"Seroja, shopping jom. minggu depan kita dah masuk kerja," ajak Dina
"okay juga tu. aku pun tak ada baju. tak akan lah aku nak pergi kerja dengan uniform lama kan," balas Seroja.
Mereka berdua bersetuju untuk membeli-belah di salah satu pasaraya terkenal di Kuala Lumpur.
"Baju sini semua lawa-lawa lah!" Dina berkata.
"kan. tapi kita kena beli kemeja banyak sikit. dress ke. mana boleh pakai macam nak pergi clubbing," Seroja mengingatkan
Dina tersengih. macam tahu-tahu sahaja!
Mereka memborong seberapa banyak baju, seluar,kasut dan pelbagai lagi. kalau boleh ingin sahaja dibeli satu pasaraya itu! dengan pasaraya tu mahu beli! huhuhu
"Dina, jom lah balik. kiri kanan dah penuh ni. kita bukan balik naik kereta," ujar Seroja. baru terasa penatnya.
"Sekejap, kita pergi sana then balik okay?" Dina memujuk.
Seroja hanya mengangguk. dia pun memang berkenan dengan kedai yang satu itu. Mereka berdua berjalan dengan gaya lenggok yang dibuat-buat.
Sedang Seroja membelek baju, dia melihat seorang wanita lingkungan 30an dihadapannya. Setelah memerhati, dia terkejut. Segera dia memalingkan mukanya.
"Seroja," panggil wanita itu.
seroja berpura-pura tidak mendengar. dia membelek satu persatu baju dihadapannya.
"Seroja sayang," panggil wanita itu lagi
"tak cantiklah baju kat sini Dina. jom lah pergi kedai lain," ajak Seroja tergesa-gesa
"sekejap lah, ada lagi aku nak pilih ni," Dina yang sedang asyik membelek baju tidak peduli. Seroja rasa tidak senang duduk, tanpa berlengah dia mengambil berapa pasang baju lalu bergerak ke kaunter. tak mungkin lah dia mahu keluar dengan tangan kosong, sedangakn dia sudah berlama-lama didalam kedai itu apa pula kata jurujual itu nanti.
"semua sekali lima ratus lima puluh ringgit dan tujuh puluh lima sen cik," kata jurujual itu. sedang seroja mengira duit, sekeping kad terhulur dihadapannya.
"saya bayarkan untuk yang ni cik," ujar gerangan wanita itu.
tanpa bersoal banyak, seroja mengambil baju-baju itu dan keluar dari kedai itu.
"Serojaa, tunggu,"
langkah kaki seroja terhenti, dia berpaling
"nak apa?" Seroja bertanya dingin
"auntie rindu," jawab wanita yang menggelar dirinya auntie itu
"huh, rindu? hasil jualan diri aku tu mana? dah habis? dah tak ada mangsa baru ke?" sinis percakapan Seroja
"jangan macam tu sayang. auntie dah berubah," ujar auntie tersebut
Seroja sungguh jelik melihat kepura-puraan makcik dia itu. walapun sudah berhijab nampaknya, tetap jijik di mata Seroja
"rindu," Seroja tersenyum sinis.
wanita itu semakin menghampiri. dirangkul tubuh seroja yang kurus itu. seroja yang membibit beg kertas hasil membeli-belahnya tepaku.
"lepaslah. ingat ni drama ke?" pedas bicara Seroja
Pelukan dilerai.
"balik rumah ye sayang," ujar wanita itu
"untuk apa aku balik? jadi anak ayam kau? lebih baik aku duduk dengan kawan aku. hasil jual badan pun aku yang rasa sendiri makan pun mewah duduk dengan kau apa pun tak dapat. makan pun macam anjing berambus lah!" suara Seroja meninggi
beberapa pasang anak mata melihat kearah mereka. Dina yang sedang membayar baju yang dibeli, cepat-cepat menelefon andre.
"Seroja," panggil Dina
seroja menoleh
"kau dah habis shopping kan? jom blah," ujar Seroja dingin
mereka berdua berlalu meninggalkan wanita itu kesorangan.
"sial punya betina! kau tunggu lah," monolog wanita itu sendirian.
dalam perbalahan mereka, rupanya ada sepasang anak mata yang memerhati. semakin lama semakin hampir.
"assalamualaikum makcik," sapa satu suara
"waalaikumsalam,"
Share this novel