Rate

Bab 2

Drama Completed 206163

Tisha mengambil penyapu di belakang pintu dapur. Dia memulakan dengan menyapu lantai ruang tamu rumah. Kemudian dia mengemas mana-mana yang menyerabutkan pandangan matanya. Tisha dengan rela hati mengemas rumah Rizwan yang terletak di perumahan bonglow di Enstek. Dekat sahaja dengan rumah sewa Tisha di Putra Point, Nilai.

Rizwan merupakan anak kepada Dato' Maliki antara nama terkenal di Malaysia . Namun, Rizwan tidak menumpang nama ayah nya. Dia lebih selesa menjalankan hidup biasa dengan orang-orang biasa. Begitu pun, Dato' Maliki tetap meminta anak lelakinya itu berkerja menjadi Chief Operating Officer di sebuah kilang iaitu Maliki Manufacturing Sdn. Bhd milik keluarga mereka di Enstek. Rizwan tidak menolak, oleh kerana menyandang jawatan tersebut tidak lah terlalu tinggi untuk kemahuannya menjalankan hidupnya

Pada mulanya, Tisha tidak ingin meneruskan hubungan cinta bersama Rizwan. Dia tidak mahu pasangannya terdiri daripada anak orang ternama. Dia sedar akan dirinya orang kampung. Bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan kedudukan Rizwan sebagai anak seorang Dato' ternama. Bukan mudah selama ini Rizwan cuba mendekati Tisha, macam-macam di cuba mengambil hati Tisha. Tetapi dengan kesungguhan Rizwan menunjukkan keikhlasan dan ketulusannya ingin mengambil Tisha sebagai teman istimewa di dalam hatinya Tisha bersetuju. Sehingga lah sekarang mereka bahagia menyelam lautan cinta bersama.

Jam tangan dikerling, tepat menunjukkan pukul 10.30 pagi. Tisha bangun dari berbaring puas di sofa setelah mengeluarkan sedikit tenaga mengemas rumah Rizwan. Dia keluar mengunci pintu. Kemudian masuk ke dalam myvi hitam nya. Dia harus segera pulang ke rumah sewa untuk memasak tengahari bersama kawan serumahnya. Maya, salah seorang kawan serumah, ex classmate dan juga kawan baiknya yang akan turut mengajar di tadika bersama Tisha.

***
Setelah kenyang menikmati makan tengahari, Tisha dan Maya mengemas sedikit lagi barang-barang dan pakaian mereka untuk dibawa pindah ke Putrajaya esok. Segala beg dan beberapa buah kotak disusun di tepi dinding. Nasiblah separuh barang dah dibawa awal beberapa hari lepas. Kalau tidak mana nak muat baby myvi hitamnya itu. Nak tumpang kereta sahabatnya seorang itu, memang tidak lah, barang dia lagi banyak.

Maya memerhatikan sekeliling memastikan semua yang penting sudah dimasukkan di dalam bag. Maya terpandang satu kotak kasut di bawah katil. Pelik. Apa isinya? Kenapa tidak di susun di tepi dinding sekali barang-barang yang lain? Maya, cuba menariknya keluar, takut tertinggal pula esok.

"Ya Allah! Sha darling ku, ni pokok kaktus kau ni tak mati ke masuk dalam kotak ni?" tanya Maya pada Tisha. Dia tidak menyangka kotak kasut tersebut berisi empat pot kecil pokok berduri itu.

"Eh tak lah, aku dah susun elok dalam kotak tu. Aku sayang lah nak tinggal, kena lah bawa sekali" Jawab Tisha dengan senyum kambing menunjukkan baris gigi putihnya.

"Yelah darl, suka hati kau lah. Kesian pulak anak-anak duri kau tu kalau kena tinggal." balas Maya sambil menolak semula kotak kasut tersebut ke bawah katil.

Mempunyai hobi dan minat adalah lumrah manusia. Begitu juga Tisha, dia suka akan kaktus. Tetapi disebabkan kekangan masa dan tempat yang terhad, koleksinya tidaklah banyak. Tisha hanya membeli satu pot kecil kaktus setiap kali dia pergi ke nursery. Setiap kaktus yang dibelinya itu akan di letak dekat dengan tingkap biliknya. Agar mudah mendapatkan cahaya matahari sebagai sumber makanan pokok berduri tersebut.

"Yes, akhirnya siap pun. Maya, aku mandi dulu lah. Rasa melekit je badan ni dari pagi sampai tengah hari mengemas. Zohor pun dah nak masuk ni. Nanti kita solat sama ye darling ku" Tisha bangun mengambil tuala mandi menuju ke bilik air.

Dua orang sahabat baik ini memang sering membahasakan 'darling' sesama mereka. Keakraban mereka berdua umpama adik beradik perempuan yang tidak pernah dimiliki Tisha selama ini.

***

Kasut sneaker hitam bertali dicapai. Tisha duduk dihadapan pintu memasang kasut pada kaki. Tisha melepas keluh. Terkenangkan hari ini merupakan hari terakhirnya berkerja di kopitiam. Tiga tahun lebih dia berkerja part timer di situ, macam-macam memori tercipta, terasa berat juga untuk dia berhenti. Namun dia harus membuat pilihan yang betul untuk dirinya. Tisha bangun berdiri, mengukir senyuman 'Ya, aku boleh menjalani cabaran hidup seterusnya' bisik hati menyakinkan diri.

Kerja-kerja di kopitiam dilakukan seperti hari-hari sebelumnya. Pelanggan keluar masuk silih berganti. Jam dinding dikerling lagi lima belas minit tepat pukul 11.00 pm. Pelanggan tiada berbaki. Tisha melangkah ke arah stor untuk mengambil mop dan sabun hendak memulakan closing. Belum sempat berbuat apa-apa, Tisha dikejutkan dengan sorakan dan tepukan dari kawan-kawan sekerjanya. Tisha memandang Zimah yg membawa sebiji kek cokelat dikelilingi Lina dan beberapa pekerja lain. Tisha sungguh terharu dengan majlis perpisahan yang dibuat khas untuknya.

"Tisha..kau jangan lupa kan kami tau. Bila kat sana nanti jangan kau pulak yang jadi budak-budak. Payah pulak nak  beza mana cikgu mana budak" kata Zimah bergurau.

"Betul tu. Bila-bila kau free datang lah makan sini ya" kata Lina

"Aku tak kan lupa kan korang semua lah. Kita semua kat sini dah jadi keluarga. Keluarga kopitiam". Tisha bersuara. "Aku pun nak ucapkan terima kasih sangat-sangat kat korang semua sebab.." Tisha tidak dapat menghabiskan aytnya, sungguh dia sebak hendak meninggalkan mereka. Lalu Zimah menggosok perlahan bahu Tisha menenangkannya. Semua kawan sekerjanya memberikan kata-kata semangat buat Tisha.

"Bah..apa lagi jom lah makan kek ni" dengan laju Lina  mengambil sedikit kek tersebut dengan jari telunjuknya lalu dicalit pada pipi Tisha. Majlis perpisahan yang kecil itu telah menjadi huru-hara, dan bertambah haru bila seorang pekerja lelaki membawa baldi berisi air dan tepung dilayangkan, habis basah semuanya bermandikan air tepung bersulam gelak ketawa mereka semua. Sungguh Tisha menyanyangi keluarga kopitiamnya itu.

***
SIGNAL diberi. Iskandar memberhentikan kereta honda civic hitamnya di bahu jalan dekat dengan pintu kedai serbaneka 7 Eleven. Rasa marah dalam hati ditahan daripada meletup. Airis, perempuan yang berada di sebelahnya itu merupakan bekas teman wanitanya yang cukup menjengkelkan. Airis merupakan seorang model yang agak sosial. Iskandar memilih untuk meninggalkan Airis disebabkan Airis yang semakin lama suka akan pergaulan bebas selepas menjadi model. Pemakaian yang semakin terdedah dan tidak suka sekiranya Iskandar menegur akan perubahannya.

"You nak apa-apa tak?" soal Iskandar tanpa sedikit pun menoleh ke arah Airis.

"Hmm tak lah. You jangan lama sangat. I nak luang masa dengan you. I rindu you." kata Airis sambil cuba memaut lengan Iskandar.

"You jangan nak mengada Airis. Kita dah tak ada hubungan. Sejak you pilih nak teruskan jadi model dan hidup sosial bebas macam tu. You lupa? Lepas ni I hantar you balik and jangan pernah datang or muncul depan I lagi." tegas Iskandar memberikan pandangan tajam pada Airis lalu pintu kereta dibuka.

Iskandar melangkah masuk ke kedai serbaneka di hadapannya. Air mineral dicapai dibawa ke kaunter. Selesai membuat pembayaran Iskandar keluar menuju ke kereta. Airis harus dihantar pulang. Boleh meletup tahap kesabarannya bila perempuan tersebut berlama-lama dengannya.

"Iskandar" belum sempat Iskandar membuka pintu keretanya satu suara menegur dari arah bertentangan.

"Rizwan?" soal Iskandar melihat lelaki itu mengatur langkah ke arahnya.

"kau apa khabar?lama kita tak jumpa. Kau seorang je ke?" Soal Rizwan menghulurkan salam. Kereta hitam milik Iskandar dipandang sekilas. Tidak terlihat Airis yang berada di dalam kerana tinted cermin kereta yang gelap.

"Baik. Ha'a aku seorang je singgah jap beli air. Kau buat apa kat sini?"jawab Iskandar menghulur tangan membalas salam.

"Aku nak beli barang sikit"

"Makin kacak kau sekarang eh."

"Kau apa kurangnya makin kacak makin sado aku tengok pewaris usahawan muda kita seorang ni" Balas Rizwan ikhlas.

"Aku gerak dulu lah ada date dengan someone hahaha. Next time kita jumpa lagi bro" sambung Rizwan salam dihulur sekali lagi.

"Date dengan someone special ye? Haha okay okay. Hati-hati jumpa lagi" Iskandar menyambut tangan Rizwan dengan usikan. Dia tidak menyangka terserempak dengan ex classmate nya ketika mengambil degree dahulu lebih kurang tiga tahun lepas.

Pintu kereta dibuka. Iskandar meloloskan diri masuk ke dalam kereta. Airis hanya memandang kelakuan Iskandar. Dia harus mencari ikhtiar supaya Iskandar kembali padanya.

***
"DARI tadi kau senyum sorang-sorang dah kenapa?" soal Maya. Dia yang sedari tadi melihat Tisha senyum sendiri entah apa di dalam fikirannya gadis itu.

"Oh yelahkan kejap lagi orang tu nak jumpa buah hati mestilah happy ye dak?" Maya duduk dibirai katil menunggu jawapan.

"happy lah"jawab Tisha mudah dengan senyuman masih dibibir. Tisha yang menghadap cermin memasang kan keronsang pada hujung tudung nya di atas bahu.

"Pinnn Pinnn"
Kedengaran bunyi hon kereta di hadapan rumah.

"Ha, tu buah hati sampai dah tu."

"Jomlah" Tisha mengambil beg tangannya. Pintu rumah dibuka. Dia mengukir senyuman melihat Rizwan yang bersandar pada honda CR-V nya. Rindunya akan wajah itu.

"Hai sunshine missed me?" Rizwan bersuara.

"Mestilah dia rindu. Eh bukan rindu tapi dah angau tau dari tadi senyum sorang-sorang" Maya menyampuk.

"Hish, mana ada. Jangan percaya lah cakap dia ni" Balas Tisha dengan pipi mula terasa bahang.

"I miss you too sunshine" Rizwan menjamah wajah buah hatinya yang sedikit merah itu.

"Mana barang-barang nak bawa?"Soal Rizwan.

"Dah ada dalam kereta. Dah angkat tadi. Tunggu awak je"balas Tisha.

"Laa ye ke? Kenapa tak tunggu saya tolong angkatkan"

"Tak apa sikit je. Jomlah gerak."Kata Tisha.

SETIBA di rumah bujang khas untuk staff Tadika Bestari, Putrajaya Tisha dan Maya mengangkat barang-barang masuk ke dalam rumah. Manakala Rizwan hanya memunggah barang-barang keluar dari kereta. Rumah teres dua tingkat yang mempunyai tiga bilik dan satu master room.

"Maya..habis ni aku nak keluar jap dengan Rizwan. Nak ikut tak?

"Uishh.. Orang nak keluar dating tak kan aku nak kacau. Kau pergi lah, aku nak kemas barang jap."

"Kalau macam tu aku keluar dulu eh. Apa-apa call tau."

"Ha yelah. Hati-hati keluar tu jangan nak lebih-lebih belum halal"

"Kau ni tak beragak eh. K lah bye darling."

Kereta honda CR-V Rizwan meluncur laju di atas jalan. Tisha dan Rizwan keluar meluang masa bersama. Kedengaran lagu Tiada Dirimu yang dinyanyikan oleh Shila Hamzah di corong radio. Rizwan menyanyi-nyanyi kecil mengikut lirik lagu tersebut.

Rizwan menghentikan nyanyiannya. Dia memandang sekilas Tisha yang senyap di sebelahnya.

"Why sunshine?"

"Nothing. Just saya suka dengar lagu ni. Kalau satu hari nanti awak dah tak nak kat saya. Awak tinggalkan saya. Saya nyanyi lagu ni khas untuk awak." Ucap Tisha dengan sedikit gurauan.

Rizwan tersentak mendengarkan bait-bait kata Tisha. Dia teringat sesuatu namun pantas di buang jauh dari kepalanya.

"Mengarut awak ni. Tak ada sebab lah. Rugi tahu kalau lepas kan awak. Awak setia dengan saya, saya jauh lagi setia sunshine"

"Ye lah tuuu.."

"Ye. Sampai bila-bila. Hati ni hanya untuk awak dear." Tangan kiri dinaikkan memegang dada. Setiap yang keluar dari mulut, ikhlas dari hati Rizwan.

Tisha mati kata. Sungguh dia terharu. Berharap semua ini akan kekal selamanya.

"Thanks awak."

"For you.. So, Sunshine nak pergi mana? Hari ni biar saya bawa. Any idea?"

"Hmm..jom pergi Alamanda nak? Dah lama tak cuci mata kat sana."

"Okay, boleh. Shopping, tengok wayang. Lepas tu kita pusing-pusing area sana. Nak luang masa dengan sunshine saya ni. Lepas ni lagi payah nak jumpa kan? Awak dah duk sini tinggal kan saya kat sana sorang-sorang" luah Rizwan cuba meraih simpati kekasih disebelahnya. Tisha pantas menepuk bahu Rizwan manja.

"Eee..ada-ada je lah. Bukan tak boleh jumpa langsung. Lainlah dia, hari-hari busy. Biar duk dekat pun busy je memanjang. Tiap kali cuti asyik menghilang je dia balik KL." Tisha mencebik.

"Alah-alah merajuk ke tu? Meh cium meh." Rizwan memuncungkan mulutnya cuba mengusik Tisha.

Pap! Kali ini bahu Rizwan dipukul kuat. "Gatal eh."

"Aduhhh! Gurau je lah sunshine. Nanti kita halalkan cepat-cepat ye." Gelak Rizwan suka melihat wajah Tisha berona merah. Tisha menjeling Rizwan disisinya . Dia tahu Rizwan yang selalu mengusiknya itu. Sepanjang perjalanan, pasangan kekasih itu berkongsi cerita bermacam perihal. Melepaskan rasa rindu menggunung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience