"Sayang, sinilah,"
"Taknak, apa uncle ni pegang-pegang Seroja. Seroja tak mahu lah! Seroja nak buat kerja sekolah,"
"Sekejap je sayang, sekejap je,"
"Uncle, tak mahu. tak mahuuuuu"
Seroja membuka mata. dia bingkas bangun dari tidur. Dia menyentuh tubuhnya.
"Ah sial! Mimpi bangsat!" Seroja mendengus. kisah silamnya kerap menjadi igauan mimpi. apa lah silapnya? tak boleh ke dia hidup dengan tenang? kenapa masa lampaunya sering menghantui dirinya. hmm
Seroja bangun membersihkan diri. hari ini hari ahad. Cafenya tutup. jadi dia ada banyak masa satu hari ini. Setelah membersihkan diri, dia bergerak ke dapur untuk mencari makanan untuk dimakan.
"Dina, kau masak apa?" sergah Seroja apabila melihat rakannya sedang memasak
"ish kau ni! terkejut aku. ni ha, aku tengah masak nasi goreng. aku lapar," balas Dina.
Seroja tersenyum. Dina lah satu-satu kawannya. dia mengenali Dina daripada sekolah rendah lagi. namun, Dina tidak pernah tahu hal hidupnya. tamat sekolah menengah, Dina mengajaknya bekerja di cafe yang dikerjanya sekarang. akibat kekangan wang setiap bulan, Dina mengajaknya memilih jalan mudah. tidak sangka Dina seperti itu orangnya. tetapi dia tetap ikut kerana terdesak memerlukan wang.
"nah, nasi kau," Lamunan seroja tersentak.
"kau fikir apa je? daripada tadi tengok aku. muka aku macam hantu ke?" soal Dina
Seroja tersengih malu.
"Tak ada lah macam hantu. cuma macam beruk mak yeh," sakat Seroja
"Tak guna kau," Mereka berdua tergelak
"kejap lagi Andre datang. kau buat lah hal kau sendiri eh. tengok tv ke, dating ke" ujar Dina
Seroja mengangguk faham.
"kau couple dengan dia ke?" tanya Seroja.
Dina tersenyum kambing
"yelah tu kalau dah senyum macam kambing,"
"ish kau ni. senyum aku lagi lawa dari kambing tau,"
"nampak sama je,"
"serojaaaaaaaa,"
Seroja tergelak. seronok hati nya mengenakan Dina. Dina yang berkulit putih kemerahan itu kalau geram, kulitnya mesti macam udang kena bakar.
Seperti yang diperkatakan, Andre datang setelah mereka berdua siap makan. Andre terseyum melihat Seroja yang berseluar pendek dan memakai sport bra.
Seroja membalas biasa. Andre kini sudah menjadi pasangan rakannya, tidak mungkin dia akan tikam belakang. dia bergerak ke ruang tamu, diduduknya atas tikar dan menonton tv.
RING! RING! RING!
Telefonnya berbunyi. dia memandang malas. ' Safar ' dia menekan punat hijau di skrin telefonnya.
"Hello,"
"Hello, andre ada kat rumah awak ke?"
"ye,"
"dia buat apa?"
"jumpa dina,"
"ouh, habis awak?"
"Saya? saya tengok tv,"
"ouh, saya kat luar,"
Seroja bingkas bangun. dia membuka pintu. kelihatan safar tersengih macam kerang busuk
"awak buat apa kat sini?" soal Seroja sambil mematikan talian.
"nak jumpa awak lah," terukir sebaris gigi putih milik Safar bila dia senyum.
Seroja seperti patung, terpaku melihat senyuman Safar. dulu senyuman ni lah yang menggegarkan jantungnya. namun setelah safar kantoi curang terhadapnya, senyuman itu seperti sudah mati dalam ingatannya. tapi sekarang? kenapa rasa tu seperti ada semula? ah tidak!
"awak tak nak jemput saya masuk ke?" soalan safar mematikan lamunan
"emm" Seroja menggumam lalu membuka pintu luas sikit untuk memberi ruang kepada Safar masuk
mereka duduk di hadapan kaca tv.
"u tengok cerita apa? soal Safar.
"kejap u kejap awak, guna satu panggilan je boleh?" soalan Safar dibalas soalan jugaj.
"macan tu, i panggil u sayang lah," Safar mengenyit matanya
"Mengada. awak saya je cukup," Seroja menjeling
"Awak kan girlfriend yang paling saya sayang. mestilah nak panggil awak sayang,"
"excuse me? bukan girlfriend k, perempuan simpanan,"
ujaran seroja mematikan akal Safar.
"Please lah jangan anggap diri awak macam tu. saya betul-betul nak kita jadi kekasih macam dulu,"
"Taknak. dulu saya setia, awak curang. untuk apa kita balik macam dulu? saya tak percayakan awak. kata-kata lelaki semua dusta," ada sendu dalam ujaran Seroja.
"kalau awak nak anggap saya girlfriend, anggaplah. saya tak nak. saya taknak sakit dan disakiti," Sambung Seroja.
Safar melihat anak mata Seroja. seperti ada yang dipendamnya selama ini.
Share this novel