BAB 3

Mystery & Detective Completed 5484

Namun,kaki Safina tetap membukakan langkahnya untuk berjalan disekitar taman itu.Pintu kaca yang besar itu dibukanya perlahan-lahan lalu kakinya yang tidak berkasut itu menyentuh rumput karpet ditaman itu.

Terasa nyaman seketika walaupun angin yang menyapa rambutnya terasa dingin dan waktu sudah hampir menginjak senja.Langit kelihatan kelam pada ketika itu.Pasti hujan dan ribut petir akan melanda dikawasan itu pada malam ini.

“Aduh!!!”Langkah Safina mula terbantut apabila kakinya terasa bagai dihiris pisau.Sufina yang terdengar suara kecil anaknya pada ketika itu segera mendapatkan beranda yang berhampiran disitu untuk melihat kejadian yang berlaku.Safina terus bersila di atas rumput lembut itu dan mendapati darah keluar dari ibu jari kakinya.Untunglah luka yang dialaminya tidak begitu dalam.

“Safina?!”Sufina segera keluar dari biliknya lalu mendapatkan Safina yang berada di taman itu.Sebaik sahaja tiba dipintu kaca tersebut,hatinya mula terusik.Pelbagai bayangan yang menjelma dibirai ingatannya dan yang pastinya wajah Zulhusni sentiasa berlegar difikirannya.

“Ahh!!!”Sufina segera membuka langkahnya lalu mendapatkan Safina yang masih bersila diatas rumput hijau itu.

“Safina.Kenapa ni sayang?”Sufina meletakkan anak gadisnya itu dipahanya.

“Bunga ros ibu.”

Dahi Safina berkerut sambil menunjukkan sekuntum bunga mawar yang sudah layu diatas rumput itu tetapi durinya masih berbisa!Sufina menelan air liurnya.Matanya tiba-tiba tertumpu pada jari Safina yang sempat mengelap darahnya sebentar tadi.

“Dah.Ikut ibu.”Sufina mendukung Safina ke dalam rumah.Pintu di taman itu dikunci rapat!

“Lain kali pakai kasut bila nak keluar dari rumah ni.Rumput karpet tu bukannya boleh percaya.”Sufina memulakan leterannya.Ibu jari kaki Safina yang terluka tadi hanyalah dikesat dengan tisu.Mujur tiada duri yang tersekat dilukanya.Suasana lengang memenuhi ruang itu seketika.Tiba-tiba,Safina bersuara.

“Ibu.Safina tak sedap hatilah.”Luah Safina.Sufina memandang tepat anak mata Safina.Dia mula bimbang.Ini bukanlah kali pertama Safina berkata seperti itu dan setiap perasaan yang dirasanya sentiasa terbukti kebenarannya.

“Apa maksud kamu sayang?”Tanya Sufina.Nadanya kali ini sangat lembut dan halus.

“Bunga ros tadi tertutup disebalik rumput karpet yang lembut tu ibu.”Safina mula berkias.

Sufina mula bimbang dengan kiasan Safina kali ini tetapi dia berpura-pura tidak memahami kiasan Safina kerana ingin mengetahui perkara yang bermain difikiran anaknya dan apa yang dirasakan oleh naluri hati Safina.

“Maksud kamu sayang?”Tanya Sufina.

“Ibu tahu apa maksudnya.Ibu tahu.”Safina bangun dari sofa ruang tamu itu lalu mendapatkan bagasinya.Sufina yang berlutut mula berdiri sambil memerhatikan anaknya yang membelakanginya.Satu per satu anak tangga yang dinaikinya dengan perlahan.Tiba-tiba,dia menghentikan langkahnya lalu memandang Sufina.

“Dan ibu tahu apa yang sepatutnya ibu buat sekarang.”Tukas Safina ringkas.

“Kalau ibu tak buat apa yang akan jadi nanti?”Sufina cuba menduga.

“Sama ada ibu atau Safina sendiri.Atau kita berdua.”Safina masih berkias!Kakinya mula menaiki tangga banglo itu.Sufina hanya mampu mengeluh kecil dari bawah.Dia masih bermain teka-teki yang tersirat di dalam setiap kiasan Safina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience