BAB 2

Mystery & Detective Completed 5484

“Safina?”Safina menoleh ke arah ibunya.

“Kenapa ibu tak masuk?”Tanya Safina.

“Ibu tak tahu.”Jawab Sufina ringkas.

“Ibu tak tahu?”Safina mula hairan dengan jawapan ibunya.

“Kenapa sayang?”Tanya Sufina pula.

“Ibu tak tahu ke ibu takut?”Tanya Safina lagi.

“Ibu tak takut!”Jawab Sufina dengan yakin.Nadanya kali ini agak keras!

“Kalau ibu tak takut ibu takkan berdiri kat depan pintu rumah ni lama-lama.”Tukas Safina ringkas.

“Eh?”Sufina tersentak.Dia meneliti air muka Safina yang sudah mula berubah.

“Atau jangan-jangan….ibu rasa ada sesuatu yang akan berlaku dalam rumah ni?”Sufina mengetap bibirnya.

“Jom masuk sayang.”Kaki Sufina mula melangkah masuk ke dalam rumah banglo putih itu.Dia mengerling Safina yang masih berada diluar dan akhirnya Safina melangkahkan kakinya ke dalam rumah itu lalu pintu banglo itu dikunci rapat.

***

“Tuan.Ada panggilan telefon dari detektif Haikal tadi.Katanya dia perlu bercakap dengan tuan dengan segera.”Ujar Detektif Shuhardy yang merupakan rakan sekerja Detektif Haikal.

“Oh.Baiklah.Terima kasih Ady.”Inspektor Imran segera menyambungkan talian kepada Detektif Haikal.

“Inspektor Imran?”Detektif Haikal terus menyebut nama Imran sebaik sahaja taliannya dihubungi.

“Ye saya Haikal.Ada apa-apa berita?”Tanya Inspektor Imran.

“Tuan!Suspek telah menghilangkan diri pada jam 4.58 petang tadi.Suspek mungkin sudah menyedari bahawa saya telah mengekorinya sepanjang perjalanan.”Lapor Detektif Haikal dengan pantas.Inspektor Imran mula bimbang.

“Lokasi terakhir kamu di mana Haikal?”Tanya Inspektor Imran.

“Di landasan keretapi yang memisahkan persimpangan Jalan Santana dan jalan menuju ke Bukit Dijon.”Jelas Detektif Haikal secara terperinci.

“Dah berapa lama awak kat situ?”Inspektor Imran mula bimbang.

“Dalam 30 minit tuan.”Tukas Detektif Haikal.

“Awak pergi ke Bukit Dijon dulu.Nanti saya dengan sekumpulan polis yang lain akan pergi ke sana dan saya nak awak pantau suspek kat sana.Tapi ingat!Awak kena hati-hati sebab suspek disyaki bertindak lebih agresif jika dia dikesan.Faham?!”Detektif Haikal menganggukkan kepalanya lalu talian dimatikan.

***

Beg bagasinya diletakkan di atas lantai kamar yang berhabuk seakan tiada penghuni sebelum ini.Katil dan perabut yang lain juga masih dibaluti.Sufina mengeluh kecil lalu mengalihkan plastik yang membaluti katil itu ke tempat lain.

“Kraa…kraa…kraa.”Bunyi sekumpulan burung gagak yang kebetulan baru sahaja terbang dari sebuah pokok oak yang berada tidak jauh dari rumah banglo itu mengejutkan Sufina.Nafasnya bagaikan disentak dengan kuat!Safina yang berada ditingkat bawah rumah itu hanya memerhatikan sekumpulan burung gagak itu yang semakin hilang dari pandangan matanya.

Tiba-tiba,matanya tertumpu akan sebuah pintu kaca yang memisahkan bahagian rumah itu dengan sebuah taman bunga mawar dihalaman rumah tersebut.Dia meletakkan buku yang didakapnya diatas meja kecil ruang tamu itu lalu perlahan-lahan mendekati pintu tersebut.

Taman itu seperti hutan liar yang hidup!Tetapi bunga mawar yang ada disetiap penjuru pokok itu seakan-akan cuba untuk memenangi hati Safina namun,ia gagal!Apa yang berada difikiran Safina jika datangnya soal bunga mawar hanyalah satu kegelapan dan ketakutan yang bakal menumpahkan darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience