Rate

Bab 1

Drama Completed 206104

Awan kelabu menandakan hujan akan turun sebentar lagi. Namun pokok-pokok berdiri tegak tidak menunjukkan kehadiran angin ketika itu. Kelihatan beberapa jenis kenderaan lalu lalang menuju destinasi tersendiri. Jalan utama sentiasa sibuk seperti hari-hari sebelumnya.

"Yuuhuuu, berangan-angan apa tu?" tegur Zimah menerbangkan segala lamunan seorang gadis yang duduk menongkat dagu dihadapannya itu.

"Hish, kau ni terkejut aku. Mana ada berangan, aku tengah fikir masa depan ni" kata gadis tersebut sambil menoleh memandang ke arah Zimah yang tersengih di belakangnya.

Sungguh dia memikirkan nasibnya yang akan datang. Seperti mana agaknya dia meneruskan hidup di perantauan seorang diri jauh dari keluarga tersayang.

Zimah segera melabuhkan punggung duduk di hadapan gadis tersebut. "Fikir masa depan? So, kau tak yakin lah nak berhenti kerja kat sini kan sha?" tanya Zimah berseloroh.

Sudah lebih tiga tahun dia berkerja bersama gadis itu, semestinya akan merindui telatah dan loyar buruk mereka bersama.

"Sebab aku yakin lah aku nak berhenti ni. Aku nak teruskan mengajar anak-anak kesayangan aku kat tadika tempat aku praktikal dulu. Sementara mereka bagi aku peluang untuk sambung berkerja di sana walaupun aku tak pegang sijil lagi. Aku rasa bahagia je dapat mengajar dan dikelilingi dengan anak-anak comel serta banyak akal mereka tu." Jelas Tisha mengingatkan akan perangai anak-anak tadika yang bermacam ragam.

Ya, gadis bernama Nur Hanatisha itu berusia hampir 23 tahun. Merupakan anak kelahiran negeri di bawah bayu. Merantau ke semenanjung Malaysia untuk menyambung pembelajaran. Baru sahaja beberapa bulan selesai menghabiskan pengajiannya dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dia  bercadang untuk berkerja sebagai seorang cikgu tadika swasta di Putrajaya tempatnya praktikal sebelum ini. Tisha tidak mahu melepaskan tawaran berkerja daripada owner tadika tersebut dan pada masa yang sama Tisha mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebuah kedai makan tempatnya berkerja sekarang ini. Kopitiam di mana Tisha membuat kerja part time sambil menyambung pelajarannya dahulu.

Tisha, gadis biasa yang manis bertudung merupakan anak bongsu dari empat adik beradik, juga satu-satunya anak perempuan Mak Munah bersama Pak Tamrin. Sebolehnya Tisha tidak mahu menyusahkan keluarganya untuk memberikan duit belanja sepanjang dia bergelar pelajar. Dia tahu akan kesusahan keluarganya membanting tulang di ladang kelapa sawit demi sesuap nasi.

"Hmm, dua hari lagi kan kau kerja sini? mesti aku rindu kau nanti. Kau jangan sesekali lupakan aku tau. Apa-apa pun aku doakan kau sentiasa gembira dengan apa yang kau buat sha" Luah Zimah kepada Tisha.

"Ni kau dah makan belum? Nanti ramai pelanggan datang tak sempat pula nak makan." sambung Zimah.

"Alah-alah aku tak kan lupakan kau lah. Bila-bila masa pun kita boleh jumpa. Nilai dengan Putrajaya bukan jauh mana pun". Tisha mendecit macam lah mereka tak boleh berjumpa langsung.

"Aku dah makan dah, kau pergi lah makan, sementara tak ramai pelanggan biar aku jaga depan ni. Jam pun dah nak pukul lima petang, budak Lina tu kejap lagi sampai lah datang punch card nak masuk kerja." Balas Tisha panjang kepada Zimah. Memandangkan dia, Zimah dan Lina berkerja bersama pada hari ini.

"Okey" Zimah pantas bangun sambil bernyanyi masuk ke dapur untuk mengisi perut kosongnya.

Tisha membuang pandang ke arah sepasang pelanggan yang menjamah hidangan di hadapan masing-masing. Nampak seperti suami isteri yang baru berumahtangga dengan inai dijari. Adakalanya pasangan itu suap menyuap dan bergelak tawa.

'So sweet. Bila agaknya aku dapat kahwin ni, kerja sepenuh masa baru je nak mula. Haha jauhnya aku melayang' Detik hati Tisha.

Ketika ini keadaan agak lenggang, hanya ada beberapa pelanggan sahaja tidak seperti waktu malam yang memang agak sibuk kerana ramai yang datang ke kopitiam tersebut untuk makan malam sambil lepak berborak.

Ditengah ralit memandang sekeliling, Tisha merasa getaran halus dipoket kiri seluarnya. Dia pantas mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Skrin yang bernyala menandakan mesej whatsapp masuk. Tisha pantas membuka ikon hijau itu, tertera nama 'Rizwan' dengan tertulis tiga mesej baru. Tisha membukanya lalu senyuman terukir dibibir.

[hai sunshine..]

[rindunya kat awak]

[malam ni free tak? Nak call nak lepas rindu]

Senyuman dibibir Tisha semakin lebar membaca mesej tersebut. Laju ibu jari tangan kiri dan kanannya menaip di dada telefon tersebut.

[Ye ke rindu? Baru pagi tadi kot call hehe]

[Tapi hari ni saya kerja sampai pukul 11 malam]

Balas Tisha memaklumkan waktu kerjanya pada Rizwan.
Dia tahu Rizwan memahami akan waktu kerjanya itu.

[okay my sunshine.. Lusa saya datang sana tolong awak angkat barang]

[hati-hati kerja tu.. Jangan nakal ye..miss you sunshine.]

Tisha tersenyum lagi. Sungguh dia pun rindu akan buah hatinya itu. Rizwan seorang lelaki yang mempunyai rupa dan bersifat caring. Pertemuan mereka tanpa sengaja membawa kepada titik permulaan perhubungan bait-bait cinta diantara mereka.

Tisha menunduk ke bawah bila terasa kakinya digesel sesuatu.

'Alamak aku lupa lah cing.' Gumam Tisha lantas mengetuk dahinya perlahan.

Dia yang terlupa memberi makan kepada dua ekor kucing liar yang kerap dilihatnya di sekitar kopitiam itu. Tisha pantas bangun dan berjalan menuju ke tepi bangunan kopitiam tersebut. Dia mengambil plastik yang penuh wishkas dan dituang ke dalam bekas makanan yang sedia ada.

"Oii makcik!" sergah Lina kuat sambil memukul bahu Tisha. Dari jauh lagi Lina melihat Tisha menuang wishkas ke dalam bekas makanan kucing. Muncul idea dia untuk mengejutkan Tisha yang tidak sedar akan kehadirannya.

"Oii makcik engkau" Tisha terperanjat pantas mencubit pergelangan tangan Lina yang berdiri disisinya dengan gelak puas.

"bah, kalau macam ni tiap hari kan, boleh lemah jantung aku nanti" omel Tisha.

"kau fokus betul sampai nda perasan aku datang. Ok lah bye, aku mau masuk punch card dulu. Nanti card aku merah nda pasal kena potong gaji" Ujar Lina sambil berlalu pergi dengan tawa yang masih bersisa. Lina juga pelajar berasal dari Sabah yang berkerja part timer di tempat yang sama.

Tidak lama kemudian, Tisha perasan ada sebuah kereta bezza berwarna biru yang baru masuk ke kotak parking berdekatan. Dapat dilihat tiga orang lelaki keluar dari perut kereta bezza tersebut. Dia merasakan itu pasti pelanggan yang singgah untuk mengisi perut. Tisha sempat membelai bulu dua ekor kucing dihadapannya sambil bercakap sesuatu sebelum melangkah masuk meneruskan kerja. Itulah rutinnya tiap harinya tidak tertinggal memberi makan dan bercakap kepada kucing liar yang ada walaupun dia tahu dia kelihatan seperti orang yang tidak waras kerana bercakap dengan kucing-kucing tersebut yang hanya boleh mengeluarkan bunyi 'meow'.

Tisha bangun berdiri kemudian melangkah masuk menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Yelah, dia baru sahaja memegang wishkas dan membelai kucing liar, kebersihan harus dijaga. Takut pulak kalau ada pelanggan yang keracunan makanan disebabkan dirinya. Tidak pasal buat naya kat orang pula nanti.

***

Kereta bezza biru itu di parking bersebelahan sebuah kopitiam. Setelah dua jam memandu dari Melaka ke Nilai. Mereka singgah di sebuah kopitiam untuk mengisi perut.

"Kita singgah makan kat sini lah weh. Serius aku lapar" Raziff bersuara yang sedari tadi memandu di temani Iskandar yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan juga Sufian yang duduk di bahagian belakang.

Iskandar membuka pintu kereta keluar terlebih dahulu dan menggeliat malas. Dia kemudian terpandang ke arah seorang gadis yang duduk membelai bulu dua ekor kucing yang tengah makan.

"Cing korang makan banyak-banyak tau, biar gemuk, comel. Jangan pergi selongkar sampah nanti kotor senang kena penyakit. Ingat tu"

Hujung bibir Iskandar terangkat senyum nipis seraya mendengar gadis itu seolah-olah menasihati kucing-kucing tersebut. Tercuit hatinya.

"Is jom" sapa Sufian.

Iskandar menoleh ke arah Sufian yang memanggilnya. Raziff dilihat sudah mengatur langkah masuk ke dalam kopitiam. Kemudian Iskandar menoleh sekali lagi pada gadis tadi yang juga melangkah masuk ke arah yang sama.

'Oh pekerja sini agaknya' Bisik hati Iskandar. Iskandar berjalan membuntuti Sufian di hadapannya.

"Korang cari tempat dulu, aku nak ke tandas jap"

Iskandar meninggalkan dua sahabatnya itu dan berlalu ke tandas. Raziff dan Sufian memilih meja di satu sudut, melabuhkan punggung. Selepas ini, mereka harus ke dengkil pula untuk menghadiri perjumpaan dengan pengarah sebuah syarikat.

Tisha yang mengeringkan tangan basahnya menggunakan tisu segera mengambil menu setelah melihat pelanggan mengambil tempat duduk. Menu dihulurkan kepada dua orang lelaki yang segak bergaya. Di letakkan sekali kertas kecil dan pensel di atas meja. Kemudian, Tisha meninggalkan mereka bagi memberi ruang membelek menu dan memilih makanan.

Tisha mengeluarkan telefon pintarnya. Membuka whatsapp tertera nama 'Rizwan' paling atas. Tisha menaip mesej untuk Rizwan.

[Esok pagi saya pergi kemas rumah awak]

[Nak saya tolong belikan apa-apa tak sebelum awak balik rumah?]

Ya, Tisha mempunyai kunci pendua rumah Rizwan. Tetapi tidaklah Tisha sesuka hati keluar masuk ke rumah bujang itu. Dia hanya akan datang sekali sekala untuk mengemas dan membuang habuk bila Rizwan balik bercuti ke rumah orang tuanya di Kuala Lumpur.
Walaupun Tisha jauh dari keluarga, dia masih menjaga adab dan maruah diri.

Tak sampai seminit mesej dihantar, di bawah nama Rizwan tertulis 'typing..'

[Nothing sunshine and thanks]

[Thanks sebab kemas kan rumah. Lucky me have you sunshine]

Tisha suka dengan panggilan sunshine yang digunakan oleh Rizwan untuknya. 'Tapi kenapa sunshine?' soal hati Tisha 'kenapa bukan sa...'

Tingg!

Bunyi bell dari meja nombor 4.  Tisha menyusun langkah ke meja yang diduduki oleh dua lelaki segak bergaya tadi.

"Dik, kalau milo ais nak tulis kod berapa? Kod 601 ni milo panas ke sejuk?" salah seorang lelaki tersebut bertanya.

"oh milo ais 601c" Tisha menunjukkan kod pada halaman menu di hadapan lelaki tersebut.

Tisha masih berdiri di situ dan memandang ke arah lelaki tersebut dan bermain sesuatu di fikirannya

'hmm agaknya lelaki ni panggil awek dia apa ye? Sunshine juga ke? Atau sayang? Ke sweetheart?sweetheart pun suwwit gituw' Tisha menahan tawa dalam hati. Entah kenapa sibuk pula dia nak tahu.

"Nanti saya panggil semula ye dik. Ada kawan saya seorang lagi tak tulis order" lelaki tadi bersuara.

Tisha mengangguk. Langsung memusingkan badan hendak meninggalkan meja tersebut. Ketika itu juga Tisha terlanggar sesuatu yang keras.

"oh sweetheart" Tisha melatah.

'Aduh apa pulak ni' gumamnya sambil memegang dahi yang terasa sakit.

Tisha mengangkat kepala. "Astaghfirullahaladzim, sorry sorry saya tak sengaja" Tisha cuak.

"never mind, it's okay" balas Iskandar pendek.

Dengan pantas Tisha mengangkat kaki berlalu, malu rasanya bila terlanggar orang atas kecuaiannya sendiri. Tapi.. 'OMG, His husky voice! I'm melting.' menyempat pula Tisha ni. Kepala ditoleh sekilas, rupa lelaki tadi kacak juga. Berambut classic pompadour dengan jambang nipis. Maskulin dan metroseksual.

Berdekatan dapur, Tisha dapat melihat dan mendengar gelak tawa Zimah dan Lina.

"bah kenapa kau Tisha, pergi langgar orang tu? Tahu lah orang tu handsome. Kalau mau kenal minta nombor telefon terus bah, jangan langgar-langgar" Usik Lina seloroh.

"eh tak boleh lah, dia kan dah ada boyfriend, kang kantoi" Sambung Zimah pula diulam tawa.

"hish, ada-ada je lah korang ni"  Tisha turut tersenyum dengan usikan kawan-kawannya itu. Boleh pula mulut dia melatah dengan menyebut sweetheart . Aduhhh maluuu..

Iskandar duduk di hadapan Sufian, di sisi Raziff. Dia menggosok-gosok dagunya yang sedikit sakit akibat dilanggar gadis tadi.

"Kau okay tak Is?" tanya Raziff.

"Tak ada apa lah tu, mesti lah okay, awek cantik kot yang langgar. Langgar banyak kali pun tak apa. Kena panggil sweetheart pulak tu" Sufian menjawab bagi pihak Iskandar, dia yang menyaksikan kejadian tadi cuba mengusik. Mereka bertiga ketawa mendengar jawapan Sufian.

Iskandar membelek menu di tangan. Ada kalanya dia mencuri pandang pada gadis tadi yang duduk berborak dengan dua orang kawannya. Gadis itu juga lah yang dilihatnya sedang bercakap dengan dua ekor kucing di luar tadi. Dia sempat terpukau dengan pandangan mata coklat cair gadis itu semasa dia di langgar. Terbit satu perasaan menyenangkan di hati Iskandar. Dia sendiri tidak tahu akan maksud perasaan itu. Iskandar mengukir senyum tanpa sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience