BAB 8

Drama Series 1204

RING RING!

butang 'dismiss' ditekan. Seroja bangun memisat-misat matanya.

"awalnya aku bangun. bukan kerja pun, hmm," Seroja menggumam sendiri. mahu tidur balik, sudah tidak boleh. mahu tak mahu, dia bangun juga melangkah ke bilik air.

"Dina, cepat sikit. aku nak shushut ni," ujar Seroja. memang terbiasa menggunakan perkataan 'shushut' menandakan ingin membuang air kecil.

pintu bilik air terbuka.

"Dina dalam bilik. tidur lagi dengan Andre," sapa Safar sambil tersenyum

Seroja terpaku. 'ingatkan dah balik' desis Seroja. tanpa membalas, Seroja segera menolak Safar dan menutup pintu untuk melepaskan air yang tersimpan. safar sekadar tersenyum.

Seroja keluar dengan nafas lega. dia melihat Safar sedang menikmati sarapan di ruang tamu.

"hei awak, sini lah. saya ada masakkan nasi goreng tomyam untuk sarapan kita," pelawa Safar. Seroja sekadar menurut. memang menjadi kebiasaanya bangun tidur terus makan.

Seroja menyuap nasi ke mulut.

"awak masak?" soal Seroja

"ye. tak percaya?" Seroja menggeleng.

"mana ada orang jual nasi goreng tomyam pagi-pagi ni," sambung Safar. Seroja sekadar mendiamkan diri. menikmati makanan yang terhidang.

"sedap sangat ke sampai tak nak cakap dengan saya masa makan tadi?" soal Safar

"makan tak boleh cakap," balas Seroja

Safar tersengih kambing. kan kena sedas!

"jom," ujar Safar

"pergi?" Seroja balas acuh tak acuh

"rumah awak," perlahan nada Safar

mata Seroja terbuntang

"untuk?" soal Seroja tak senang

"saya nak jumpa keluarga awak, mintak restu nak kahwin dengan awak," balas Safar

Seroja tersenyum sinis

"Dah sedia ke? saya bukan macam dulu kalau kahwin pun belum tentu perangai saya berubah, belum tentu saya mampu sayangkan awak," Ujar Seroja

"kalau macam tu, saya akan ubah awak jadi isteri saya yang terbaik dan lahirkan rasa sayang awak kat saya dalam hati awak," balas Safar tenang

"Safar, perbezaan darjat kita jauh. dulu boleh lah saya tak kisah, pasal cinta lautan api pun redah tapi ni bukan zaman mesopotamia, ni zaman yang orang pandang kerberadaan awak, bukan hati semata-mata," Bidas Seroja

Safar terpana. pertama kali Seroja memanggil namanya. dia terdiam, memikirkan ayat terbaik. namun akalnya buntu. akhirnya dia beralah, dia tak cukup ilmu untuk membalas bidasan Seroja.

"Saya tak ada kata-kata untuk membalas bidasan awak seroja,"ujar safar.

Seroja tersenyum simpul. dia meletakkan tangannya dikepala safar. diusap perlahan

"saya bukan yang terbaik. carilah orang lain yang lebih baik dari saya. saya taknak balik rumah. ada banyak cerita pahit saya kat sana. lagipun saya taknak kahwin dengan awak sebab saya taknak awak kena tempias malang saya. dan saya takut untuk percayakan pada hubungan sebuah keluarga," ujar Seroja tulus. cukuplah safar mengetahui serba sedikit. tak perlu diberitahu semua keperitannya.

Safar terdiam. ada sendu dihujung kata-kata seroja. beribu tanda tanya bermain dibenaknya.

sebelum ini, Safar selalu menyakat Seroja bahawa dia seorang yang malang kerana setiap kali berjumpa, ada sahaja yang tertinggal,hilang, jatuh dan macam-macam lagi. namun tidak disangka, Seroja mengambil serius hal yang remeh itu.

"saya minta maaf,"

"untuk apa?"

"saya tak sangka awak ambil serius hal saya selalu gelar awak malang,"

Seroja tersenyum simpul

"sebelum awak, ramai lagi panggil saya macam tu. saya pun dah lali. tak perlu lah rasa serba salah," ujar seroja selamba.

safar menundukkan kepalanya. tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"awak, awak tengah cari kerja kan?" soal Safar, nada yang tadinya perlahan, bertukar menjadi teruja.

"haah," balas Seroja pelik.

"apa kata awak dengan Dina kerja di syarikat ayah saya. jadi PA kita orang?" Safar begitu teruja. kalau Seroja bekerja dengannya, dapatlah dia melihat wajah buah hatinya itu hari-hari. malah dapat mengawal pergerakannya selalu.

Seroja diam memikirkan sesuatu. kalau dia bekerja dengan safar, dapatlah dia mengikis duit Safar sedikit demi sedikit. Seroja tersenyum sendiri akal jahatnya menguasai.

"Boleh. asalkan dapat kerja," serta merta seroja bersetuju. Kedua duanya tersenyum senang dengan niat yang berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience