BAB 1

Mystery & Detective Completed 5484

Matanya hanya memandang luar tingkap kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh ibunya.Mulutnya tertutup rapat sepanjang perjalanan mereka menuju ke banglo baru yang disarankan oleh Inspektor Imran di atas puncak bukit kota itu.

Sekali-sekala anak mata Sufina mencuri pandang ke arah anaknya yang kini berusia 6 tahun disebelah tempat duduknya.Dia tahu Safina sudah bosan akan perpindahan mereka yang keempat.

Safina tidak seperti kanak-kanak yang lain.Dia tidak pernah ceria seperti kanak-kanak yang seusia dengannya. Dia tidak suka bermain diluar seperti kanak-kanak yang lain tetapi Safina mempunyai akal yang cerdas.Tangannya tidak pernah lekang mendakap buku Anatomi Manusia yang sepatutnya dipegang oleh mahasiswa.

Sufina menghela nafasnya seraya memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka dibanglo yang disarankan oleh Inspektor Imran nanti.Apa yang akan terjadi?Mampukah persembunyian mereka kali ini berjaya ditangkap di dalam jerat dan perangkap yang dirancang oleh Inspektor Imran?

“Saya yakin kali ini awak dan Safina selamat.Tolong percayakan pihak kami.Segalanya akan kami uruskan.”Anggukkan Sufina kali ini pantas tanda menyetujui kata-kata Inspektor Imran.Dia terpaksa mempercayai Inspektor Imran kali ini kerana yang menyaksikan pembunuhan ke atas pemuda upahan Zulhusni dirumah banglonya pada malam itu hanyalah Inspektor Imran.

Hujan lebat yang berlatarkan guruh dan petir saling bersatu menambahkan lagi ketakutan Sufina.Malam itu jugalah dia memandu menuju ke rumah anak yatim untuk mengambil kembali Safina yang pasti menjadi buruan Zulhusni pada ketika itu.Dia memandu di dalam kegelapan malam yang hanya bersuluhkan bulan dan bintang yang sudah malap ditutupi awan hitam.

Pintu belakang rumah anak yatim itu ditutup kembali seperti dia mula-mula memasukinya pada petang kelmarin.Kasut bertumit tingginya dibuka agar kehadirannya tidak disedari oleh mana-mana pengawal keselamatan atau pun pekerja yang bertugas pada malam itu.

Satu persatu anak tangga yang dinaikinya sambil matanya meliar memerhatikan persekitaran yang agak gelap dan serba-sedikit meremangkan bulu romanya.Bimbang jika Zulhusni menunggunya di atas.

“Krekk!Krekk!”Safina membuka matanya.Bunyi dari arah tingkap itu mula tidak menyenangkan malamnya.Hanya anak matanya yang bergerak memandang bunyi yang datang dari arah tingkap disebelah katilnya.Perlahan-lahan dia mengeluarkan pisau poket yang diletakkan dibawah bantal lalu dia menginjakkan sedikit tubuhnya ke arah laci meja dan dengan pantas memandang ke arah tingkap bilik itu.

Apa?Apa yang berbunyi tadi?Kuat bunyi yang didengarnya tadi dan sekarang…Tiada apa?Safina mengeluh lalu kembali memanjat tilam katilnya yang paras dada.

Tiba-tiba,tirai tingkap itu ditiup angin dan matanya tertangkap akan satu kelopak bunga mawar merah yang terjatuh dari tingkap biliknya.Perlahan-lahan dia menyelak tirai tersebut dan dia mendapati 3 kuntum mawar merah yang tersepit ditingkap itu.

Hati Safina mula gundah. Dengan pantas dia berundur dari tingkap itu dan tiba-tiba kakinya terpijak sepasang kasut yang dipakai oleh seorang lelaki.Guruh berdentum diikuti petir yang menyambar pada malam itu yang hanya sesaat menerangi biliknya.

“Safina?Rindu papa tak?”Tanya Zulhusni dan dengan pantas muka Safina ditekup!

“Safina.Safina.”Nafas Safina terhenti seketika lalu dia membuka matanya seluas yang mungkin.

Dengan pantas pisau poket yang diselitkan didalam sarung lengannya dikeluarkan lalu disua tepat ke arah muka ibunya.Sufina tergamam seketika dengan tindakan Safina yang nyaris-nyaris menumpahkan darah.Kedua-dua beranak itu saling berpandangan.

“Sayang.Kita dah sampai rumah baru nak.”Ujar Sufina lembut.

Safina menghela nafasnya dan perlahan-lahan Sufina menurunkan pisau poket yang pernah diberikan kepada Safina dahulu tetapi dengan pantas Safina menutup pisau itu lalu disimpan kembali disarung lengannya.Buku Anatomi Manusia kembali ke dalam dakapannya.

Sufina hanya menarik senyuman yang dibuat-buat lalu keluar dari kereta yang dipandunya.Mata Safina meliar memandang persekitaran rumah banglo yang bakal dihuni mereka.Rumah banglo putih yang besar dan cantik tetapi menakutkan!Persekitaranya sangat lapang dan mempunyai pagar yang tinggi.Tanpa membuang masa,Safina keluar dari kereta lalu mendapatkan beg bagasinya dibelakang.

Sufina menguak pintu banglo putih itu tetapi kakinya masih tidak mahu melangkah masuk ke dalam rumah yang banglo itu.Safina juga melakukan hal yang sama!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience