BAB 5

Drama Series 1204

Safar mengusap kepalanya. kerusi empuk diruang kerjanya merasakan seperti batu.

"Seroja Elina" nama yang sering menghantui hidupnya.

kenapa lah kau berubah macam ni sekali. dulu seroja yang aku kenal tidak liar macam ni. apa yang berlaku dalam rumah tu sebenarnya? Safar menggumam sendiri

lima tahun yang lepas, ketika Seroja berada ditingkatan 4, dia pula berumur 22 tahun, dia mengenali gadis bernama seroja yang lemah lembut, tutur katanya yang sopan, namun pandangan matanya sama seperti sekarang. mata yang menyimpan 1001 cerita pahit.

namun kesilapannya meninggalkan seroja atas rasa sukanya terhadap wanita yang lebih berumur membuat dirinya tekad untuk kembali dan mencari seroja. satu hari, andre rakannya mengajak dia menemannya untuk bertemu dengan seorang gadis dan tidak sangka gadi itu adalah seroja! namun seroja yang sekarang tidak sama dengan seroja yang dulu. dengan rasa terpaksa, dia mengikuti cara haram Andre untuk mendekati seroja.

"Ahh Serojaaaa,"

"Hoi, kau apa pasal? dah angau dah dengan awek meletup tu?" tanya Andre.

"hoi, kau apa pasal masuk bilik aku tak ketuk pintu!" jawab Safar berpura pura marah.

"aku dah ketuk lah. kau tu mengelamun. aku masuk jelah,"

Safar tersengih. "kau tak ada kerja ke masuk bilik aku?"

"dah nak waktu balik lah, kau tu mentang-mentang CEO company ni, mengular je teringatkan anak orang," Andre menyakat.

"kau pun apa kurang. anak angkat kesayangan bapak aku, lagi lah selalu mengular," Safar membalas.

Andre yang sebaya umur dengannya telah diambil menjadi anak angkat bapanya, Tan Sri Syukri setelah pemergian ibu dan bapanya yang juga kenalan ayahnya. mereka berdua sudah seperti adik beradik. dia pun tidak pernah merasa cemburu kerana dia juga anak tunggal dalam keluarganya.

"jom lah balik, aku nak jumpa buah hati aku," Andre mengajak.

"iyelah," sepatah Safar membalas.

...........

"Dina, kau nak pergi dating ke?" soal Seroja.

"yelah, tak nampak ke aku cantik cantik ni," ujar Dina.

"yelah, nampak. sebab tu tanya. kalau tak nampak, kasimah selamat la aku ni,"

"kasimah selamat? bukan kassim selamat?"

"kassim selamat tu lelaki. aku perempuan, jadilah kasimah selamat,"

Dina tergelak. rakannya selalu membuat dia tak kering gusi. sebab itu, dia selesa bersama seroja.

PIN! PIN!

"Hah, dah sampai. aku pergi dulu. kalau aku lambat, kunci je pintu. aku ada bawak kunci," Dina mengingatkan.

Seroja sekadar mengangguk.

Seroja menghantar Dina dengan lambaian tangan.

"Sorang lagi. apa aku nak buat ni?" Seroja tertanya sendiri. Dia mati kutu.

"Tidurlah," dia memutuskan setelah beberapa saat berfikir. dia mematikan kaca tv, dan bergerak masuk ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience