BAB 12

Family Completed 3482

14 Februari 2016

Sepanjang perjalanan kami semua di kedai yang menjual pakain bayi tadi, sempat lagi aku tertidur dalam gendongan kak Hada. Aku tak tahu apa yang di belanjakan oleh ummi. Banyak betul aku tengok beg yang di bawa oleh walid dan kak Hada.

Kasihan aku tengok kak Hada. Ummi kata dia tak larat nak bawak sebab perut dia dah makin membesar. Tunggu masa je nak keluar bayi ni.

Dalam mimpi aku tadi, aku terjumpa seorang bayi perempuan seperti aku. Keadaannya sungguh sempurna. Aku merangkak k arah bayi itu yang tengah terbarig di bawah terik mentari tapi dia tidak menangis walaupun di tengah panas.

Sesampai sahaja aku di tempat bayi itu, dia tersenyum melihat aku. Aku memandang dirinya, terselit rasa kagum yang belum pernah aku rasakan.

“Cepat sikit buat kerja tu! Laki aku nak makan. Asyik pegang budak tu bila masanya kerja rumah nak siap!” Marah ummi.

Aku mencelikkan mata dari terus di buai oleh alam mimpi. Aku nampak ummi amat bengis memandang aku. Aku terus menangis sekuat hati. Sehingga menyebabkan ummi marah dan menyubit aku.

Kak Hada yang tak seberapa langkah meninggalkan aku datang semula dan mengambil aku dari pembaringan dan bahana amarah ummi.

“Tolong puan. Jangan buat dia macam ni. dia tak tahu apa-apa. Dia tak salah apa pun.” Kak Hada berkata perlahan.

Pang! Aduh! Kesiannya kak Hada. Sia-sia je kena penampar dari ummi.

“Aku dah cakap, buat kerja! Yang kau nak melawan cakap aku kenapa?!” Tengking ummi.

“Maafkan saya puan.” Perlahan sahaja suara kak Hada memohon maaf. Aku di gendongannya hanya menangis. Melihat apa yang terjadi kini.

“Maaf? Tu je kan yang kau tahu cakap. Kau ingat dengan maaf tu boleh pulihkan segalanya!!” Kuat suara ummi memarahi kak Hada. Namun, kak Hada hanya diam tanpa kata bila di perlakukan sebegini.

“Kau ingat, sebab kaulah aku di madukan dengan budak macam kau yang tak layak hidup!”

Tanpa banyak kata, teruk kak Hada di pukul di maki malah, di pijak oleh ummi. Sehinggakan aku terlepas dari pegangan kak Hada.

Aku hanya menangis sekuat hati. Keadaan di sini saat itu menjadi haru biru. Rambut kak Hada di tarik sekuat hati sehinggakan ada helaian yang tercabut.

“Sebab kerja bodoh kau dengan jantan kau, laki aku ambil kau dari terus jadi bahan nafsu syaitan dekat luar sana. Aku, dah 20tahun kahwin dan tak boleh bagi dia anak terpaksa setuju dengan permintaannya. Tapi sayang, bila dia kata nak kahwin dengan kau!

Hancurnya hati aku bila dia berkata sebegitu seolah aku tidak berguna untuk dirinya. Tapi, bila aku dapat tahu yang aku juga mengandung saat itu, aku minta dia lepaskan kau! Tapi dia tak nak.

So, now! Kau harus aku hapuskan. Supaya kasih sayangnya hanya untuk aku dan anak yang ada dalam kandungan aku sahaja. Kau boleh berambus!!!!!”

“Saya minta maaf puan. Saya minta maaf. Tapi tolong, jangan buat macam ni dekat Huda. Dia tak tahu apa-apa.” Dalam esakan tangis yang pilu kak Hada memohon simpati dari ummi.

“Maaf? Sekali lagi maaf?!!!” Dan untuk sekali lagi kak Hada menerima penangan dari ummi. Dan aku masih lagi terusan menangis.

“Allah!”

“Baru sekarang kau ingat Tuhan? Selama ni kau tak ingat? Sampai babah dan ummi kau mati sebab fikirkan kau!”

“Babah dan ummi saya meninggal sebab kemalangan jalan raya, bukan sebab saya.” Entah dari mana kekuatan itu hadir bila teringat akan arwah babah dan ummi, dia bangkit kembali.

“Oh, dah pandai jawab ye kau. Dah pandai jawab!!” Rambut kak Hada di tarik kuat. Kak Hada mengerang kesakitan.

“Sakit puan.. sakit..” Kak Hada merintih. Kasihan aku melihatnya di perlakukan sedemikian.

“Sakit? Tahu pulak kau sakit. Tapi, sakit lagi hati aku kau tahu tak!!” Sejurus selepas itu kak Hada di tarik oleh ummi ke sudut dinding dan dan kepala kak Hada di hantukkan ke dinding. Walau ada masanya ummi mengerang kesakitan kerana perutnya terasa sakit sangat.

“Maafkan saya puan. Maafkan saya.” Kak Hada mohon simpati dari ummi agar melepaskan dirinya.

Serta merta ummi jatuh ke lantai. Kakinya penuh dengan cecair merah. Ummi menjerit minta pertolongan. Aku yang melihat hanya menangis. Aku tak mampu berbuat apa-apa.

Kak Hada berlari mendapatkan telefon rumah. Aku tak tahu siapa yang di telefon oleh kak Hada saat itu. Yang aku tahu, ummi menangis dalam menahan sakit. Ceair merah itu terus mengalir ke lantai. Terlalu banyak.

Kak Hada tidak mengendahkan aku yang menangis waktu itu. Dia lebih fokuskan kepada ummi yang menjerit sakit.

“Kenapa ummi jerit sakit je?” Aku tertanya-tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience