BAB 12

Mystery & Detective Completed 5484

Malam yang masih bersisakan bunyi guruh yang berdentum mengiringinya sepanjang perjalanannya kembali ke kota.Inspektor Intan hanya memerhatikan Safina yang berada ditempat duduk belakang.Safina masih melihat pemandangan diluar.Buku yang diambilnya tadi masih berada didakapannya.

“Safina?”Safina menoleh sebaik sahaja namanya dipanggil.

“Kalau boleh akak nak tahu apa yang istimewa sangat dengan buku tu?Safinakan masih belum belajar anatomi.”Tanya Inspektor Intan lembut.Dia cuba mengorek rahsia disebalik buku itu.Entah kenapa perasaannya mula curiga.Apa yang ada pada buku itu?

“Buku ni hadiah ibu.Safina tak nak hadiah ibu jadi barang polis.Nanti hadiah ni jauh dari Safina.Safina tak nak.”Ujar Safina.Inspektor Intan hanya mengangguk sambil memuncungkan mulutnya.Tetapi,hatinya masih menyimpan rasa curiga terhadap Safina.

***

“Okey.Safina.Kita dah sampai.”Inspektor Intan mematikan enjin kereta polis yang dipandunya.Safina masih berjaga.Budak itu langsung tidak tidur sepanjang perjalanannya! Mungkin budak itu sudah tahu niatnya untuk mengambil buku yang berada didakapannya.

“Kita kat mana?”Tanya Safina tenang.

“Kita kat rumah kawan akak.”Jawab Inspektor Intan.Safina meneliti disetiap penjuru rumah tersebut.Rumah dua tingkat yang sudah biasa dilihatnya.Tidak ubah seperti rumah di atas bukit Dijon!

“Jomlah keluar.”Inspektor Intan membuka tali pinggang keledar yang dipakainya dan masing-maisng keluar dari perut kereta itu.Suasana yang sejuk pada malam itu agak mententeramkan.Dia segera mengikuti Inspektor Intan yang berada dihadapannya.

“Ting tong.”Loceng yang ditekan Inspektor Intan berbunyi.Lampu di dalam rumah tiba-tiba menyala.Daun pintu dikuak dari dalam.Seorang wanita yang tinggi dan berkulit putih kemerahan itu membuka pintu rumah tersebut seraya membetulkan selendang yang sempat disauknya.

“Intan?”Wanita itu terpaku seketika.

“Hai Azra.”Intan mendepakan tangannya lalu memeluk Azra.Pelukannya disambut mesra lalu mereka dijemput masuk oleh Azra.

Inspektor Intan menyelimuti Safina yang masih mendakap kemas buku Anatomi Manusia itu.Dahi Safina diusap.Senyuman manis yang diukir Intan langsung tidak dibalas.Safina hanya memerhati gelagat Inspektor Intan.Sesekali dia mencuri pandang ke arah wanita yang bernama Azra dimuka pintu biliknya.

“Kamu tidur dulu ye Safina.Tidur nyenyak-nyenyak malam ni.”Pipi Safina diusap lembut.

“Kalau ibu Safina boleh tidur nyenyak,takkanlah Safina tak boleh tidur nyenyakkan Inspektor?”Inspektor Intan mengangkat keningnya.Agak terkejut juga dia mendengar pertanyaan itu.Biadab pun ada.

“Emm!”Inspektor Intan menguntumkan senyuman dan hanya menganggukkan kepalanya. Budak ni lain dari budak-budak yang biasa!Memang patutlah dia serahkan Safina kepada Azra.Hanya Azra sahaja yang tahu cara mengambil buku yang berada dalam dakapan Safina kerana Azra adalah doktor psikologi kanak-kanak.Dia pasti tahu cara berunding dengan kanak-kanak seperti Safina.

Kopi yang tersedia di atas meja itu hanya ditenung.Inspektor Intan masih tidak habis berfikir tentang buku yang berada di dalam dakapan Safina. “Hei.termenung jauh nampak.Kau fikir pasal budak tu ke?”Tanya Azra seraya meneguk segelas air kosong.

“Iyelah.Aku nak fikir pasal apa lagi?”Kali ni dah kali keempat masuk kes dia tau.Letih jugak aku kadang-kadang.”Keluh Inspektor Intan.Kopi yang ditenungnya tadi akhirnya diteguk jua.

“So.Macam mana?Ada dah settle ke?Lelaki yang jadi polis tu dah kena tangkap ke?”Bertalu-talu Azra bertanyakan soalan.

“Laki tu dah kena tangkap dah.Tapi…mak dia dah mati.Semuanya masih dalam siasatan.”Jawab Inspektor Intan ringkas.Azra hanya mengangguk sambil memuncungkan mulutnya.Inspektor Intan menoleh Azra.Sesekali matanya mengerling ke arah tangga dibelakang Azra yang tepat menuju ke arah bilik yang diduduki Safina.Dia mendekatkan kepalanya ke arah Azra.Azra mula berasa pelik dengan tingkahlaku Inspektor Intan tapi dia tahu pasti ada sesuatu yang mencurigakan yang hendak diberitahu oleh Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience