BAB 14

Drama Series 1204

Seroja menarik nafas. mengambil udara-udara segar diteratak baharunya.

kini dia sudah berubah. rambutnya yang perang sudah dihitamkan. bajunya yang pendek,ketat dan sendat semakin labuh.

"sayang, dah siap?" soal Safar. lelaki inilah yang berjaya mengubahnya. yang sabar disetiap telatah dan ragamnya. yang menjaga di setiap sakit sihatnya, dia sangat menyayangi lelaki ini.

"dah," balas seroja lembut.

"tudung?" tanya safar.

"emmmmmmmm," panjang seroja menggumam

"okay okay. slow slow okay?" safar yang memahami, pantas menenangkan. sebelum muncung menjadi lebih panjang.

selepas hari kejadian dimana mama menasihatinya itu, seroja mengambil langkah untuk berubah. hari demi hari dugaan yang dilalui lebih perit daripada dugaan dia bersama emak saudaranya itu. hubungan dia dengan emak saudaranya, bapa saudaranya, Mr.Lim dan Safiyya juga semakin baik. dia sendiri datang meminta maaf atas kesilapannya dahulu. Mr.Lim sudah tidak menuduh pekerjanya sembarangan. safiyya pula lebih berhati-hati dalam percakapanny. emak dan bapa saudaranya juga sudah memulakan langkah untuk berubah. Dina dan Andre juga sudah berumahtangga. majlis perkahwinan mereka diadakan serentak dengan majlisnya.

Seroja melangkah keluar rumah. dipejamkan matanya. membiarkan kisah dulu berlalu bersama angin.

Tahun baru, hidup baru, title baru, hari-hari pun berubah menjadi yang baru. semoga hari-hari ku menjadi lebih indah! doanya dalam diam.

"so honey, kita nak kemana?" tanya Safar

"Kita ke mahligai bahagia kita!" jerit Seroja. sangat bahagia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience