"Kita kaya weh," teriak Dina
Seroja mengulum senyum.
"Tapi kan, kalau dia orang report polis, macam mana?" timbul kegusaran dalam hati Dina
"Kalau report, duduk dalam lah. Apa susah?" Selamba Seroja berkata
"Gila lah kau! Aku tak mahu lah duit-duit ni. kalau kantoi, kena duduk dalam pulak," ujar Dina. takut!
"Kau boleh tenang tak? kau tenang je okay?" Ujar seroja sambil memotong sesuatu didalam kertas
"apa kau buat?" soal Dina
"Macam biasa lah. kau nak?" ujar Seroja
"weh, aku dah taubat. tak mahu aku,"
"Semua tak mahu. kalau taknak, aku jalan sorang. duit tu bahagikan cepat," jawab seroja
Dina menggeleng. gila lah seroja! sudahlah mencuri, memukul, mahu hisap dadah pula! kalau polis datang, nayaa sahaja!
setelah dibahagikan hasil curi duit Mr.Lim, Dina ternganga besar.
"tutup mulut tu sikit. karang aku sumbat 'bal' dalam mulut kau," ujar Seroja menyakat. pantas Dina menutup mulut. Sekali sahaja cukup! serik! dia bukan seperti seroja, seteruk-teruk dia hanya bertukar lelaki dan masuk clubbing sahaja. tidak seperti seroja, semua disapu habis!
"gila kau! Seorang 500k! gila lah, aku tak pernah pegang macam ni,"
seroja tergelak. apa lah sangat 500k. dia mahu lebih dan lebih lagi!
setelah menyimpan hasil bahagian tadi, Dina dan seroja duduk di hadapan kaca tv.
"kau letak duit kau kat mana Dina?" soal Seroja. tangannya memegang botol yang cukup untuk melepaskan giannya.
"kenapa kau nak tau? nak curi duit aku ke?" seroja tergelak melihat telatah Dina.
"tak ada nya lah. aku pun ada bahagian aku, kenapa nak ambil kau punya?" soalan demi soalan tanpa jawapan yang diberikan.
asap yang berkepul dihembus ke muka Dina.
"hembus lah tempat lain," Dina berpura-pura marah.
"Maaf," sepatah Seroja berkata. mata semakin bengkak, sedutan demi sedutan tidak berhenti. adakala terbatuk, namun itu tidak memutuskan selera Seroja untuk menyedut.
"Seroja, andre nak datang," ujar Dina setelah menyepi lama
Seroja mengangguk.
"Sudah lah. kita kena fikir mana nak cari kerja. duit yang ada tu bukan boleh tahan lama," ujar Dina tidak senang
"lusa kita cari okay? tak pun, kau tanya lah andre. mana tahu dia ramai kenalan," Seroja membalas. dia meletakkan botol dan sisa sisa 'bal' ketepi.
Dina mengangguk mengiyakan. ada betul juga! desis Dina
TOK TOK! TOK TOK!
"Eh andre dah sampai," Dina segera bingkas membuka pintu
Dibuka sahaja pintu, wajah Dina bertukar pucat lesi. macam mayat hidup!
"se..ser..seroja," panggil Dina
"haa,"
"po..polis," gagap Dina
seroja bingkas bangun menghala ke pintu.
"ye encik?" tanya Seroja. ditarik Dina kebelakangnya .
" selamat petang cik. maaf menganggu, saya insp sharil. adakah benar ini rumah samsudin bin sood?" tanya gerangan bernama insp sharil itu.
"bukan. rumah dia selang dua belah kanan dari rumah kami," jawab Seroja tenang.
"kalau begitu, maafkan saya. saya pergi dulu," pantas insp meminta diri.
seroja mengangguk. dia menutup pintu.
"kau kenapa?" soal Seroja
"fuh, lega hati aku weh. tadi macam nak meletup," ujar Dina melepaskan nafas lega.
"kan aku cakap tenang. nasib baik polis tu tak tanya kenapa muka kau pucat,"
Dina sekadar membatu kan diri.
TOKTOK! TOKTOK!
"weh polis tu datang lagiiii," separuh menjerit Dina
Seroja menggeleng kan kepala. dia membuka pintu.
"ni ha polis kau," ujar Seroja. Dina melihat Andre sedang tersenyum
Dina tersengih kambing.
"hehehehe," dina menggaru kepala tidak gatal.
"Seroja, i bawak Safar," ringkas bicara Andre
"i nampak. kenapa bawak dia?" soal Seroja apabila melihat ada lagi mahkluk dibelakang andre yang tersengih kambing
"kenapa? kan boyfriend u", jawab Andre
Seroja tidak membalas. dipelawanya masuk ke rumah. ditutup pintu perlahan setelah mereka berdua masuk.
"awak," panggil Safar
"hmm," Seroja menjawab
"awak ambil ni ke?" tanya safar sambil menunjukkan botol milik Seroja.
Seroja mengangguk.
hati safar bagai dirobek dengan pangakuan selamba Seroja.
"awak, kenapa awak ambik ni?" sayu suara safar. andre dan dina sekadar memerhati.
"ni bukan dadah lah. ni herba ni. ni lah life saya," ujar Seroja tanpa rasa serba salah. tak adalah life sangat, kadang-kadang kalau ada rasa rindu sahaja dia ambil. kalau tidak, tak adanya.
"please jangan ambil lagi. saya merayu," setitis air mata safar jatuh. patutlah hatinya tergerak mahu menjenguk buah hatinya. rupanya ini yang mahu ditunjukkan.
Seroja tersenyum sinis.
"who are you man? awak dah tak ada makna dalam hidup saya. awak dah lama tak ada dalam hati saya lepas awak curang dulu! dan awak tak ada hak nak halang atau aturkan hidup saya. kalau tak suka, go ahead! cari perempuan yang lagi baik. ops! mestilah kena cari perempuan lain yang lebih baik, sebab saya ni perempuan simpanan," pedas menusuk hati Safar.
Dina dan andre terkedu. dia orang pernah bersama ke dulu? fikir mereka sejenak.
"Seroja, tolong jangan ungkit kisah dulu. saya nak kita bina hidup yang baru," ujar safar sayu
"dan ni hidup saya yang sekarang" seroja berkata selamba. safar benar-benar tak menyangka. seroja dah berubah! sangat-sangat berubah!
"saya tak kenal awak," ujar safar kesal
Seroja tersenyum sinis.
"dan awak boleh pergi," kata seroja lalu meninggalkan safar.
.......
"aku betul-betul tak sangka," ujar Safar. setelah perbalahan dia dengan seroja tadi, andre cepat-cepat menenangkan dirinya. dina pula memberi segelas air untuk safar supaya bertenang.
"sabar lah safar. ini dugaan," ujar Andre.
Lemah dia terlampau lemah. dia tak boleh terima bila melihat seroja sejauh itu.
"dulu..dulu dia bukan macam tu. dia baik, baik sangat," ujar safar perlahan.
dina menunjukkan riak serba salah.
"i..i yang ajak dia jadi macam tu," dina berkata lalu menundukkan mukanya.
"tapi i tak sangka dia boleh sejauh ni. sumpah! i tak tahu dia belajar dari mana. tadi pun.." kata-kata dina terhenti
"tadi?" soal andre
Dina menarik nafas perlahan. akhirnya dia menceritakan kejadian pagi tadi, kisah dibuang kerja, pukul safiyya dan Mr.Lim.
"i.. i tak tahu dia belajar dari siapa," perlahan nada Dina setelah menghabiskan ceritanya. dia benar-benar takut jika ditangkap.
"apa boleh buat, nak ubah pun dah tak boleh. nasi dah jadi bubur," sendu suara Safar
"belum, kalau kau sayang dia, kau terima dia seadanya. tapi dalam masa yang sama ubah dia. bukan ubah dia macam mana yang kau nak, tapi ubah dia ke arah yang lebih baik. kita manusia, semua membuat kesilapan. sama ada berani membuat perubahan, atau pun biar diri dihanyut hasutan syaitan aku bukan lah baik sangat, tapi kalau kau sayang dia, sabar. bukan senang nak bentuk seorang perempuan. kena ada tahap kesabaran yang tinggi. sabar eh," panjang Andre menasihati rakannya.
Safar tersentak. ada betul juga kata Andre, dalam diam safar bernekad sendiri. dia ingin mengubah buah hatinya dan membawa pulang ke rumahnya! sebab bagi Safar dirumahnya itulah Seroja mampu berubah jadi baik.
"thanks andre," luah Safar
"tak ada apa lah," Andre tersenyum
"dah lah, banyak sangat drama. jom tidur sayang. Safar, kau kalau nak tidur, kau tidur lah kat luar eh. gaduh dengan bini kan? hahaha," sambung Andre lalu meninggalkan Safar sendirian.
Safar tersengih . dimana lagi hendak tidur? jam hampir ke 2 pagi. matanya sudah layu dek menangis gara-gara seroja. akhirnya dia terlelap di kerusi malas dirumah Seroja.
Share this novel