Rate

Bab 5

Drama Completed 206158

Masuk hari ini sudah lebih seminggu Rizwan cuba menghubungi Tisha. Namun tidak pernah berangkat, kesemua panggilannya masuk ke dalam pesanan suara. Hidupnya menjadi kucar kacir serba tidak kena. Di matanya dan juga hatinya hanya telintas bayangan buah hatinya itu. Hari ini Rizwan tekad hendak mencari Tisha di Tadika Bestari tempat Tisha berkerja.

Diwaktu petang itu, Maya bertugas di bahagian depan tadika untuk menunggu penjaga anak-anak didik Tadika Bestari datang mengambil anak masing-masing.

Sebuah kereta honda CR-V putih berhenti di depan bangunan tadika. Rizwan keluar dari perut kereta tersebut. Maya dapat membaca tujuan Rizwan, sudah pasti lelaki itu datang untuk mencari Tisha. Maya juga sudah maklum bahawa Tisha tidak lagi meneruskan hubungan bersama Rizwan. Sebab apa puncanya Tisha tidak mahu menceritakan lebih lanjut. Maya faham akan itu, dia juga tidak mahu memaksa Tisha menceritakan segalanya. Dia sentiasa menyokong dan menghormati keputusan Tisha

"Assalamualaikum Maya." Rizwan memberi salam.

"Waalaikumsalam Rizwan. Ada apa datang sini?" Soal Maya. Lelaki itu dilihat sedikit kusut pada pandangan matanya.

"Saya nak jumpa Tisha. Boleh awak tolong panggil kan dia? Kejap je. Ada benda penting saya nak cakap dengan dia." Kata Rizwan.

"Err..Tisha? Kenapa awak cari dia kat sini? Awak tak tahu ke Tisha dah tak berkerja kat sini lagi. Tiga hari lepas dia dipindahkan ke cawangan baru tadika ni." Bohong Maya. Maya mengeluarkan telefon pintarnya membuka ikon whatsapp.

[Darl.. kau jangan datang depan, duduk je diam-diam dalam kelas tu. Rizwan ada kat depan ni cari kau.] Mesej dihantar.

"Awak tak tipu kan Maya? Dia pindah cawangan mana? Saya nak pergi cari dia." Kata Rizwan. Ke mana pun Tisha pergi dia akan terus mencari.

'Alamak aku nak jawab apa ni?' Bisik hati Maya.

"Err..yang tu saya tak pasti lah Rizwan. Sebab masa dia pindah tu dia terus tukar nombor telefon. Sampai sekarang dia tak pernah call pun. Tak silap saya sebelum dia pindah dia ada cerita nak berhenti terus kerja tadika. Dia nak balik kampung. Kalau jadi bulan depan kot." Maya cuba tidak berterus terang. Dia harap Rizwan tak curiga dan berhenti daripada terus mencari Tisha.

"Seriuosly? Awak tahu tak alamat dia kat kampung?" Soal Rizwan. Risau sekiranya Tisha pergi lagi jauh darinya.

"Kalau awak tak tahu, saya lagi lah tak tahu. Tak pernah dia cerita pasal kampung dia. Saya tahu kat Sabah je lah." Bohong Maya lagi.

"Hmm tak apa lah. Thanks Maya. By the way, kalau dia ada call or jumpa awak tolong bagitahu saya ye." Kata Rizwan dengan harapan yang berkecai. Disangkanya dia dapat berjumpa Tisha di tadika tersebut tetapi sebaliknya.

Beberapa pengasuh anak-anak tadika sudah datang menjemput anak masing-masing. Sehingga lah semua sudah dijemput pulang. Sekarang masanya untuk para pendidik turut pulang ke rumah. Maya masuk ke dalam menuju ke kelas didikan Tisha.

"Maya." Tisha memanggil sahabatnya itu sebaik melihat Maya berjalan menuju ke arahnya.

"Betul ke dia datang? Sebab apa dia datang? Kau ada cakap apa-apa pasal aku kat dia ke? Kau cakap apa?" Tanya Tisha bertubi-tubi. Dia khuatir sekiranya Rizwan masih berusaha mencarinya.

"Ha'a..dia cari kau lah siapa lagi?"

"Ye ke? Habis kau cakap apa? Kau bagitahu tak aku dah berhenti dah balik kampung?"

"Ye..tapi mula-mula aku terr cakap kau pindah cawangan je. Tapi dia tanya kau pindah cawangan mana. Terus lah aku pusing bagi sedap cerita cakap lah kau dah nak berhenti dan nak balik kampung bulan depan." Jelas Maya lagi.

"Dia percaya tak apa kau cakap kat dia tu?"

"Hmm..kalau aku tengok macam dia percaya. Terus berubah muka dia bila tahu kau nak balik kampung. Kesian pulak aku tengok. Kau serius ke nak putus dengan dia sha?"

"Bukan nak putus. Tapi aku memang dah putuskan pun. Aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia."

"Kau yakin ke? Bukan sekejap kau menjalin cinta dengan dia dah nak empat tahun tahu tak. Apa masalah korang sebenarnya ni? Sebelum ni aku tengok korang berdua okay je. Sesuai."

"Entah lah Maya. Aku sakit hati. Sungguh aku sakit hati. Macam yang aku cakap kat kau sebelum ni. Aku nampak dia dengan perempuan lain. Tak nampak seperti kawan biasa pun melainkan ada hubungan istimewa. Mungkin perempuan tu orang yang sama yang cuba dijodohkan dengan dia tempoh hari." Terang Tisha panjang lebar. Dia tidak akan menceritakan kepada sesiapapun perkara sebenar apa yang berlaku dihadapan matanya.

"Ye lah aku faham. Apa-apa pun keputusan kau aku sokong. Dan aku harap keputusan yang kau buat tu adalah keputusan yang terbaik untuk diri kau sendiri. Kalau kau memerlukan pertolongan dan memerlukan telinga seseorang untuk mendengar aku sentiasa ada." Kata Maya mengukir senyum sambil mengenggam tangan Tisha memberikan kata semangat padanya.

"Dah lah kemas barang kau. Jom balik. Aku pergi ambil handbag aku jap kat kelas." Maya bangun menuju ke kelas didikannya.

Tisha memandang keluar. Ya, dia yakin akan keputusan yang diambilnya. Amat berat untuk dia terus move on. Namun dia harus kuat. Segala sisa-sisa memori dia bersama Rizwan harus disimpan dan ditutup rapi. Dia tidak memerlukan lagi semua itu, yang berlalu biarlah terus berlalu.

Meja dikemas. Fail penilaian dan juga fail kehadiran kelasnya disusun rapi di atas meja. Pen biru dan buku nota dimasukkan ke dalam beg. Tot beg kedua milik Tisha. Tapi tot beg kali ini terpampang besar gambar cowboy cactus pada bahagian hadapan beg tersebut. Terdapat juga key chain berbentuk kaktus yang tergantung pada beg itu, daripada pemberian salah seorang anak didiknya sebagai oleh-oleh dari bercuti di Cameron Highland. Tisha bangun berdiri dari duduknya, dia terpandang dua pot kecil kaktus di hujung meja. Kaktus yang dibelinya minggu lepas. Di mana salah satu kaktus tersebut pernah tercampak keluar dari pot disebabkan kecuaiannya yang terlanggar seseorang ketika itu. Tisha mengambil kedua kaktus tersebut lalu dibawa dan diletakkan di tepi tingkap biar pagi esok dapat bekalan cahaya matahari. Bahaya sekiranya 24 jam diletakkan di tepi tingkap tersebut tanpa pengawasan, maklumlah tempatnya itu ramai anak kecil.

"Kaktus jenis apa pulak kau beli kali ni?" Maya tiba-tiba muncul di belakang.

"Yang ada bulu-bulu ni Mammilaria Pulmosa. Yang ni pulak Cereus 'Fairy Castle' sebab dia bertingkat-tingkat macam fairy castle." Jelas Tisha. Dia serba sedikit mengetahui nama-nama kaktus tersebut kerana minatnya. Maya hanya mengangguk-angguk mendengarnya.

"Dah. Jom balik." Kaki diatur melangkah bersama. Tidak mahu berlambat-lambat almaklumlah tiada siapa yang suka balik kerja lewat.

***

Kaktus Cereus 'Fairy Castle' bersaiz sederhana itu di angkat dan dibelek-belek kemudian diletakkan semula di sudut meja kerjanya. Cantik pula bila diletak di situ. Beberapa hari lepas Iskandar ke nursery yang berdekatan dengan pejabatnya untuk membeli kaktus tersebut. Terdetik pula di hatinya ingin memiliki kaktus yang sama dengan kaktus milik gadis yang melanggarnya tempoh hari untuk diletakkan di atas meja kerjanya sebagai penyeri. Tetapi dia sendiri tidak pasti adakah disebabkan dia memang mahukan kaktus itu menghiasi mejanya atau dia ingin memiliki kaktus itu disebabkan gadis tersebut menyukainya. Rumit untuk diperjelaskan.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk." Iskandar bersuara setelah mendengar pintu biliknya diketuk.

"Is kau busy ke?" Muncul Raziff disebalik daun pintu.

"Eh Ziff, duduklah tak bagitahu pun kau datang?" Soal Iskandar yang melihat kemunculan kawannya itu secara tiba-tiba.

"Saja datang. Dah lama kita tak jumpa kan. So how, kau macam mana sekarang ni?" Soal Raziff sambil mengambil tempat duduk dihadapan Iskandar.

"Aku macam biasa je lah. Ni dah alang-alang kau ada aku nak bagitahu pasal tempahan meja." Jawab Iskandar.

"Apa dia?"

"Dua hari lepas ada client datang nak tempah pelbagai jenis perabot untuk pejabat dia. Tapi perabot tu dia nak reka ikut kesesuaian dengan tempat di mana mereka nak letak. So, maybe esok aku pergi tempat dia bawa design yang ada. Lepas dah comfirmkan aku terus datang hantar kat kau lah ye. As soon as possible kalau boleh kilang kau siapkan." Jelas Iskandar panjang.

"Ohh boleh aje. Apa-apa kau roger aku." Balas Raziff.

Iskandar adalah pemilik ISK FURNITURE DESIGNER ENTERPRISE. Perusahaannya bukan sahaja untuk membuat reka bentuk perabot moden dan terkini tetapi juga sebagai pembekal perabot khas untuk pejabat-pejabat. Perusahaan Iskandar juga berkerjasama dengan kilang milik keluarga Raziff. Sekiranya pelanggan menempah perabot yang banyak darinya, perabot-perabot tersebut akan diproses di kilang Raziff. Perusahaan Iskandar dikenali sebagai perusahaan yang berjaya. Dengan itu turut membawa nama Iskandar diantara usahawan muda berjaya kebelakangan ini.

"Ni kau dah lunch belum? Jom lunch sama." Ajak Iskandar.

"Ha, jom lah sambil-sambil tu boleh kita buat plan pasal percutian kita tu.

"Kau sejak bila ada pokok berduri ni? Dah bertahun kewujudan pejabat kau ni, pokok berdaun je ada kat luar tu. Ni tetiba ada pokok berduri seketul. Ada apa-apa cerita disebalik nya ke?" Soal Raziff sebaik terpandang pokok kaktus di sudut meja Iskandar.

"Tak ada lah saja." Jawab Iskandar tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience