BAB 3

Drama Series 1204

"Serojaaaaaa," Dina memekik

"Apa?" Seroja balas acuh tak acuh

"Kau dah couple dengan Safar ke?" Dina bertanya teruja.

"Hmmm," Seroja sekadar menggumam.

"Gila la kau. Tak pernah kau nak couple macam ni. dah taubat ke nak setia dengan satu lelaki?"

PAP! satu tamparan hinggap dilengan Dina

"Sakit lah sengal!" Dina mengaduh

"Padan muka. dia rela hati nak tanggung aku, berapa banyak aku nak dia boleh kasi. baik aku dengan dia, takde lah susah nak cari customer," jawab Seroja

Dina sekadar tersengih. ada betul juga! Kenapa lah Safar tak menawarkan sebegitu rupa pada dirinya pada malam itu. kalau tidak, dia pun tidak pening untuk mencari duit di zaman ini. Desis Dina

"Hoi, kau orang buat apa? orang ramai kat luar, kau duduk bersembang kat sini pula," Tengking Safiyya, rakan sekerja mereka.

"Alamak nenek ni dah datang, jom la blah," ujar Dina selamba

Mereka berdua terus bergerak meninggalkan Safiyya yang semakin berang dengan ujaran Dina tadi.

"Sial punya perempuan murah! kau tunggu laa nasib kau," Safiyya membebel sendiri.

......

"Ahh penatnya!" ujar Seroja. hari ini mereka bekerja lebih masa kerana ada satu syarikat yang menempah cafe mereka untuk majlis annual dinner.

"Aku nak pergi club ni. kau nak ikut?" soal Dina

"Tak lah weh. aku ada date dengan Safar," Balas Seroja

Dina sekadar mengangguk.

Mereka berpisah arah. Dina mengambil grab untuk pergi ke club yang tidak jauh dari cafenya. seroja pula terus bergerak balik.

"Sayang, u dah siap?"

"Dah,"

"jom,"
Seroja mengangguk. Safar membuka pintu jenis Mini Cooper untuk Seroja.

" U dengan siapa dalam rumah tadi?" soal Safar setelah kereta meluncur laju bergerak ke destinasi mereka.

"Sorang,"

"Dina mana?" soal Safar lagi

"Dina balik kerja terus pergi clubbing,"

"Balik kerja? tak mandi ke?"

"Dah, dia mandi kat cafe tadi,"

Safar mengangguk. mereka terus mendiamkan diri sehingga sampai ke sebuah hotel ternama.

Safar menarik kerusi untuk Seroja.

"Terima kasih," balas Seroja ikhlas

Safar tersenyum

"Cantik u hari ini," puji Safar

Seroja yang berpakaian dress putih paras lutut serta kasut tumit tinggi sangat memikat hati Safar.

"Selama ni tak cantik ke?" ujar Seroja sinis

"Cantik. hari-hari cantik. cuma hari ini nampak lagi cantik. sebab selalunya baju u tak pernah lebih dari bawah peha," Safar membalas dengan riak muka selamba.

Seroja sikit pun tidak terasa. memang benar apa yang dikatakan Safar itu. selama ini dia hanya memakai baju bertali nipis dan skirt paras peha ataupun seluar pendek yang nampak celah kangkang.

setelah memesan makanan, Safar menandang Seroja dengan beribu soalan.

"U taknak balik rumah?" soal Safar

Seroja tersentak. Rumah? dalam hidupnya sudah tiada istilah rumah. kalau ada pun, rumah sewa yang didudukinya sekarang

"Untuk apa i balik rumah? macam hidup dalam neraka je," Seroja mendengus

"Tapi situ lah tempat awak membesar kan?"

Seroja tersenyum sinis.

"U nak cakap apa, u cakap lah. i yang rasa duduk dalam rumah tu. i yang sakit bukan u. kalau u nak teruskan tanya i soalan macam tu, hantar i balik," ujar Seroja keras.

"okay-okay, kita tukar soalan okay?" Cepat-cepat Safar menukar soalan. baru je sampai, tak akan nak balik? hmm ada masa dia mesti membawa Seroja pulang. bisik hati Safar

Mereka berbual biasa sambil menikmati makanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience