Rate

Bab 8

Drama Completed 206104

"Tishaaa..bangun lah darl." Maya mengoyangkan bahu Tisha.

Tisha membuka mata lalu digosok perlahan. Dilihat Maya berdiri tegak di sampingnya lengkap berbaju kurung.

"Kenapa? Kau nak pergi mana?" soal Tisha dengan suara serak. Dia membetulkan selimut menutup tubuhnya. Mata kembali dipejam.

"Kenapa kau cakap? Tahu lah tengah ABC tak kan nak bangun lewat? Tak nak siap-siap pergi bengkel ke?" bebel Maya.

Telinga yang mendengar bebelan Maya itu menghantar isyarat ke otak. Mata dibuka. Lalu ditoleh pada jam randik di atas meja kecil bersebelahan katil tidurnya. Membulat mata Tisha melihat jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.20 pagi.

"Kenapa jam ni tak bunyi weh?" Selimut diselak kasar. Tisha pantas bangkit dari katil.

"Jam tu dah sakit tekak menjerit dari tadi tau tak. Kau tidur pukul berapa malam tadi?" Soal Maya melihat Tisha yang tergopoh-gopoh bangun menarik tuala yang tersidai di belakang pintu.

Malam tadi? Tisha cuba mengingat punca dia tidur lewat.

"Sebab Rizwan lah ni." Kaki melangkah laju. Namun dimana silapnya jari kaki Tisha terlanggar bucu pintu. Tisha mengerang kesakitan. Padah. Sedap mulut aje dia menyalahkan Rizwan. Padahal dia sendiri yang terlalu memikirkan Rizwan malam tadi sehingga terlewat tidur.

Maya yang melihat karena Tisha hanya menggeleng kepala. Apa kena mengena pula dengan Rizwan. Mimpi apa agaknya budak Tisha tu. Maya kembali ke meja soleknya menghias wajah dengan make up ala kadar. Dia juga perlu menghadiri bengkel Tadika Bestari yang akan bermula pukul 9.00 pagi nanti.

***
Jam tangan dikerling. Pukul 9.10 pagi. Tisha sudah lambat sampai di tadika . Dia terpacak dihadapan pintu bilik khas untuk bengkel tersebut. Tisha menunduk ke bawah membetulkan baju yang dipakainya.  Mujur dia meminta Maya untuk pergi terlebih dahulu. Tombol pintu dipusing perlahan lalu ditarik. Dia memboloskan diri ke bahagian belakang tidak mahu kehadirannya mengganggu staff tadika mahupun pengasuh yang hadir pada tika itu.

Maya yang dari tadi menunggu kehadiran Tisha pantas melambai tangan kearah Tisha setelah melihat kelibat sahabatnya itu. Satu kerusi disebelahnya dibiarkan kosong untuk diberikan kepada Tisha. Tisha yang melihat Maya yang memanggilnya dituju. Nafas ditarik dalam menangkan rasa gelisah sedari tadi. Risau sekiranya dia terlalu lewat sampai. Mujur saja jalan tidak sesak.

Lebih kurang empat jam bengkel tersebut berjalan akhirnya tiba dipenghujung. Bengkel mengenai perkembangan anak-anak itu berjalan dengan lancar. Banyak ilmu yang mereka dapat dan berkongsi bersama. Bengkel seperti itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pendidik dan juga pengasuh anak-anak didikan Tadika Bestari.

Tisha dan Maya duduk di satu sudut untuk makan tengah hari. Nasi kukus berlauk ayam berempah disediakan untuk peserta oleh pihak tadika di akhir bengkel.

Telefon pintar berbunyi dari dalam beg menunjukkan mesej masuk. Tisha berhenti menyuap nasi ke dalam mulut. Sudu diletakkan di atas pinggan. Zip beg berhias gambar kaktus itu dibuka lalu telefon dikeluarkan. Terdapat dua mesej baru dari 'Mr. Husky Voice' di ruang whatsapp.

[Assalamualaikum.. Hai sweetheart.]

[Are you free?]

Tisha mengangkat muka. Maya yang menyedarinya turut memandang Tisha. Kening diangkat menandakan Maya bertanya kenapa. Namun Tisha hanya menggeleng lantas matanya dilarikan semula memandang skrin telefon. Jari membalas mesej tersebut dengan dahi yang sedikit berkerut.

[Waalaikumsalam.. Ada apa Is?] Butang send ditekan.

Kata ganti nama yang digunakan Iskandar pada dirinya tidak diambil pusing. Biar saja lah. Bukan membawa maksud apa-apa pun pada mereka berdua. Bagi Tisha mungkin saja lelaki itu mahu terlihat ramah atau selesa menggunakannya.

Tidak sampai seminit mesejnya berbalas. Tisha sempat menyuap sesuap nasi ke dalam mulut. Lalu sudu di letak semula.

[Boleh kita jumpa esok?]

[Esok?]

[Ya.]

[Puan Nabila tak cakap pun saya kena ganti dia lagi.]

Kepala dipanggung semula memandang Maya. Dahinya sedikit berkerut.

"Darl.. Puan Nabila ada cakap apa-apa tak pasal tempahan perabot tu?" Tisha bertanya pada Maya. Kot-kot Puan Nabila ada memberitahu apa-apa.

"Tak ada pula. Kenapa?"

"Ni.. Iskandar dari pihak furniture designer yang datang tempoh hari. Dia nak jumpa aku. Kenapa tak jumpa Puan Nabila je."

"Ohh Iskandar nama dia. Hmmmmm...aku rasa dia ajak kau keluar lah tu nak kenal-kenal." Maya sudah tersengih memandang Tisha.

"Ishhh..apa pulak?" Pelik tiada sebab Iskandar mengajaknya keluar. Tisha menyambung makan.

"Yelah..habis tu nak apa lagi. Siapa je lelaki yang tak cair dengan wajah cantik ayu ni?" Jari telunjuk Maya seakan mengukir bentuk bulat dihadapan muka Tisha sambil tersenyum.

Kedengaran bunyi mesej masuk. Tisha tidak terus membukanya. Dia menghabiskan makanan di dalam pinggan terlebih dahulu.

"Kalau betul. Kau terima lah ajakan dia tu. Mana lah tahuuu.. Jodoh.... Orangnya pun segak." Usik Maya.

Tisha pantas menepuk tangan Maya yang berada di atas meja. Minah seorang ni kalau nampak lelaki segak sikit mula lah penyakit merenyam dia tu. Sampai Tisha pun dah mula berjangkit. Adoi..

"Jodoh tang mana? Malas aku fikir pasal jodoh sekarang ni." Sungguh dia maksudkannya.

"Tapi hari tu masa dia datang kemain lagi aku tengok korang berdua saling memandang mata ke  mata."

Tisha melepaskan keluh.

"Kau nak tahu. Sebelum ni aku dah dua kali terserempak dia. Tu yang aku terkejut macam tak percaya boleh jumpa dia lagi kat sini." Jelasnya.

"What? Ye ke? Bila?" Tanya Maya tidak percaya.

"Ye.. Masa kat Nilai dulu. Aku terlanggar dia. Bukan langgar kereta tau tapi dia. Seketul Iskandar tu. Bukan sekali tapi dua kali." Jelas Tisha lagi.

"Wahhh.. Ini betul-betul jodoh kau darling." Maya pula seakan teruja mendengarnya.

"Merepek lah."Balas Tisha pendek. Penutup botol air mineral dibuka lalu diminum. Pinggan diletak ke tepi. Kemudian tangan membuka semula telefon pintar miliknya. Mesej Iskandar yang masuk tadi dibaca.

[Saya nak jumpa awak sweetheart bukan Puan Nabila.]

Tisha menggaru hujung kening yang tidak gatal. Kenapa pula Iskandar hendak berjumpa dengannya? Atas urusan apa? Tak kan lah dia hendak keluar dengan lelaki yang baru kenal. Tisha tidak tahu hendak balas bagaimana. Mesej Iskandar dibiar sepi. Beberapa saat kemudian Iskandar menghantar mesej baru.

[If you don't mind.]

Sekali lagi Tisha menggaru keningnya yang tidak gatal. Skrin telefonnya ditenung. Jari telunjuk mengetuk sisi telefon beberapa kali. Berfikir seketika. Akhirnya dia membalas mesej Iskandar.

[Okay. Tomorrow.]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience