BAB 9

Mystery & Detective Completed 5484

“….ataupun awak nak kita hidup macam sebuah keluarga.Tinggal kat sini dengan aman.Tak ada sesiapa yang ganggu.Kita boleh mulakan hidup baru sayang.”Zulhusni menoleh Sufina lalu kembali mendekatinya.

“Zul.Kita tak boleh hidup bersama.”Tukas Sufina.

“Ke..kenapa?”Tanya Zulhusni.Dia mendekati Sufina seraya mengusap lembut pipi wania itu.

“Sebab…”Sufina membuka pisau poket itu lalu dengan pantas dia menikam tepat pada perut Zulhusni.Mata Zulhusni terbeliak!

Tidak menyangka Sufina akan bertindak sedemikian.Dia cuba menarik nafas namun kerongkongnya terasa disekat oleh sesuatu. Dari mana datangnya pisau itu?Beginikah rasanya kematian?Pisau itu semakin dalam menembusi perutnya. “….kita tak ditakdirkan bersama.”Sambung Sufina lagi.

“Su…ffin…”Darah mula keluar lalu Sufina menolak Zulhusni yang merebahkan dirinya dibahunya.Dia hanya mampu melihat tubuh Zulhusni yang terlantar di atas lantai.Sedikitpun tidak bergerak!

“Ibu?”Safina memanggil ibunya.Dia hanya menjengukkan kepalanya disebalik tangga itu.

“Sayang.Mari sini sayang.Ibu nak peluk kamu.”Sufina mendepakan kedua-dua tangannya lalu Safina merebahkan dirinya di dalam pelukan ibunya.Nyaman seketika pelukan wanita yang bergelar ibu.

“Kamu pergi mana sayang?Ibu bimbang.”Rambut Safina dibelainya sambil menitiskan air matanya.

“Ina selamat ibu.”Ujar Safina seraya memandang ibunya dan mengusap pipi ibunya.Air mata wanita itu diseka lalu dia mengukirkan senyuman kepada Sufina.Sufina memeluk kembali anaknya dan kali ini pelukannya lebih erat berbanding tadi.

“Ibu.Ina sayang ibu.”Ujar Safina.

“Ibu pun sayang kamu.”Balas Sufina lalu mencium dahi anaknya.

“Sufinaaaaaaaa!!!!”Safina dan Sufina serentak memandang suara yang memecahkan suasana indah yang baru sahaja tercipta.Zulhusni masih hidup!!Pisau yang masih melekat di perut lelaki itu ditariknya lalu dilempar tepat ke arah mata Sufina.Sufina bagaikan disentap dari belakang apabila mata pisau itu menyakiti pancainderanya.

“Ibu!!!”Safina mula panik apabila melihat darah yang mula keluar membuak-buak dari mata ibunya.

“Selamatkan diri kamu Safina.Pergi dari sini sekarang!!!”Safina mengetap bibirnya.Dia begitu bencikan situasi seperti ini!

Melarikan dirinya disaat ibunya sangat memerlukan pertolongan!Tanpa berfikir panjang,Safina terus meninggalkan ibunya diperut tangga rumah itu.Zulhusni mula mengacukan pistol yang dipegangnya ke arah Safina lalu melepaskan beberapa das tembakan agar kanak-kanak itu tidak dapat meloloskan dirinya namun sebutir peluru langsung tidak mengenai sasaran!Kegelapan malam lebih memihak kepada Safina!

Terketar-ketar tangan Sufina menarik pisau yang mencucuk matanya.Zulhusni mengetap bibirnya lalu mendekati Sufina yang masih berada diperut tangga itu.Satu demi satu anak tangga dinaikinya dan Sufina mula merangkak untuk menyelamatkan dirinya.

“Kau berani bunuh aku Sufina?!”Zulhusni menggenggam betis Sufina.Dia gagal untuk menyelamatkan dirinya!

Lelaki itu mula mengheret Sufina sehingga wanita itu tertiarap di atas lantai rumah banglo itu.Muka Sufina berdarah!Dia sudah tidak bermaya untuk melawan Zulhusni.Dia hanya mampu mengkehek darah yang keluar dari mulutnya kerana rahangnya telah terhentak disetiap anak tangga tadi.

“Kau tahu tak Su?”Ubun Sufina sekali lagi ditarik. “Aku cuma nak ada kehidupan normal dengan kau tapi kau tak nak.Kita dah ada anak kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?”Bisik Zulhusni ditelinga Sufina.

“Aku yang suruh kau kahwin dengan aku!Tapi kau tak nak.Tapi bila ayah kau nak serahkan harta dia dekat adik kau yang dah ada anak,baru kau datang cari aku sebab kau perlukan Safina!”Luah Sufina di dalam jeritannya.

“Arrghhh kau diam!!!”Zulhusni mula meroyan.Kepala Sufina terhantuk di atas lantai.

“Aku bukan nak harta!Takkkkk!!!Aku bukan nak harta ayah aku!!”Zulhusni mencangkung sambil menangisi kata-kata yang diucapkannya.

Dia menggelengkan kepalanya apabila perbuatannya terhadap adik dan bapanya berlegar-legar difikirannya.Dialah punca adik iparnya keguguran!Dia juga punca kerugian besar yang dialami oleh bapanya dan dia jugalah punca segala masalah yang melanda!Namun segalanya telah berlalu dan tiada guna jika dikenang.Dan hari ini…wanita yang selama ini telah menghancurkan hidupnya harus mati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience