BAB 7

Mystery & Detective Completed 5484

“Pasukan polis tak dapat nak datang dalam jumlah yang banyak.Jalan dekat bandar sesak teruk!Helikopter tak dapat nak datang sebab hujan lebat sangat-sangat.”Terang Inspektor Imran.Sufina semakin hairan namun dia yakin kedatangan Inspektor Imran pasti ada kaitannya dengan Zulhusni.

“Apa maksud inspektor?”Tanya Sufina.

“Awak kena pindah sekarang!Rancangan kita tak berjaya!Zulhusni mungkin dah ada kat kawasan ni.”Sufina tersentak.

Jantungnya bagaikan disentap dengan kuat!Mana mungkin!Maknanya Safina…?Tiba-tiba,lampu yang menerangi rumah itu terpadam.Kilat dan guruh saling bersatu bagi mencemaskan lagi situasi pada ketika itu.Bekalan elektrik terputuskah?

“Safina!!!”Tanpa mempedulikan Inspektor Imran,Sufina berpaling seraya menjerit memanggil anaknya.Tiada sahutan!

“Sufina!Awak kena keluar dari rumah ni.Biarkan pihak polis yang uruskan segalanya!”Tegas Inspektor Imran.

“Saya takkan pergi tanpa anak saya inspektor!Safina!!!”Sufina berkeras lalu meninggalkan Inspektor Imran yang masih tercegat dimuka pintu rumah itu.

“Sufin…”Tiba-tiba,leher Inspektor Imran dijerut dengan kuat oleh seseorang dari belakang!Inspektor Imran langsung tidak bersuara!

Hanya mulutnya sahaja yang terkumat-kamit seperti bomoh yang membacakan jampi.Penglihatannya yang semakin kabur hanya mampu melihat Sufina berlalu pergi meninggalkannya.Dia langsung tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk melawan jerutan dilehernya dan akhirnya Inspektor Imran tumpas ditangan Zulhusni yang menyerangnya!

“Safina?Kamu kat mana sayang?”Sufina menaiki anak tangga di dalam kegelapan yang masih bersisakan cahaya kilat dari luar.Tiba-tiba,satu lembaga berlari dibelakang Sufina dan dengan pantas Sufina menoleh dibelakangnya setelah merasakan dirinya diperhatikan oleh seseorang yang asing di dalam rumah itu.

Kakinya kembali menuruni anak tangga lalu menghampiri dapur yang berada dihujung bahagian rumah itu.Dengan pantas Sufina berlari memasuki ruang dapur lalu mendapatkan tempat persembunyiannya disebalik laci yang menyimpan perkakas dapur.Perlahan-lahan dia membuka laci dapur yang paling atas lalu meraba-raba untuk mendapatkan sebilah pisau sebagai alat pelindung dirinya.

Jantungnya berdegup kencang seraya merapatkan pisau tersebut dekat dengan dadanya.Dia menjenguk ke ruang tamu yang ditutupi meja kecil dapur itu dan tiba-tiba,matanya tertangkap akan satu lembaga yang berlari dari belakang pintu rumah memasuki ruang tamu.Sufina tersentak!Dia begitu pantas!Namun Sufina memberanikan dirinya keluar dari tempat persembunyian.

Kakinya laju mendapatkan tangga yang tidak jauh dari dapur namun sekali lagi matanya tertangkap akan sekujur badan yang terbaring dihadapan pintu rumahnya.Sufina tergamam seketika.Inspektor Imran?Benarkah apa yang dilihatnya?Sufina seakan tidak percaya lalu mendekati tubuh Inspektor Imran yang sudah tidak bergerak lagi!Semakin laju degupan jantungnya apabila mendapati wayar hitam masih melilit leher Inspektor Imran.

Tangannya yang menggenggam pisau terketar-ketar melihat lelaki yang telah banyak berjasa kepadanya selama ini akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir!Sufina menguatkan semangatnya lalu berpaling daripada mayat Inspektor Imran.

Tiba-tiba,Sufina kembali menoleh Inspektor Imran. Pistol!Inspektor Imran pasti mempunyai pistol!Dia segera mendekati Inspektor Imran lalu menyelak baju jaket Inspektor Imran berharap agar senjata yang terlintas difikirannya masih ada namun segalanya hampa! Zulhusni lebih pantas!

“Tahu tak?”Sufina tersentak apabila suara lelaki yang dikenalinya itu tiba-tiba bersuara di dalam gelap.Guruh berdentum disertai pancaran kilat yang menerangi suasana itu untuk seketika. “Saya tak nak bunuh awak dengan pistol.Itu bukan anak jantan!”Zulhusni keluar dari celah kegelapan yang menutupinya.

“Zulhusni!!”Sufina mengetap bibirnya.Perasaan takut masih tersisa namun kehilangan Safina kali ini begitu terkesan di dalam hatinya.

“Dah lama sangat saya cari awak selama ni Sufina.Sampai anak kita umur 6 tahun.”Sambung Zulhusni lagi.

“Mana anak aku Zul?!”Tanya Sufina di dalam perasaan marah yang hanya menunggu masa untuk meletus.

“Tapikan…Jauh mana sekalipun kau lari aku tetap dapat cari kau.”Zulhusni masih menyambung kata-katanya.Dia semakin menghampiri Sufina yang masih melutut di atas lantai rumah itu.

“Aku tanya mana anak aku Zul!”Sufina berkeras.Tiba-tiba,ubun Sufina disentap dengan kuat menyebabkan dia langsung berdiri.Zulhusni mendekatkan mukanya ke muka Sufina.Dia mengetap bibirnya memandang wanita yang tidak pernah terlintas difikirannya akan menghancurkan hidupnya selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience