Rate

Bab 7

Drama Completed 206154

Jalan raya sedikit sibuk ketika waktu puncak. Radio dibuka bagi menghilangkan bosan. Jari telunjuk kanan diketuk-ketuk pada stering kereta sambil melayan lagu yang keluar dari radio. Sekali sekala bibir terukir senyum. Ada sesuatu yang membahagiakan hati Iskandar. Lampu Isyarat bertukar merah. Iskandar mengeluarkan teelfon pintar miliknya. Mencari nombor teratas di dalam log masuk. Nombor tersebut disimpan dalam senarai kenalan dengan nama 'sweetheart'. Iskandar tersenyum nipis sambil menggeleng kepala perlahan. Dia sendiri tidak pasti akan hatinya ketika itu.

Lampu isyarat kembali hijau. Kereta dipandu menuju ke bangunan perusahaannya. Di dalam pemikirannya masih bermain bayangan Tisha. Siapa kah Tisha? Bagaimanakah orangnya? Sudikah Tisha berkawan dengan dirinya?

***
Iskandar melipat dan meletakkan sejadah di atas meja kecil yg terletak di sudut dinding. Selepas itu, dia melangkah ke katil lalu membaringkan diri. Sedikit penat kerana hari ini kerjanya agak banyak. Usai perjumpaan bersama Tisha tadi dia terus kembali ke pejabat untuk menyiapkan beberapa tugasan. Kemudian dia terus bergerak ke Kuala Lumpur berjumpa Raziff mengenai tempahan perabot dari pihak Tadika Bestari. Setelah itu, Iskandar bergerak pulang ke rumah ayah nya. Malas hendak memandu pulang ke Nilai dalam keadaan letih.

"Angah." Pintu biliknya diketuk.

Iskandar bangun untuk membuka pintu.

"Along.. Ada apa?" Iskandar bertanya kepada kakak sulungnya.

"Mari turun makan. Ayah dengan yang lain dah ada kat bawah. Lambat makan nanti perut masuk angin."

"Okay. Kejap lagi Angah turun."

Setiba di bawah Iskandar mengambil tempat duduk dihadapan Firdaus abang iparnya, disisi ayah nya. Meja makan dihuni mereka  berlima. Termasuklah Khatijah kakak sulungnya, Zulkarnaen, adik lelaki yang kini masih belajar ijazah serta Haziq anak buahnya. Ibu Iskandar sudah lama meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya.

"Hai Uncle Is. Abang rindu lah kat uncle. Rindu banyak-banyak." Celoteh Haziq anak buah Iskandar yang baru berumur 5 tahun.

"Yeke? Uncle pun selalu rindu kat Haziq tau. Rindu banyak banyak banyak." jawab Iskandar mesra pada anak buah nya itu.

"Lama ke Angah balik ni?" Soal Syed Bakri ayah kepada Iskandar.

"Angah balik sehari dua yah. Ada banyak kerja tak siap lagi."

"Tak apa lah.. Kerja tu elok-elok. Jangan paksa diri sangat."

Iskandar menangguk. Ada masa terluang Iskandar akan balik menjenguk ayahnya.

"Kerja-kerja jugak. Peneman disisi jangan lupa cari. Boleh lah ada yang tolong tengok-tengokkan Angah kat sana." Along mengukir senyum sambil tangan menyedok lauk ke dalam pinggan suaminya.

"Apa along ni?" soal Iskandar sempat memandang sekilas kakaknya itu.

"Apa apanya? Betul lah kan?Dah sampai masa dah pun. Tak kan lah usahawan muda ni tak ada peminat kot. Yang special gitu." Balas Along pula.

"Dah ada lah tu. Angah tunggu masa sesuai je tu. Kan ngah?" Firdaus mencela.

"Tak ada lah abang. Kalau ada Angah dah masuk meminang. Tak pun bagi Adik cari jodoh dulu" seloroh Iskandar.

"Ishh..adik muda lagi lah. Patut Angah kahwin dulu. Pandai mengelak." sampuk Zulkarnaen. Mereka semua tertawa.

Syed Bakri hanya mendengar perbualan anak-anak dan menantunya itu. Syed Bakri yang dulunya mempunyai syarikat perniagaan kini diuruskan oleh anak perempuannya, Katijah. Manakala satu lagi syarikatnya di Singapura akan diwariskan kepada anak lelaki bongsunya, Zulkarnaen. Memandangkan Iskandar memilih untuk membuat perusahaan nya sendiri.

ISKANDAR duduk di ruang tamu bersendirian setelah lama berborak bersama keluarganya seusai makan malam tadi. Telefon pintar miliknya diambil. Membuka applikasi Instagram. Tiada apa yang menarik. Kemudian ikon berwarna hijau ditekan. Terdapat beberapa mesej yang belum dibuka. Ada mengenai kerja dan ada juga pertanyaan khabar dari kawan-kawannya. Setelah dia membalas beberapa mesej tersebut, dia membuka pula ruang status pada applikasi whatsapp tersebut. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
Gambar seorang gadis seperti sedang bermain sesuatu bersama beberapa kanak-kanak yang memakai baju seragam. Selang beberapa saat muncul pula background berwarna putih dengan baris ayat 'Through play, children learn how to learn'.

Iskandar tersenyum melihat status dari 'Sweetheart' di muka telefonnya tika itu. Iskandar membuka semula status tersebut. Ibu jarinya menekan lama permukaan skrin telefon agar dia boleh melihat lama. Terlihat jelas wajah Tisha.

***
Tepat pukul 1.00 malam. Tisha tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya digasak mengingati Rizwan.

'Aku tak boleh terus menerus mengingati dia.'

'Aku kena kuat. Aku tak boleh lemah sebab lelaki. No, itu bukan aku.'

Tisha berkata-kata di dalam hati cuba memberi semangat pada diri sendiri. Sebolehnya Tisha ingin menutup pintu hatinya rapat. Tidak ingin membukanya lagi.

Mata dipejamkan mencari lena. Fikiran cuba dikosongkan. Memandangkan esok Tisha harus menghadiri bengkel yang akan disertai oleh beberapa orang pendidik dan juga pengasuh anak-anak Tadika Bestari. Bengkel yang akan dibuat pada setiap hujung tahun mengenai perkembangan anak-anak dan juga perbincangan  mengenai minggu orentasi yang bakal dilakukan pada awal tahun.

'Thanks for everything Rizwan. Biarlah semua menjadi kenangan antara kita. Biarlah perit. Thanks again.'

Damailah hati. Jangan ada rasa kasih pada yang tidak sudi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience