BAB 17

Family Completed 3482

15 November 2035

“Akhirnya aku siap juga menyelesaikan kerja yang di berikan. Pergantungan cerita yang masih dalam pemikiran. Sekurangnya slot satu dapat aku siapkan seperti yang di minta.

Dulu aku tertanya, kenapa ummi (isteri walid) suka marahkan aku dengan ummi (kak Hada)? Bila aku berusia 7 tahun, walid dan ummi (kak Hada) menceritakan sedikit demi sedikit kisah yang menyakitkan dan pahit untuk di telan.

Walaupun waktu itu aku belum fahami apa-apa maksud yang di kiaskan oleh mereka berdua (walid-ummi) namun, syukur bila aku kian membersar dan mula di fahamkan itu dan ini.

Malu, ye. Aku malu masa baru masuk sekolah dulu. Kawan-kawan ejek aku kerana nama aku tidak berbinti sesiapa. Dan pernah aku balik sekolah dan menangis. Ummi bertanya kenapa aku menangis? Ada sesiapa yang membuli aku di sekolah?

Bila aku beritahu ummi mengapa aku menangis, ummi juga turut mengalirkan airmatanya. Kerana apa, aku tidak pasti waktu itu.

Genap usia aku 18 tahun, aku mengerti segalanya. Fahamlah aku kenapa aku tidak berbinti sesiapa.

Ayah aku bernama Amirul Faizin. Aku di lahirkan dari hubungan yang tidak sah antara ummi dan ayah ku dulu. Sewaktu usia aku seminggu, ayahku meninggal dunia saat dia baru sahaja pulang dari kerjanya.

Segalanya di rancang oleh arwah datuk ku demi maruah keluarga. Kebetulan waktu itu ummi (isteri walid) belum mempunyai anak hasil perkahwinannya bersama selama hampir 20tahun.

Dan hari ini, aku melihat sendiri macam mana keadaan dulu sebelum aku ada dalam perut ummi. Mungkin beginilah caranya sehinggakan diri tidak mampu di kawal dan hanyut.

Zaman ini, terlalu banyak gejala seperti ini aku lihat. Pada pandangan remaja, itu hanya hal biasa. Dah menjadi trend zaman moden.

Zaman moden? Wawasan 2020 dah berlalu. Pemikiran remaja macam aku makin sempit kerana terlalu mengejar kemodenan. Apalah erti semua ni, kalau jalan yang di lalui gelap tiada cahaya.

Seperti yang aku fikirkan, skop ini jugalah yang di anggap kuno oleh sesetengah golongan remaja macam aku. Tertutup sana, tertutup sini. Kampung katanya.

Dan hari ini aku bangkit setelah sekian lama aku menyepikan diri di tempat orang. Membawa diri kononnya merajuk dengan walid dan ummi sebab lupa tentang hari lahir aku.

Bila aku mendapat kerja ini, aku tekad untuk membawa diri dengan menyibukkan diri dari di hubungi oleh sesiapa. Rupanya aku terlupa tentang satu hal yang menjadi lembaran warna-warni hidup aku selama ni.

Hanya kerana ikutkan hati dan perasaan membawa diri untuk hal yang kecil sebegini. Tarikh yang tidak ku lupakan.. al-fatihah untuk arwah adik Nurul Huda Aisyah Humairah.. al-fatihah.. kakak sayang adik. Selamanya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience