tapi mata dia perhatikan je apa yang kita buat tahu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience