BAB 16

Family Completed 3483

17 Oktober 2016 (08.11 malam)

Dari Allah kita di jadikan, dan kepadaNya jugalah kita kembali. Walid cakap dengan ummi adik Humairah dah pergi.

“Walid! Adik pergi jalan-jalan je dengan ummi. Tadi ummi yang datang ambil adik.”

Ummi menangis. Kenapa ummi menangis ni? walid memeluk ummi bersama aku yang di kendong oleh ummi.

Malam itu, aku melihat ramai orang di tempat tu. Ada yang menangis masa masuk dalam tanah tu. Dalam dia korek tanah.

Selepas itu aku nampak, adik Humairah yang tengah tidur tu di selimutkan macam ummi dulu. Tapi adik dia orang masukkan kat dalam lubang tu. Aku menangis sekuat hati. Ummi membawa aku pergi dari tempat adik masuk lubang tu.

Ummi menenangkan aku dengan zikrullah. Kenapa ummi birkan adik kena tanam? Nanti adik sakit, menangis tak ada orang dengar nanti. Ummi! Dia orang buang tanah tu dekat lubang. Lubang tu ada adik!!

Tidak lama, seketika cuma. Di bawah pohon cempedak tempat adik di masukkan ke dalam lubang itu, aku nampak ummi mengendong adik Humairah.

Ummi tersenyum melihat aku. Tiada lagi wajahnya yang bengis seperti dulu. Tiada lagi kedutan di wajahnya seperti dulu. Dan ummi tak pukul aku lagi.

Kenapa ummi dukung adik? Kan adik dekat lubang tu? Macam mana ummi ambil adik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience