ISKANDAR merebahkan badan, bersandar pada sofa. Letih sangat rasanya bila sudah lama tidak memandu. Apatah lagi ditambah pula badan yang masih dalam proses pulih dari trauma kemalangan.
Namun, letih dan penatnya badan terlawan dengan perkara yang baru saja dia bincangkan bersama Airis tadi. Sedikit sebanyak perkara tersebut membuatkan dia rasa gembira.
Iskandar mengeluarkan kunci kereta dari saku seluar lalu dicampak ke atas kabinet tv. Tepat mengenai sebuah bingkai gambar. Gambar akad nikah dirinya bersama Tisha.
Perlahan dia bangun berdiri. Selama beberapa hari dia kembali ke rumah, tidak pernah sama sekali dia teringin untuk menilik setiap gambar yang ada. Terlalu stress untuk memaksa ingat segala memori yang terkait dengan gambar-gambar tersebut. Apatah lagi mengenai Tisha yang sama sekali dia tidak dikenali sebelumnya.
Tetapi tidak kali ini, setiap bingkai gambar yang terletak di atas meja juga yang tergantung di dinding di teliti dalam. Nampak akrab dirinya bersama Tisha di dalam gambar-gambar tersebut. Nampak mesra.
Namun, dia tidak mampu mengingati siapa Tisha padanya. Bila dan di mana wanita itu muncul dalam hidupnya.
Sakit. Bukan sakit dikepala melainkan di dalam hati. Kecewa bila tidak dapat menggali kenangan yang telah hilang. Berapa banyak kejadian dalam hidup yang dia terlupakan. Wanita yang dia ingati berada dekat dengannya cumalah Airis. Namun, mengapa hanya ada gambar Tisha bersamanya dan bukan Airis. Adakah Tisha edit? Photoshop? Kemudian meletakkan di dalam rumah tersebut agar dirinya mempercayai Tisha? No, kerja gila!
Iskandar mendengus. Serabut. "Okay, you isteri I, tapi mengapa ingatan I hanya ada Airis. Siapa you sebenarnya dalam hati I, Tisha? Kenapa kita nampak lebih akrab dalam gambar? I mean bahagia. Kita nampak bahagia bersama."
'Klek!'
Bunyi pintu yang terbuka menyentak Iskandar. Dia terus berpaling ke arah pintu tersebut.
Kerut wajah Iskandar melihat susuk tubuh Tisha di muka pintu. Pelik akan wanita tersebut yang hilang dari pandangan seawal pagi lagi.
”You dari mana balik lewat petang macam ni?" Soalnya.
Dia kemudian berlalu dan kembali menghenyak punggung di atas sofa. Nafas berat dilepaskan.
Manakala Tisha menunduk memandang jam di pergelangan tangan kirinya setelah ditegur oleh Iskandar.
'Lewat sangat ke? Baru pukul 6.30 petang.' Monolog Tisha.
Dia menutup pintu rapat dan perlahan mengorak langkah duduk di hadapan Iskandar. Sempat dia menjengah ke arah dapur walaupun tidak ternampak di belakang. Sudah makan kah suaminya itu? Apa saja yang dilakukan hari ini. Luka luaran pun sudah terlihat kering tanpa balutan. Berjalan pun tidak tempang lagi. Namun, apa adakah perkara baru yang terkait mengenai dirinya kembali terbit di dalam kotak memori suami tercintanya itu? Entahlah.
"Abang dah makan?" Soalnya prihatin.
Iskandar kerut kening. Eh, perempuan ni, orang tanya lain dia jawab lain!
"Kalau you sungguh isteri I mesti you tahu I ni ibarat maserba. Semua I makan. Dengan you nanti I makan. I tanya lain you jawab lain! I tanya you dari mana?" Kata Iskandar dengan nada sedikit keras.
Tisha hela nafas perlahan. Sedikit pun tidak terjentik akan bicara Iskandar padanya.
"Sayang baru balik dari tempat kerja. Maaf Sayang tak bagitahu awal-awal lagi. Tiba-tiba je ada meeting penting. Patutnya sayang sentiasa ada dengan abang lagi-lagi diwaktu keadaan abang macam ni."
"Kerja? Kau kerja apa? Kat mana?" Soal Iskandar lurus.
"Tadika. Isteri abang ni mengajar tadika kat Putrajaya dan untuk pengetahuan abang..."
Jeda.
Suasana sepi seketika.
Sekali lagi Iskandar kerut kening hingga hampir tercantum kedua-duanya. Mata lurus menikam anak mata Tisha. Pengetahuan apa? Apa yang Tisha hendak beritahu?
Melihat riak wajah Iskandar, Tisha bangun berdiri. Sengaja saja dia melambatkan menyambung bicara.
Selangkah Tisha menapak tepat di hadapan Iskandar yang duduk. Dagu suaminya dipaut lembut. Berkerut. Makin dan semakin berkerut kening suaminya itu. Terbit lipatan berlapis di dahi. Penuh tanda tanya pada wajah tampan tersebut.
"..untuk pengetahuan abang kat tadika tu lah antara tempat perjumpaan kita tanpa sengaja. Tempat di mana abang cuba 'flirt' kat sayang dulu."
"What? I flirt dengan you? Impossible." Iskandar mencebik jengkel.
Tisha menjatuhkan tangan dari terus memaut dagu Iskandar. 'Huh! Kalau dah amnesia memang tak ingatlah jawabnya. Baik aku naik mandi'
Ching! Mandi! Ya, mandi! Seakan ada mentol menyala di atas kepala.
"Untuk pengetahuan abang juga, disepanjang asmaraloka perkahwinan kita yang sudahpun terbina. Abang ni suka sangat dukung sayang. Lagi-lagi kalau abang tahu Sayang nak mandi. Mula lah ulat bulu abang naik daun pasti abang pun sibuk nak mandi sama. So, saya nak naik mandi. Abang nak ikut tak? Tak nak, sudah. Terserah."
Tisha kemudian laju berpusing tubuh. Wajah bertukar merah. Tebal dan kembang rasanya. Malu. Malu tahap gaban apabila berani mengatakan kenyataan tersebut pada Iskandar. Apatah lagi dapat dia rasakan renungan Iskandar yang kini tepat padanya.
'Ah, biarlah. Dia kan suami aku, aku isteri dia. Kenapa nak malu.' Tisha melangkah naik ke tingkat atas dengan wajah yang masih terasa kembang. Meninggalkan Iskandar dengan hunusan bilah mata tajamnya.
DI dalam bilik, Tisha menanggalkan satu persatu jarum peniti yang menahan selendang di kepala. Fikiran masih pada perkataan yang diungkap pada Iskandar tadi. Mujurlah suaminya itu tidak mengeluarkan ayat-ayat maki hamun terhadapnya. Mujur juga Iskandar tidak termakan akan ungkapan tersebut.
Kalau difikirkan balik, apa agaknya yang bermain di fikiran suaminya itu setelah mendengar kenyataan rasminya tadi? Adakah Iskandar menganggapnya perempuan gatal miang keladi? Perempuan yang masih terhegeh-hegeh mencari kasih si suami yang dingin? Atau mungkin saja kenyataan itu boleh bantu memancing ingatan Iskandar? Ya, mungkin saja.
Tisha geleng kepala. "Huh, sudah Tisha, sudah! Baik kau mandi cepat. Badan masam melekit! Ok, Tisha, jom mandi." Katanya pada diri sendiri.
Dia hendak segera masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Sebentar lagi dia harus masak menyediakan makan malam pula. Harus juga dipikat semula perut si sang suami.
Baru saja dia mahu berganjak dari tempat dia berdiri, tiba-tiba terasa badan terlambung. Terkejut!
"Oh, jom mandi!" Tisha melatah.
"Jom!" Serak suara Iskandar membalas latahan Tisha. Tubuh Tisha dicempung menuju ke bilik air.
"Eh, eh. Apa abang buat ni?"
"I buat apa?"
"aa..abang buat apa dalam ni?"
"Bukan kat bawah tadi you pelawa I mandi sekali ke?" Iskandar senyum sinis.
Gulp!
"Err.. ye ke? sayang ada pelawa eh? Ke abang ada ingat apa-apa pasal sayang? Kalau tak ada sayang nak tarik balik pelawaan tu boleh?"
"I tak ingat apa pun pasal you. Tapi yang pasti kalau you dah pelawa tak boleh tarik balik. Ini bukan tarik tali."
Tisha gamam. 'Aduh, rasa nak cepuk dahi. Tarik tali tak tarik tali. Dasar lelaki'
"Err..tapi abang turunkan saya boleh? Kaki abang sungguh ke dah pulih? Tak memasal jatuh kita nanti. Abang turunkan saya, saya boleh jalan sendiri masuk bilik air." Ujar Tisha. Ragu-ragu juga dengan kekuatan kaki Iskandar yang cuma nampak pulih di luar. Di dalam siapa tahu. Kang ada juga tersembam berirama berdua.
"Hmm..make sense." Lantas Iskandar menurunkan Tisha dari cempungannya.
"Ha! Tunggu apa lagi tercongok kat situ."
"Err..abang serius ke? Abang nak mandi dengan saya yang abang tak ingat langsung ni?"
"You sendiri mengaku sebagai isteri kan? So, apa I nak you kena layan." Tanpa membuang masa Iskandar menarik tangan Tisha.
'Alahai.. nasib baiklah suami. Mujur aku pun rindu sentuhannya.' Bisik hati Tisha. Wajahnya mula kembali merah.
Kamar mandi itu menjadi asmaraloka mereka berdua lagi. Bagaimana pun keadaan Iskandar, mereka masih suami isteri yang sah. Tidak wajar baginya untuk menolak.
Share this novel