BAB 4

Mystery & Detective Completed 5484

Detektif Haikal cuba menghubungi Inspektor Imran tetapi usahanya masih gagal.Hari semakin lewat dan kerjanya semakin tertangguh.Dia juga tersadai ditepi jalan Bukit Dijon itu kerana keretanya rosak!Pasti dia semakin terancam!Musuh yang dikehendaki polis pada masa kini pasti memerhatikan gerak-gerinya dari arah yang jauh.

Sudahlah tiada seorang pun yang lalu disitu.Siapa yang tinggal di bukit ini?Tiada!!Tiada siapa yang tinggal di Bukit Dijon.Amat mustahil jika ada yang tinggal disini!Kawasan kemalangan dan kes pembunuhan perogol bersiri sering berlaku disekitar kawasan itu suatu ketika dahulu dan kini kawasan itu dipercayai diduduki oleh penunggu!

Seram sejuk Haikal dibuatnya.Kabus yang menyelimuti bukit pada ketika itu berjaya menambahkan kegelisahan di dalam hatinya.Tiba-tiba Haikal disapa dari belakang!

“Encik.Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”Haikal terkejut dan dengan pantas dia menoleh ke arah suara yang menyapanya.Seorang lelaki yang berjambang dan berbaju T serta berseluar jeans itu mengukirkan senyuman yang agak sinis.Kulitnya gelap dan keningnya lebat.Sekali pandang seakan-akan perogol bersiri pula.

“Emmm…ohhh!Saya..saya…”Haikal teragak-agak apabila berbicara dengan pemuda itu.Badannya yang tegap dan mempunyai ketinggian yang sama dengan Inspektor Imran itu agak menakutkan dirinya.Bimbang jika dia diapa-apakan.Lelaki itu juga seakan-akan menyimpan objek tajam dipoket seluarnya.

“Err..boleh saya nak tahu saudara ni siapa dan dari mana pulak saudara datang?”Tanya Haikal dengan penuh ramah.Lelaki itu tersengih sambil menggelengkan kepalanya.

“Jangan risau.Saya dari rumah mak saudara saya.Dia tinggal tak jauh dari sini.”Ujar lelaki itu.Haikal hanya mengangguk.

“Jadi, ada apa-apa yang boleh saya tolong tuan?”Tanya lelaki itu sekali lagi.

“Oh.Kebetulan kereta saya ni rosak.”Luah Haikal.Lelaki itu mendekati bonet kereta yang telah terbuka.Semuanya masih elok.

“Saya pun tak tahu apa punca dia sebab pagi tadi saya dah fixkan kereta ni elok-elok.Yelah.Mungkin dah sampai masa saya kena beli yang baru kot.Hahahah!!”Detektif Haikal cuba bercanda di dalam situasi yang belum tentu kesudahannya.

“Hmmmm.Tuan.Bila ada barang yang rosak,kita cuma perlu betulkan saja.”Ujar lelaki itu.Detektif Haikal terdiam seketika.Kemudian dia mengukirkan senyuman.

“Saya rasa kamu betul.”Kali ini Haikal kembali mendekati bonet keretanya kononnya meneliti bahagian yang perlu dibaiki.

“Tapi..kadang-kadang juga…”Lelaki itu mula mengundurkan setapak dari kereta Detektif Haikal.

Dia mengeluarkan dawai yang berduri dari poket belakang seluar jeansnya dan dengan pantas dawai itu mencengkam leher Detektif Haikal dengan kemas sekali!Lehernya berdarah dan dia sudah mula nyawa-nyawa ikan!Satu perkataan pun tidak sempat keluar dari mulutnya dan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“….yang rosak tu perlu dihapuskan dengan segera.Supaya tak ada sesiapa pun yang kacau!”Sambung lelaki itu lagi.Tiba-tiba,telefon bimbit milik Detektif Haikal berbunyi dari kocek bajunya.Perlahan-lahan lelaki itu menyeluk saku baju yang dikenakan Haikal lalu mengambil telefon bimbit tersebut.Panggilan dari Inspektor Imran!Lelaki itu tersenyum sinis.

“Imran Imran.Kau masih nak tangkap aku lagi?”Dia kemudian menekan butang angkat lalu meletakkan telefon tersebut ditelinga kirinya.

“Haikal!Dalam beberapa minit lagi saya akan sampai kat tempat awak.Tolong bertahan di situ dan jangan keluar dari kereta sebab saya percaya Zulhusni berada disekitar kawasan tu.”Lelaki itu tersenyum lebar mendengar suara Inspektor Imran lalu dia mematikan talian.

“Zulhusni dah cabut nyawa detektif kau yang lembab ni lah.”Zulhusni menyindir Inspektor Imran yang sudah tiada ditalian telefon itu.

Kemudian,dia mencampakkan telefon tersebut tepat ke muka Detektif Haikal yang mengintipnya semenjak awal pagi tadi.“Hmm…aku terlepas makan malam.Tak apalah Sufina.Abang jumpa kamu malam nanti.Safina.Kamu mesti rindukan papakan?”Zulhusni ketawa sendirian di kawasan itu lalu meninggalkan mayat Detektif Haikal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience