Seroja tersenyum puas! Sebelum lelaki-lelaki yang dilayaninya pulang semalam, dia meminjam telefon bimbit dari salah seorang dari mereka dan menelefon Dina. Dia mereka-reka cerita mengatakan dia hampir dibunuh akibat tidak mahu melayani nafsu serakah bapa saudaranya. Dina yang percaya mula meminta tolong kepada Safar untuk mengambil dia. Safar yang kebetulan ingin memulangkan beg tangan seroja yang tertinggal didalam kereta tempoh hari berasa terkejut dengan ujaran Dina.
malam tadi dia dibawa pulang ke teratak Tan Sri Syukri dan Puan Sri Laila. Safar bimbang bapa saudaranya akan mencari di rumah sewa Seroja, dia membawa pulang ke rumah. Seroja dilayan baik oleh papa dan mama Safar. sungguh Seroja terharu!
"seroja, marilah makan," ujar Puan Sri Laila.
Seroja mengangguk.
"Seroja rasa sakit lagi? penuh luka dekat badan tu mama tengok semalam," ujar Puan Sri Laila.
Seroja terpempan. hatinya menjadi sebak. sungguh dia mendambakan kasih sayang seorang ibu. setitik air mata jatuh
"seroja kenapa? mama ada salah cakap ke?" tanya Puan Sri Laila
seroja menggeleng
"i..ibu se..seroja meninggal masa seroja lahir," sendu Seroja menjawab
Puan Sri Laila yang memahami menarik Seroja kedalam pelukan erat.
sungguh! hatinya sangat sebak. dia menangis tersedu-sedu. kalau berubah menjadi baik adalah salah satu cara untuk dia mendapat kasih sayang dari seorang ibu, dia sanggup! walaupun itu bukanlah ibu kandungnya. fikir Seroja
Safar yang baru bangun kaget
"awak, awak okay?" Safar menyoal. seroja tidak menjawab. manakala Puan Sri Laila memberi isyarat pergi. Safar hanya menurut. dalam diam, dia tersenyu gembira.
setelah agak tenang, mereka meleraikan pelukan. seroja mengelap sisa-sisa air mata.
"seroja rindu ibu?" seroja mengangguk.
"seroja rindu ayah?" menggangguk lagi.
"seroja, sesungguhnya mama dah lama kenal seroja. daripada mula seroja dengan safar sampailah putus. seroja berubah. dan ni seroja dengan safar semula," seroja tersentak. dia mengangkat muka
"tapi percayalah, setiap manusia mesti akan membuat kesilapan. dan bila kita sedar akan kesilapan kita, maka segeralah bertaubat. pertama kali mama tengok muka seroja, hati mama berasa tertarik. walaupun sakit, masih memendam. walaupun sedih, masih bergembira. tabahnya hati awak sayang," panjang lebar Puan Sri Laila berkata
"tetapi mama minta, berubahlah. dunia sudah tua. tiada apa yang perlu dikecapi dalam dunia ni selain amalan akhirat yang akan kita bawa nanti. berubahlah. mama, papa, safar sentiasa ada menyokong awak, sayang. mama tidak pernah memandang darjat mahupun harta. kami pun bukannya orang yang senang dahulu. siapa pun yang safar pilih, kami terima dengan hati terbuka," sambung puan sri laila.
seroja menunduk. sebak hatinya. kata-kata yang pernah ingin didengarinya dari mulut seorang ibu dahulu, kini sudah menjadi realiti.
"seroja cuba, puan sri," ujar Seroja perlahan.
"bukan puan sri, mama," balas Puan Sri Laila lembut.
Wajah Seroja merona merah. walaupun hitam manis, masih jelas kelihatan.
"seroja cuba, ma...mama," balas Seroja
Puan Sri Laila tersenyum lalu mengusap rambut seroja.
Share this novel