BAB 2

Humor Completed 6996

Kawan-kawan aku juga berasa pelik apabila tahu bahawa aku tidak pernah bercinta, sebabnya aku ini bukannya muda lagi. Umur tu biarlah aku rahsiakan. Tapi taklah terlalu tua, jangan salah faham pula ya. Alah…. orang lain yang lebih tua daripada aku pun ada juga yang belum berkahwin.

Apalah yang nak dirisaukan sangat? Tapi… sebenarnya risaulah juga hehe… siapalah yang tak mahu berkahwin kan? Macam si Taufiq tulah! Risaunya menggunung, tapi aku selamba sahaja.

Aku percaya, Tuhan itu maha adil. Jodoh aku pasti ada, cuma aku tidak tahu siapa, bila, dan di manakah aku akan temui si dia itu. Bukannya aku tidak mahu bercinta, tapi aku ini ialah seorang yang susah nak mempercayai seseorang. Jadi… faham-faham sendirilah ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience