BAB 13

Mystery & Detective Completed 5484

“Azra.Budak tu aku boleh kata ada berjuta akal.Dia bukan calang-calang budak.Kau kena perhatikan dia sepanjang masa.”Inspektor Intan merendahkan nadanya.

“Kenapa?”Tanya Azra.

“Aku tak tahu tapi ada satu benda yang aku curiga dengan budak tu.Kau nampak tak yang dari tadi dia asyik dok usung buku anatomi apa entah yang dia pegang.”Azra mengangguk membenarkan kata-kata Inspektor Intan.

“Ha!Aku rasa ada something dalam tu yang sepatutnya pihak polis dapat.Tapi aku tak sure apa.Kalau aku paksa dia kasi dekat aku nanti jadi masalah pulak.”Azra mengerutkan dahinya mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Inspektor Intan.

“Laaa.Apa susah.Mintak je lah.Dia budak je pun.Bukannya susah sangat nak deal dengan budak-budak ni.” Tukas Azra selamba.

“Kau cakap senang.Aku dengan Imran handle kes dia empat kali tau tak.Macam kitorang tak pernah buat benda macam ni.Dulu Inspektor Imran pernah paksa Safina beri pisau poket sebab pisau tu nak jadi bahan bukti untuk pembunuhan yang pernah berlaku dulu.Tapi Safina lari masuk dalam hutan!Bukan tu je.Imran kejar dia macam nak mampos sampailah Imran sendiri yang berdepan dengan Zulhusni.Masa tu kitorang baru hantar Safina dekat kawan kau tu.Lisa!”Terang Inspektor Intan lagi.Terlopong seketika Azra mendengar cerita Inspektor Intan.

“So.Kau nak aku buat apa sekarang ni?”Tanya Azra ringkas.

“Esok mayat mak dia akan dikebumikan.Kau bawak dia pergi dekat kubur mak dia.Aku akan cuba cari buku tu.Okey?”Inspektor Intan meluahkan rancangannya.Azra hanya mengangguk seraya meneguk air kosongnya.

Safina tersenyum sinis mendengar rancangan bodoh yang dirancang oleh Inspektor Intan.Kelibat Safina terus hilang di dalam kepekatan malam yang berlatarkan guruh yang masih berdentum.

Safina memejamkan matanya mengingati kembali sepotong tulisan yang sempat dibaca di dalam kereta tadi walaupun hanya diterangi cahaya kilat.

“Sampai matipun aku tak akan mengaku engkau bapanya walaupun dia dari keturunan kau.”

Walau apapun rancangan yang dicatur,inti buku itu masih selamat ditangannya.Dengan penuh tenang,Safina menarik selimut sehingga paras tengkuknya dan akhirnya dia terlena didalam mimpi ngerinya.

***

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Menurut sumber lain juga kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Tapi tetap dalam Kifarah itu tiadanya idea kelahiran semula dan kewajipan org yang berbuat dosa akan mengalaminya semasa hidupnya. wallahualam.

Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda

"Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience