Rate

Bab 3

Drama Completed 206163

"W.A.R.N.A. Warna." Tisha mengeja satu per satu huruf yang tertera pada papan putih dihadapannya. Sambil itu dia memegang satu set warna kayu sebagai bahan maujud supaya mudah dilihat dan difahami.

Tisha memusingkan badannya. "Ulang sekali lagi. W.A.R.N.A. Warna." Kali ini suara Tisha dan anak-anak didiknya bergabung untuk mengeja bersama.

"Bagus. Seterusnya kita akan
eja perkataan lampu. Sebelum tu cuba tunjuk kat cikgu mana lampu?" soal Tisha cuba mencuri tumpuan anak-anak kecil dihadapannya.

"Itu cikgu ada kat atas ada cahaya" riuh suara anak-anak didiknya dengan menghala jari telunjuk ke arah lampu di siling.

"Pandai. Lampu mengeluarkan cahaya supaya kita boleh melihat di dalam gelap. Jom eja lampu. Cikgu tulis lepas tu kita baca sama-sama ye. L.A.M.P.U. Lampu" maker pen di coret di atas papan putih. Suara-suara anak kecil kedengaran nyaring.

Tisha senyum. Sesi pembelajaran disambung untuk mengenali beberapa lagi perkataan. Dalam masa sehari  macam-macam aktiviti diakukan bersam anak-anak didiknya yang berbagai ragam. Adakalanya jenuh juga Tisha cuba memujuk, meleraikan pergaduhan dan pelbagai ragam dari anak-anak didiknya. Namun itu tidak menghalang minatnya dari mengajar anak kecil.

"Baiklah itu saja untuk hari ini. Cikgu nak kamu semua kemas dan simpan pensel, kertas, dan barang-barang yang telah kamu gunakan tadi ye. Lepas tu kemas beg masing-masing. Kejap lagi dah nak balik ni. "

"Baik cikgu" Anak-anak didik Tisha menjawab serentak.

Jam terus berdetik saat demi saat. Anak-anak didik Tisha beransur pulang ke rumah. Setiap anak akan dipanggil menggunakan pembesar suara oleh cikgu bertugas ketika penjaga anak-anak tersebut tiba di depan tadika. Ada yang diambil oleh ibu bapa mereka dan ada juga yang diambil oleh pengasuh. Keselamatan anak-anak Tadika Bestari sangat dijaga. Tidak sewenangnya melepaskan anak-anak pulang tanpa diambil oleh orang yang dikenali. Tisha ditugaskan untuk memanggil anak-ank pulang setiap hari Selasa dan Khamis. Setelah mengemas dan membersihkan kelasnya, Tisha dihampiri Puan Nabila pemilik Tadika Bestari tersebut.

"Assalamualaikum..Macam mana cikgu Tisha? Dah berbulan kan kat sini? Semua okay ke?"

"Alhamdulillah puan, semua okay , semua sesi pembelajaran sebelum ni pun berjalan lancar. Anak-anak pun menunjukkan prestasi yang baik.

"Alhamdulillah eloklah. Saya yakin cikgu boleh. Sebab tu saya suka kalau cikgu Tisha dan cikgu Maya meneruskan kerja di sini."

Tisha senyum pendek "InsyaAllah puan. Kami cuba terbaik."

"Eh,dah lewat ni. Awak balik naik van dengan cikgu-cikgu lain ke?"

"Hari ni saya bawa kereta. Saya balik dengan Maya. Saya gerak dulu puan."

"Ha, yalah. Jumpa esok ye. Hati-hati drive." Selepas bersalaman Tisha memanggil Maya di kelas sebelah. Mereka terus melangkah ke kereta yang diletakkan di parking lot di hadapan bangunan.

LEBIH kurang jam 8.30 malam Tisha keluar dari rumah selepas menunaikan solat isyak. Dia mengatur langkah ke bus stop yang ada di tepi jalan. Kurang 50 meter dari rumahnya. Berdekatan dengan bus stop dia melihat kereta milik Rizwan sedang menuggunya. Dia yang meminta Rizwan untuk mengambilnya di bus stop tersebut. Tidak molek rasanya seorang lelaki berada betul-betul dihadapan rumah yang penghuninya semua perempuan.

"Hi awak, dah lama ke tunggu" soal Tisha ketika memasuki kereta Rizwan.

"Baru je sampai sunshine"

"Hmm awak isyak dah ke?"

"Dah tadi..singgah jap kat petronas"

"Kenapa tak solat je dulu sebelum datang?"

"Tak apa, kang lambat gerak lambat sampai. Tak elok bawa anak dara orang keluar lewat malam." Tisha mengukir senyum mendengar kata Rizwan sebentar tadi. Tapi ada satu kelainan pada wajah lelaki itu. Tidak seperti sebelumnya. Namun Tisha mendiamkan diri nanti-nanti saja lah dia bertanya.

"Kita nak pergi makan kat mana ni" soal Tisha setelah kereta yang dipandu Rizwan meluncur di atas jalan.

"Kita drive thru McD kemudian kita makan dekat jambatan" Jambatan Seri Wawasan merupakan trade mark Putrajaya. Jambatan yang cantik dengan sinaran lampu warna-warni.

Selepas membungkus makanan melalu drive thru McD. Mereka sampai di jambatan tersebut. Ramai anak-anak muda lepak berborak. Tidak kurang juga yang berkeluarga mengambil gambar di bawah jambatan berlampu indah.

"So, how? Okay tak kerja setakat ni? Tanya Rizwan kemudian memandang wajah Tisha sambil menghirup air coca-cola di dalam cawan.

"Okay, saya suka. Tapi saya dengar-dengar akan ada pertukaran antara cikgu-cikgu tadika. Ada cawangan baru buka dekat Sri Kembangan dengan kat Dengkil kot. So, saya tak tahu lah saya kena ke tak. Harap tak lah, malas nak punggah barang." jawab Tisha panjang lebar kemudian menyuakan burger spicy chiken mcdeluxe ke dalam mulut.

Rizwan senyap hanya mengangguk kepala. Tisha yang sedari tadi tertanya-tanya akan perubahan pada wajah Rizwan bersuara.

"Hmm awak..what's wrong? Ada apa-apa awak nak share dengan saya tak?"

"Me? Why?"

"Dari tadi saya tengok awak macam ada yang tak kena je. Kalau nak cerita saya boleh dengar."

"Nothing concern you sunshine..saya okay je. Lepas ni ada nak pergi mana-mana tak" Rizwan mengalih topik.

"Tak. Kita duk sini je lah. Best pulak angin malam-malam kat sini." Tisha menggeleng kepala. Dia tahu ada sesuatu tak kena yang cuba Rizwan sembunyi kan darinya. Namun Tisha tidak memaksa untuk Rizwan menceritakn hal tersebut. Tidak mengapa lambat laun Rizwan pasti akan menceritakan padanya kelak andai hal tersebut bersangkut paut akan diri Tisha.

SELEPAS beberapa minit mereka manghabiskan makanan sambil berborak kosong. Rizwan bangun berdiri lalu membuka pintu kereta di bahagian penumpang belakang cuba mengambil sesuatu.

"Nah pakai ni kang tak memasal demam pulak. Saya sayang kat awak tau" Tisha mengambil jacket yang dihulur.

Rizwan melangkah ke arah tembok jambatan. Dari situ dia dapat melihat kegelapan air tasik. Rizwan memusingkan badan bersandar pada tembok tersebut. Mata tajam melihat kenderaan lalu lalang di atas jalan.

"Do you believe me sunshine?"Rizwan bersuara. Matanya masih memandang ke arah jalan.

"Ada apa? Kenapa tanya saya macam tu?" Tisha bangun menghampiri Rizwan sambil menyarungkan jacket pada bahunya mula merasa sejuk. Dia berdiri disisi Rizwan.

Rizwan menarik nafas panjang kemudian melepaskan keluhan berat.

"My parents... Sebenarnya masa saya balik KL hari tu my parents talked about marriage. Mereka cuba menjodohkan saya dengan anak perempuan kawan bisnes daddy." Luah Rizwan. Dia memandang Tisha yang diam terkelu lidah seolah tidak memahami apa yang cuba  dia sampaikan.

"Daddy bagi saya masa satu tahun untuk mengenali perempuan tu."

"But why?" hanya itu yang terungkap dari mulut Tisha. Dia tidak tahu hendak bertanya apa lagi walaupun di dalam kepalanya tika ini terlalu banyak persoalan yang timbul. Sedikit terobek hatinya mendengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut kekasihnya itu.

Rizwan mengangkat bahu nya sebelah. Dia sendiri tidak tahu memberi jawapan yang dia sendiri tidak pasti.

"Tapi saya tak setuju dengan keputusan yang daddy buat. Because I have you sunshine. I love you. Saya nak hidup seperti orang biasa dengan awak." tulus hati Rizwan.

"That is why my parents suruh saya sendiri pergi jumpa perempuan tu dan bincang mengenai hal ini. If dia pun setuju tak nak teruskan pilihan keluarga ni semua will be okay." Terang Rizwan lagi. Dia berharap perempuan itu juga tidak bersetuju seperti mana dirinya. Walaupun perempuan tersebut pernah datang menemuinya ingin memperkenalkan diri padanya.

"So, bila awak nak jumpa dia?"

"Tomorrow. Saya nak selesaikan cepat. Serabut kepala saya selagi tak selesai."

"Ohh okay"

"Saya harap awak faham sunshine. Don't worry okay. Saya sentiasa setia dengan awak sorang." Rizwan menyakinkan.

Tisha mengangguk. Memberi senyuman kepada Rizwan. Dia tahu Rizwan jujur pada dirinya dan tidak akan mengecewakannya. Dia tahu Rizwan boleh menyelesaikan hal tersebut dengan baik.

"Saya faham. Awak jangan risau kan saya. Saya tahu awak boleh selesaikan dengan baik. Anything tell me okay."

Rizwan membalas senyuman Tisha. Dia bersyukur Tisha sentiasa menyokongnya. "Lucky me have you sunshine"

Beberapa saat berlalu tanpa sepata kata dari mereka berdua. Tisha memusingkan tubuhnya menghadap tasik menghirup udara segar.

"Esok awak balik KL ke?" Tisha cuba memecahkan kesunyiaan diantara mereka berdua.

"Ya. Maybe balik kejap je. Habis bincang semua, Ahad petang macam tu saya balik Enstek semula." Jelas Rizwan.

Tisha mengangguk perlahan. Jam tangan dikerling menunjukkan pukul 10.15 malam.

"Awak jom balik dah lewat ni" Tisha mengambil bekas makanan mereka tadi lalu di buang ke dalam  tong sampah berhampiran satu pondok di situ.

"Okay jom" Rizwan pula berlalu ke kereta membuka pintu penumpang hadapan untuk Tisha masuk ke dalam.

Lebih kurang 10 minit mereka sampai di bus stop berhampiran di mana Tisha diambil tadi. Terang benderang kawasan itu disinari lampu jalan. Di situ lah Tisha naik turun kereta Rizwan sekiranya dia tidak membawa kereta sendiri.

"Thanks awak bawa saya keluar ambil angin" kata Tisha.

"Nothing sunshine.. Hmm awak please jangan fikir bukan-bukan mengenai hal tadi k. Everything will be fine. Hati saya boleh terima awak sorang je." luah Rizwan.

"Hish, awak ada pulak cakap macam tu. Tak ada apa lah. Macam awak cakap everything will be fine. Ni drive elok-elok tau. Byeee" Tisha turun dari kereta lalu menutup pintu. Dia berdiri sekejap menunggu Rizwan memandu pergi. Tetapi sebaliknya Rizwan membuka tingkap menyuruhnya masuk ke rumah dulu.

"Awak masuk lah dulu. Lepas awak masuk saya gerak."

"Err..yelah. Bye awak"

"Sunshine......I'm always love you ingat tu."

Tisha tersenyum lebar menunjukkan baris gigi putihnya. Sweet sungguh buah hatinya itu. Tangan dilambaikan ke arah Rizwan kemudian mengatur langkah ke arah rumah. Setelah Tisha menghilangkan diri disebalik pintu rumah, Rizwan memandu keretanya pergi dari kawasan tersebut.

Langsir sliding door diselak. Tisha dapat melihat belakang kereta milik Rizwan berlalu pergi. Dia baru perasan akan jacket Rizwan masih dibahunya. Lupa dia nak mengembalikan pada Rizwan tadi. 'Lain hari je lah bagi balik' gumam Tisha.

Tiba-tiba hati Tisha yang sedari tadi yakin akan cinta Rizwan dikunjung hiba. Rasa risau mula datang bertamu. Bagaimana jika Rizwan terpaksa akur dengan pilihan orang tuanya. Bagaimana jika Rizwan lebih tertarik akan perempuan pilihan ayahnya. Dijodohkan oleh orang tua dalam kalangan orang kaya Tisha ingat hanya berlaku di dalam drama sahaja.

'No, aku tak boleh berfikiran seperti ini. Everything will be fine Tishaaa' Gumam Tisha sendirian sambil memegang dadanya, cuba mententeramkan hati kecil miliknya.

Kaki dihayun memanjat tangga ke tingkat atas. Pintu bilik yang berada disebelah kiri dibuka perlahan. Kelihatan Maya sedang berbaring membaca novel.

"Assalamualaikum..tak tidur lagi ke darling?"

"Tishaa..kau balik dah. Aku rindu lah" Novel ditutup dan diletakkan di atas bantal.

"Rindu apanya? Baru berapa jam aku keluar, bukan berminggu-minggu" Tudung di buka dimasukkan ke dalam bakul. Tisha lantas merebahkan badan di atas katil. Selesa sungguh meluruskan badan di atas tilam empuk.

"Macam mana best tak dating?" soal Maya.

Tisha senyum tawar "Hmm macam biasa lah, nak macam mana lagi." Kipas siling berpusing dipandang kosong. Fikiran nya melayang mengingati hal tadi.

"Kenapa aku tengok kau macam tak happy je ni. Rizwan ada buat benda tak baik ke? Maya bertanya curios.

"Tak lah. Okay aje. Macam sebelum-sebelum ni" Tisha cuba berdalih.

"Kau tipu eh? Baik kau cerita kat aku. Aku kenal kau bukan pagi tadi tau darl." Maya menuju ke hujung katil Tisha lalu duduk di situ.

"Arggghh darlinggg!....aku tak patut risau tapi aku tengah risau. Walaupun aku tak patut risau tapi aku tetap rasa risau jugak." Jerit Tisha.

"Eh tak faham aku. Apa dia risau tak risau tapi risau ni? Cakap lah elok-elok. Budak ni" Tegur Maya.

"Rizwan"

"Kenapa dengan dia?"

"His parents. Daddy dia"

"Allahu. Dah kenapa dengan Rizwan. Ada apa dengan daddy dia pulak?"

"His parents talked about Rizwan's marriage. Dia nak dijodohkan dengan anak perempuan kawan daddy dia.. Kau faham tak apa aku cakap sekarang ni.?" bantal kecil di hujung kepala di capai lalu di bawa ke dada dan dipeluk.

"What? Why? Habis tu Rizwan cakap apa?" Maya terkejut mendengarkan kata-kata Tisha.

"Dia cakap dia nak jumpa perempuan tu esok nak bincang. Kalau perempuan tu pun tak setuju okay lah. Tapi kalau perempuan tu nak teruskan jugak macam mana? Kau rasa apa keputusan perempuan tu? Rizwan akan tinggalkan aku ke Maya?" jelas Tisha dengan persoalan.

"Seriously! Maigad! Aku macam tak percaya je. Aku..ntah lah. Ada ke perempuan nak tolak kalau dijodohkan dengan lelaki macam Rizwan tu. Anak Dato' Maliki kot. Orang ternama." jawab Maya panjang. Dia sendiri tidak menyangka akan hal ini. Tisha pula memandang Maya di hujung katilnya dengan kerutan didahi.

"Ye, selain kau. Dulu kau saja yang berani menolak salam perkenalan Rizwan tu selepas kau tahu dia anak Dato'. Tapi...macam ni lah, kau sabar dulu tunggu khabar dari Rizwan. Kita doa harap-haraplah perempuan tu tak bersetuju juga okay. Kau pun tahu kan tinggi mana perasaan Rizwan kat kau. Kau jangan fikir sangat lah" Maya cuba memberi semangat kepada Tisha.

"Ya..aku tahu. Aku pun harap macam tu lah." keluhan dilepas perlahan.

"Aku mandi dulu lah." Tisha bangun mengambil tuala mandi yang tersangkut pada penyidai di belakang pintu. Dia terus ke bilik air untuk membersihkan badan, melepaskan bebanan pada otak yang menyerabutkan. Ya, dia harus yakin pada Rizwan. 'Baru ingin dijodohkan belum dijodohkn secara sah.' Bisik hati Tisha.

Maya yang melihat Tisha keluar dari bilik menuju ke bilik air hanya berdiam hanya mampu berdoa sahabatnya itu sentiasa kuat. Novel diambil dan dibuka ingin dibaca semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience