"oi Seroja, cepatlah! kita dah lambat ni" teriak Dina.
"Sekejap, sikit lagi" jawab Seroja.
Seroja keluar dari bilik dengan kusut masai. skirt pendeknya dibetulkan. rambutnya yang kusut masai disisir menggunakan tangan. Dia tersenyum menampakkan segaris gigi putihnya.
" Thankyou darling, ada apa apa, call je tau, " ucap Seroja seraya mengambil segulung duit daripada lelaki yang baru dikenalinya semalam.
Dina menarik muka. dia sudah lambat untuk pergi kerja, Seroja boleh pula lama-lama. Seroja pantas mendapatkan rakannya, Dina.
"Sorry la beb, dia ni lama pulak " ucap Seroja selamba
" lama sangat. kita dah lambat "
"Ye tauu, "
Mereka berdua bergegas bergerak ke tempat kerjanya.
......
" Baru sampai? " Mr.Lim menegur
"Sorry laa bos. I bangun lambat," Seroja memberi alasan.
"Sudahlah, i bukan taktau apa kerja u malam-malam" Mr.Lim menyindir
Seroja dan Dina pura-pura tidak mendengar. mereka terus melakukan rutin kerja hariannya.
" Dina, nanti rehat aku ada lunch dengan customer baru, kau nak ikut? Dia bawak kawan." Soal Seroja setelah tiada orang di cafe tempat kerjanya.
"boleh juga. aku pun ngidam yang baru" Dina ketawa seraya menghabiskan ayatnya.
Seroja tersengih. Faham benar rakan serumah merangkap sekerjanya itu.
Sampai masa rehat tengaharinya, Seroja dan Dina bergegas pergi ke restoran yang dijanji oleh Seroja. Daripada jauh sudah melihat kelibat lelaki yang bertemu janji dengan mereka.
"Hi, are you Mr.Andre?" Seroja berbasa basi.
"Yes, have a seat," Lelaki yang dipanggil Mr.Andre tu menjemput mereka berdua duduk.
"im Seroja and she is Dina," Seroja perkenalkan diri.
"Im Andre and his Safar" Andre perkenalkan dirinya dan rakan sebelahnya.
"Safar?" Seroja memandang lelaki bernama safar itu. seperti pernah menjadi kelaziman dimulutnya satu ketika dahulu.
lelaki bernama Safar itu mengangkat muka.
degup jantung Seroja terhenti seketika. Sah! Lelaki ini yang pernah dikenalinya dulu.
"Hi Seroja. nice to meet you," sapa Safar berbasa basi. rautnya selamba. tidak seperti Seroja. kulitnya yang sawo matang tampak kemerahan menahan rasa. Seroja berlagak tenang, sedangkan didalam hati ingin sahaja dia melemparkan berdas-das kata maki perli dan sinis yang teramat dahsyat.
setelah 30 minit menemuramah dan membuat temujanji di malam hari, Seroja dan Dina menghabiskan sisa masa rehatnya dengan makan.
"satu malam dia tawar 10k siot! Tak pernah aku dapat banyak tu. selalunya 7/8 ratus je," ucap Dina teruja
"kan, nasib aku ajak kau. kalau tak, melepas lah 10k," Seroja gelak paksa. dalam hati tiada siapa yang tahu. dalam diam dia membuat rancangan untuk mengenakan lelaki itu seperti mana lelaki itu permainkan dia dulu.
Share this novel