Rate

Bab 6

Drama Completed 206158

Segala kelengkapan aktiviti mengajar  di luar kelas pada hari ini sudah dikemas dan disimpan ke tempat asal. Fail-fail dan rekod prestasi anak didiknya siap diperiksa. Memandangkan minggu terakhir sesi pembelajaran terakhir pada tahun ini, Tisha memastikan kesemua kertas kerja dan aktiviti pembelajaran tercapai.

Tisha melangkah ke ruang makan tadika sambil menjinjit beg plastik yang berisi sebungkus nasi kerabu dan satu botol air mineral. Dia bersandar sebentar pada kerusi. Sedikit letih dia menjalankan aktiviti pembelajaran mengenal alam sekitar yang dilakukan di luar kelas bersama anak-anak didiknya tadi. Seminit kemudian muncul Maya dan dua orang tenaga pengajar tadika turut masuk ke ruang makan tersebut dengan membawa bungkusan makanan masing-masing. Sudah masanya rehat. Maya mengambil tempat bersebelahan dengan Tisha. Manakala dua yang lainnya duduk di hadapan Tisha dan Maya.

"Macam mana sesi pembelajaran kau hari ni?" Soal Maya.

"Hmm macam biasa lah, cuma hari ni buat aktiviti luar. So, anak-anak lebih aktif sikit." Jelas Tisha. Begitulah lumrah anak-anak kecil bila berada di luar sudah tentu berlari-lari riang.

"Kiranya esok aktiviti anak-anak kelas kau tinggal aktiviti origami lah kan?"

"Ha'a.. Tinggal tu je lagi belum buat." Jawab Tisha sambil melipat hujung lengan baju kurungnya kemudian berlalu ke sinki untuk membasuh tangan.

"Sha.. Habis makan Puan Nabila nak jumpa." Kata Fazilah yang juga cikgu tadika di situ.

"Baik. Thanks Ilah." Balas Tisha.

Seusai makan Tisha bangun lalu menuju ke bilik kerja Puan Nabila. Salam diberi bersama ketukan perlahan di muka pintu. Tombol pintu dipulas kemudian Tisha masuk ke dalam. Dilihat Puan Nabila sedang duduk bercakap di dalam talian sambil tangan mengarahkan Tisha untuk duduk di hadapannya.

"Nanti saya akan maklumkan kepada staff saya mengenai hal ini. Apa-apa pihak encik boleh berbincang dengannya. Baik. Sekali lagi saya minta maaf ye. Okay baik terima kasih. Waalaikumsalam." Puan Nabila selesai bercakap di talian.

"Maaf cikgu Tisha. Saya baru habis bercakap dengan pihak furniture designer. Cikgu Tisha tahukan yang bilik kosong kat hujung tu kita nak ubah suai menjadi bilik meeting? Petang ni perabot yang sedia ada dalam bilik tu kita akan pindahkan ke cawangan di Dengkil." Kata Puan Nabila.

Tisha mengangguk faham. Dia sedia maklum kerana bulan lepas ada dimaklumkan akan hal ini.

"Macam ni. Saya nak minta tolong sebenarnya ni." Sambung Puan Nabila pandangannya masih menghala ke wajah Tisha.

Tisha menelan liur. Macam serius saja bunyinya.

"Ada apa puan?" Soal Tisha.

"Esok sepatutnya saya ada perjumpaan dengan orang yang incharge untuk bincang pasal tempahan perabot ni. Tapi, malangnya saya ada hal pula. Jadi, saya nak awak gantikan tempat saya untuk perjumpaan tu. Memandangkan esok kelas awak tak banyak aktiviti. Nanti saya minta cikgu Fazilah untuk gabungkan kelas awak dan dia." Jelas Puan Nabila.

"Pukul berapa perjumpaan tu puan? Apa yang perlu saya buat?"

"Dalam 10.00 pagi esok dia sampai kat sini. Yang lain saya dah bincang dengan dia. Nanti awak tunjukkan sudut untuk letakkan perabot macam meja,almari semua tu. Nanti dia akan bagi design yang sesuai then awak pilih lah. Saya yakin kat awak. Are you okay with that?"

Tisha mengangguk setuju. Tidak ada sebab untuk dia tidak bersetuju. Nampak riak kelegaan pada wajah Puan Nabila.

"Terima kasih cikgu Tisha."

"Sama-sama puan."

***
Jam ditangan dikerling menunjukkan 09.55 pagi. Tisha bangun menuju ke kelas Fazilah untuk menggabungkan anak didikannya bersama anak didikan Fazilah. Selesai semuanya Tisha pula terus melangkah ke bilik Puan Nabila bagi mengganti pertemuan Puan Nabila bersama  incharge dari pihak furniture designer.

Baru sahaja beberapa minit Tisha duduk sambil membelek fail yang diperlukan nanti, kedengaran loceng pintu utama berbunyi. Kebetulan pada masa itu, Maya yang berada berhampiran menolong untuk membuka pintu.

Dari dinding lut sinar bilik Puan Nabila, Tisha dapat melihat Maya sedang bercakap dengan seorang lelaki dan mempelawanya masuk. Jelas menunjukkan lelaki yang datang itu adalah tetamu yang ditunggu Tisha. Tisha segera bangun dari duduk sambil membetulkan bajunya kemudian mengatur langkah untuk membuka pintu bilik. Belum sempat Maya mengangkat tangan untuk mengetuk pintu, Tisha terlebih dahulu membuka pintu dari dalam. Kelihatan susuk tubuh lelaki di belakang Maya sedang berdiri menghadap dinding yang berhias mengenai sedikit informasi mengenai Tadika Bestari. Mungkin sedang membacanya.

"Cikgu Tisha, incharge dari pihak furniture designer dah sampai." Kata Maya membahasakan dengan panggilan cikgu sesama mereka digunakan ketika adanya kehadiran orang luar.

"Okay, thanks Cikgu Maya." Dan serentak pada ketika itu, lelaki tersebut berpaling dan memandang ke arah Tisha yang bediri dimuka pintu.

Terkejut. Iskandar kaku berdiri memandang ke arah wajah dihadapan nya itu. Manakala mata Tisha sedikit membulat dan hampir terbuka mulutnya melihat Iskandar. Sungguh dia tidak menyangka tetamu yang ditunggunya dari pihak furniture designer adalah lelaki yang dilanggarnya dahulu. Bukan sekali tapi dua kali.

"Ehem." Maya yang memerhati terus berdehem dan  mencuit tangan Tisha.

"Encik. Ini Cikgu Tisha. Silakan. Saya pergi dulu." Maya meminta diri berlalu pergi. Iskandar hanya mengangguk dan tersenyum nipis memandang Maya.

"Err..Encik silakan masuk." Tisha mempelawa Iskandar masuk. Iskandar hanya menurut dan melabuhkan punggung duduk disebuah kerusi berhadapan Tisha. Sebuah meja kerja memisahkan mereka.

"Terima kasih encik sudi datang. Saya Nur Hanatisha salah seorang staff di sini. Seperti sedia maklum, hari ni saya terpaksa menggantikan Puan Nabila sebab beliau ada hal penting di luar kawasan." Tisha memulakan bicara. Tiba-tiba dia agak kekok dan janggal akan situasi ketika itu.

"Ya..it's okay. Puan Nabila pun dah maklumkan." Jawab Iskandar. Tidak lepas matanya memandang Tisha. Ada sesuatu yang terlintas difikirannya ketika ini. Entah mengapa dia rasa bagai langkah kanan hadirannya ke sini.

"Hmm, saya nak panggil encik apa ye? Maaf saya tak sempat tanya Puan Nabila." Soal Tisha.

"Oh, Saya Syed Iskandar. Tak perlu encik-encik. Boleh panggil saya Is, rasanya lebih selesa atau boleh juga panggil..Mr Husky Voice." Jawab Iskandar ramah. Sebelah keningnya diangkat.

Terbatuk kecil Tisha mendengar dihujung kata Iskandar. Muka nya kini mula merah. Tisha pantas membuang pandang ke arah pintu.

"Saya nak panggil awak pula apa ye? Cikgu Tisha or Cik Duri or ... Sweetheart maybe?" Soal Iskandar seakan menekan sebutan sweetheart pada suaranya. Sengaja mengusik Tisha. Terimbau saat-saat mereka terserempak buat kali pertama dan kedua dahulu.

Wajah Tisha semakin jelas kelihatan berona merah. Tidak lama lagi boleh jadi buah tomato agaknya. Tangan kiri diangkat cuba mengipas wajah. Tidak sanggup untuk memandang Iskandar. Kenapa lah yang itu juga keluar dari mulut lelaki itu. Nampaknya Iskandar masih ingat akan setiap kejadian mereka bertemu dahulu. Tisha menarik nafas perlahan. Cuba mengawal riak mukanya dan rasa malunya. Iskandar menahan tawa melihat perubahan pada wajah lembut Tisha.

"Panggil saya Tisha je." Balas Tisha pendek cuba mengukir senyum manis. Entah betul manis ke tawar. Hmm entah lah Tisha.

***
Fail di hujung meja dicapai lalu dibuka. Terdapat beberapa dokumen yang sudah siap disediakan oleh Puan Nabila. Fail tersebut Tisha tolak perlahan di depan Iskandar.

"Ini dokumen yang Puan Nabila sediakan. Dokumen yang Is perlukan." Kata Tisha.

Iskandar membelek dan membaca serba sedikit isi kandungan dokumen tersebut.

"Di mana tempat untuk perabot yang ditempah tu?" Soal Iskandar. Dia ingin melihat tempat tersebut untuk memadankan perabot yang bersesuaian.

"Mari saya tunjukkan." Tisha berdiri diikuti Iskandar menuju ke satu bilik kosong. Iskandar memerhati sekeliling dalam bilik tersebut. Beg sandang yang dibawanya diletakkan di atas satu meja kecil di situ.

"Bilik ni nak dijadikan bilik meeting. Atas perbincangan, kami nak letak dua almari besar di tengah bilik ni sebagai partition dan untuk menyimpan barang-barang. Kemudian beberapa buah meja dibahagian hadapan ni. " Tisha menjelaskan kepada Iskandar.

Iskandar mengangguk faham lalu satu fail dari beg dikeluarkan. Terdapat beberapa lakaran perabot di dalam fail tersebut. Tab miliknya juga dikeluarkan. Satu folder dibuka tertera beberapa gambar perabot moden sama dengan lakaran pada kertas tadi.

"Tisha pilih dulu mana yang berkenan nanti kita sesuaikan dengan bilik ni." Jelas Iskandar sambil menghulurkan tab miliknya.

Setelah beberapa minit Tisha membuat pilihan dia menunjukkan gambar pilihannya kepada Iskandar.

"Saya rasa almari ni okay. Cuma saiz tu Is boleh tentukan kot ikut keluasan bilik ni. Then, untuk meja ni saya suka yang ni tapi kalau boleh bucu meja tu buat separa bulat tak tajam. Boleh ke?" Jelas Tisha menunjukkan gambar perabot pilihannya.

"Boleh. Nice choice. Kejap saya ubah sikit design dia." Balas Iskandar. Lengan baju dilipat hingga kesiku. Kemudian tangan laju melorek sesuatu pada muka tab nya.

Tisha mengangguk. Matanya mencuri pandang pada wajah Iskandar.

"Bila awak kerja sini?" Saat itu Iskandar juga mengangkat muka memandang Tisha. Mata mereka beradu pandang sesaat dua. Iskandar seolah terpukau melihat mata coklat cair milik Tisha sekali lagi. Tisha pula cepat-cepat berdehem dan matanya dilarikan ke tempat lain malu tertangkap dia mencuri pandang. Serentak itu, Iskandar juga melarikan matanya ke arah skrin tab nya. Tiada kekuatan merenung lama mata dihadapannya tika itu.

"Baru je. Baru beberapa bulan." Jawab Tisha.

"Ohh patutlah. Dulu awak kerja kat kopitiam kan." Balas Iskandar. Wajah Tisha dipandang semula cuba beriak biasa. Dia teringat kali pertama dia melihat Tisha  berkerja di kopitiam.

"Ye. Saya kerja part time lagi masa tu." Ringan mulut Tisha berkata.

"Tak sangka kita jumpa lagi kan? Nasib baik kali ni tak terlanggar." Iskandar tersenyum kecil.

"Sorry." Jawab Tisha pendek juga mengukir senyuman. Tidak tahu hendak berkata apa. Dia juga tidak menyangka akan berjumpa lagi dengan Iskandar.

Sudah sejam lebih mereka berdua berbincang mengenai tempahan perabot. Nampaknya semua sudah selesai. Tisha dan Iskandar keluar dari bilik tersebut menuju ke bilik Puan Nabila.

"Okay kalau macam tu saya minta diri dulu. Tempahan ni saya akan hantar pada kilang untuk siapkan secepat yang mungkin. Kalau nanti Puan Nabila ada apa-apa boleh minta dia hubungi saya."

"Ya sure. Terima kasih luang masa datang ke sini hari ini. Tak salah kami mengambil tempahan dari pihak syarikat awak. Patut Puan Nabila suka bekerjasama." Jawab Tisha ramah.

"Oh ya, boleh saya pinjam handphone awak kejap?"Kata Iskandar.

Tisha menghulurkan tanpa banyak soal. Dilihat jari Iskandar bermain pada skrin telefon miliknya. Tidak lama kemudian terdengar bunyi ringtone dari poket seluar Iskandar. Sejurus selepas itu, Iskandar memulangkan semula telefon pintar milik Tisha.

"Nah, thanks. Saya balik dulu. Seronok jumpa awak Tisha. Next time kita jumpa lagi."

" And one more.... saya lagi suka panggil awak 'sweetheart'. Lepas ni perhaps." Sambung Iskandar lagi. Terbetuk senyuman manis pada wajahnya. Kaki diatur melangkah.

Tisha mengerutkan keningnya sedikit bingung mendengarkan kata Iskandar yang terakhir itu. Namun kakinya juga melangkah di belakang Iskandar menghantar Iskandar ke muka pintu utama.

Selepas Iskandar pergi, Tisha masuk semula ke bilik kerja Puan Nabila mengemas fail yang ada. Kerusi ditolak masuk ke bawah meja. Telefon pintarnya di atas meja diambil. Timbul persoalan apa keperluan Iskandar meminjam telefonnya tadi. Skrin telefon tanpa password digesek. Senarai panggilan dibuka, tertera nama 'Mr Husky Voice' paling atas tanda panggilan log keluar terbaharu. Bulat mata Tisha melihat nama tersebut. Sudah tentu telefon pintar milik Iskandar yang berbunyi tadi disebabkan Iskandar sendiri membuat panggilan dari telefon Tisha.

Dia hanya membiarkan nama sedemikian malas hendak menukar. Biarlah dengan nama tersebut dah tuan badan sendiri yang meletakkan nama itu. Namun Tisha tidak pasti mengapa Iskandar mengambil nombor telefonnya. Kalau mengenai tempahan perabot dia boleh saja berhubung dengan Puan Nabila selepas ini. Dan lagi satu, mengapa pula Iskandar mengatakan yang dia lebih suka memanggil Tisha 'sweetheart'?. Persoalan tersebut bermain di dalam fikiran. Malas mengambil pusing. Bahunya diangkat tanda tidak ingin mengambil tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience