BAB 7

Family Completed 3482

31 Oktober 2035

“Aku yang menulis skrip ni makin lama makin buntu mencari idea bagi merealisasikan imaginasi yang di harapkan.

Semakin aku cuba mencari bahan menulis, makin banyak yang aku jumpa dalam perjalanan kali ini. Kali ini skopnya lebih mencabar dari yang aku sangka.

Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada diri sendiri dan usaha untuk menyiapkan tugasan.”

12 Februari 2016

“HADA!!!!” Jerit ummi. Terjatuh biskut nestum di tangan aku bila ummi menjerit memanggil nama kak Hada.

“Tunggu kejap tau. Nanti ummi datang balik.” Kak Hada meletakkan mangkuk yang berisi nestum di meja. Aku diruang tamu hanya melihat pemergian kak Hada dengan rasa yang amat kasihan..

“Ye puan, saya datang.” Kak Hada bertanya. Mungkin ada keperluan lain yang ummi perlukan sebab itu dia memanggil kak Hada.

“Huh! Aku nak kau kemas rumah ni cantik-cantik. Kau tahukan suami aku akan balik dalam beberapa hari lagi. ingat, kalau kau cuba mengadu apa-apa dengan dia, mampos kau aku kerjakan. Dah, aku nak pergi kerja. Buang masa je duduk sini!” Sempat lagi ummi menolak kak Hada ke tepi sebelum ummi berlalu pergi.

Ummi sekadar menjeling ke arah aku. Dan aku sempat melihat perut ummi kian membesar. Yeah!! Tak lama lagi Huda dapat adik..

“Huda, makan cepat nak. Ummi nak buat kerja dulu. Nanti ummi datang semula pada Huda ye.” Kak Hada sekali lagi menyuakan nestum yang sudah sejuk itu kedalam mulut aku.

Selesai makan, aku di tinggalkan sekali lagi di ruang tamu. Bosannya rasa. Bilalah ummi nak keluarkan adik untuk aku kan? Dapatlah aku kawan untuk bermain-main. Taklah aku asyik kena tinggalkan je macam sekarang ni.

Hanya sesekali sahaja kak Hada akan melihat aku yang terbaring di tilam. Mungkin kak Hada nak tengok apa yang aku buat kut dekat ruang tamu agaknya.

Sepanjang hari ni kak Hada hanya akan menemui aku bila aku menangis nak menyusu dan menukar lampin. Selebihnya aku hanya di biarkan sahaja di ruang tamu keseorangan bertemankan buyi kipas siling rumah ini.

Nampakkan bertapa bosannya kehidupan aku? Sebab tu aku suka bila mendapat tahu yang ummi bakal beri aku adik!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience