BAB 8

Mystery & Detective Completed 5484

“Kau perempuan tak guna!Kau dah hancurkan masa depan aku!Aku yang sepatutnya dapat harta arwah ayah aku tapi sekarang apa yang kau dah buat?!Aku yang sepatutnya dapat semua aset syarikat ayah aku tapi tengok apa kau dah buat?!Kau pembawa sial!!Aku benci perempuan macam kau!”Sufina menggenggam pergelangan tangan Zulhusni lalu bersuara.

“Bukan salah aku Zul.Bukan salah aku.Semuanya salah kau.”Satu tamparan yang kuat singgah dipipi Sufina.Zulhusni menjerit tanda tidak puas hati apabila dirinya dipersalahkan.Sufina kembali rebah di atas lantai.Matanya memandang tajam ke arah Zulhusni.

“Aku ajak kau kahwin dengan aku.Tapi apa kau kata?Kau masih ingat lagikan?”Tukas Sufina seraya berusaha bangun dari rebahannya.Dia menoleh pisau yang sempat diselitkan dicelah baju jaket Inspektor Imran tadi.

“Kau diam!Kau langsung tak tahu apa-apa!!Kau tak tahu!!!Aku yang tanggung perit semua tu!!Aku yang tanggung.”Zulhusni memulakan dramanya.Air mata mula membasahi kelopak matanya.

“Tapi sekarang kau kena mati!”Zulhusni kembali bengis.Dia mula menghalakan pistol ke arah Sufina yang masih berusaha untuk bangun.

Sufina mula berlari mendapatkan tangga rumahnya.Akhirnya,satu das tembakan dilepaskan dan tepat mengenai kaki kanan Sufina.Sufina rebah seketika.Dia mengerang kesakitan.Sesekali dia memandang Zulhusni yang masih tenang berjalan menuju ke arahnya.

Sufina kembali berdiri lalu berlari mendapatkan tangga yang tidak jauh dari situ.Satu demi satu anak tangga yang dinaikinya dan Zulhusni semakin menghampirinya.Namun sekali lagi tembakan dilepaskan dan kali ini tepat mengenai kaki kiri Sufina.Akhirnya Sufina rebah diperut tangga!Sekali lagi ubun Sufina ditarik.

“Kau lari?Ohh kau lari.Kenapa kau nak lari?”Dia mencuit dagu Sufina lalu mengusap pipi Sufina dengan pistol yang masih digenggamnya.“Abang kat sini sayang.Kenapa sayang nak lari.Ha?Hehehe..!!”Zulhusni ketawa di dalam linangan air mata yang masih mengalir.

“Apa yang kau nak Zul?!”Sufina mengetap bibirnya.

“Apa yang aku nak?Kau tanya aku apa yang aku nak???Aku nak kau mampos!Malam ni tepat pukul 12 nanti biar engkau mati.Tapi sekarang baru pukul 11.30 malamlah sayang.Sayang rasa abang patut buat apa eh?”Ubun Sufina semakin kuat digenggam.Zulhusni mula berperangai psiko.

“Kau gila Zul.Kau gila!”Pantas Zulhusni memandang anak mata Sufina.Gila?Itu perkataan yang paling pantang didengarnya.

“Tak.Aku tak gila!Aku tak gila.Sayang,abang tak gila sayang.Abang cuma… entahlah.Kadang-kadang abang rasa gila tu sebahagian dari diri abang tapi abang sebenarnya tak gila.”Zulhusni mula hilang kawalan.Fikirannya mula terganggu.

“Eheeiii.Sayang nak ubah topik ek.Malam ni sayang dah nak mati tapi sayang ubah topik.”Sufina semakin gelisah melihat Zulhusni yang sudah mula hilang akal.Bila-bila masa sahaja nyawanya akan hilang jika dia masih berada di samping lelaki itu sekarang ini.

“Okay.Kita kat mana tadi?Oh!Ya.Apa kita nak buat setengah jam sebelum sayang mati.Emmm…kita main sorok-sorok nak?”Tanya Zulhusni.Senyumannya tersimpul namun air muka Sufina langsung tidak menunjukkan reaksi positif.Wanita itu masih masam mencuka!

“Okay.Kalau sayang tak suka kita ada mainan lain.”Zulhusni melepaskan genggamannya lalu berdiri dan menuruni satu anak tangga.

Dia tahu Sufina akan berusaha meloloskan diri tetapi semua itu sia-sia.Pistol masih berada ditangannya dan kedua-dua kaki Sufina sudah tidak mampu bekerja sepenuhnya.Perempuan itu hanya mampu merangkak!

Sufina bersandar disisi tangga sambil melihat Zulhusni yang membelakanginya.Dia menoleh ke arah anak tangga yang berada dihadapannya untuk dinaiki walaupun dia terpaksa merangkak sekalipun.Tiba-tiba,dia menghentikan usahanya.

Pisau poket yang berada dihadapannya agak mengejutkan dirinya.Dia meneliti huluran pisau itu dan mendapati Safina menghulur pisau tersebut!Safina menganggukkan kepalanya lalu pisau poket itu disambut oleh Sufina manakala Safina bersembunyi di dalam kegelapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience