Rate

Bab 9

Drama Completed 206104

Petang Ahad itu, Tisha bersiap-siap untuk keluar bersama Iskandar seperti yang dijanjikan. Baru sahaja habis menunaikan solat asar telefon pintar Tisha berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Tisha berlalu mengambil telefonnya yang berada di atas katil. Iskandar.

"Kenapa pulak dia call? Tak kan dah sampai. Kata pukul 5.00 petang. Ni baru pukul berapa." Tisha berkata sendiri. Telefon dijawab dibawa ketelinga.

"Hello, Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..sweetheart kat mana?"

"Err..saya masih kat rumah lagi tengah bersiap. Awak dah sampai ke?"

"Rumah kat mana?"

"Ha?" Tisha terdiam dengan kening berkerut. Kenapa pula tanya rumah.

"Ya. Rumah awak kat mana? Bagi location."

"Eh kenapa tanya rumah. Kata nak jumpa dekat dataran."

"Tak apa biar saya datang ambil awak. Saya dah ada kat Putrajaya ni. Kat Petronas. Bagi location okay. See you later sweetheart."

"Tapi saya.."

Belum sempat Tisha menjawab, Iskandar mematikan panggilan. Kepala yang tidak gatal digaru.

'Dah kenapa dia ni.' Gumam Tisha.

Location dihantar kepada Iskandar. Lalu mesej pendek ditaip.

'Saya tunggu kat bus stop.'

Iskandar membuka mesej yang dihantar. Senyuman koyak dibibir. Surau kecil yang tersedia di kawasan petrol pam tersebut dituju.

***
Tisha duduk di bus stop yang terdekat dengan rumahnya. Baru beberapa minit muncul sebuah kereta honda civic berwarna hitam betul-betu berhenti dihadapannya. Cermin kereta pada bahagian penumpang hadapan diturunkan.

"Hai sweetheart. Jom." Terpampang wajah Iskandar.

"Kenapa awak tak bagitahu dah nak sampai tadi." Tisha meloloskan diri ke dalam kereta. Agak janggal rasanya berada di sebelah Iskandar.

"Kenapa?" Soal Iskandar.

"Err..tak ada lah. Kut awak sampai dulu. Tak nak lah awak menunggu." Balas Tisha. Seganlah kalau orang datang ambil pun kena menunggu.

"Sepatutnya awak tak perlu tunggu kat bus stop. Seorang pulak tu. Kenapa tak tunggu kat rumah je?"

"Saya tinggal dengan kawan-kawan perempuan. Tak elok rasanya."

"Ohh okay. Next time saya dah sampai baru awak keluar." Jelas Iskandar.

"Next time?"
"Ya. Why?"

Tisha hanya menggeleng perlahan.

"Hmm.. Sebenarnya awak nak pergi mana? Kenapa nak jumpa saya?" Tisha pantas bertanya. Dia masih tidak tahu tujuan lelaki itu mengajaknya keluar.

Iskandar menoleh sekilas pada Tisha. Mencari anak mata berwarna coklat cair itu.

"Awak tak sudi ke nak keluar dengan saya? Tak apa lah saya hantar awak balik"

"Eh bukan macam tu. Saya saja tanya. Janganlah touching. Tak elok tau."

Iskandar melepas tawa. Niatnya hanya hendak bergurau. Jelas terlihat lesung pipitnya.

"Saja ajak awak keluar. Malam ni ada pesta lampu kan?Balik nanti kita singgah boleh? Sebelum tu kita jalan lah mana-mana" sambungnya lagi.

"Pernah dengar. Tapi malam ni ke? Tak tahu lah pulak."

"Kan sehari dua sebelum tahun baru ada buat pesta lampu. Awak duduk sini tak kan tak tahu."

"Malas nak ambil tahu. Sebab saya jenis jarang keluar."

"Habis selalu awak buat apa je?"

"Sejak saya tinggal kat sini. Pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu duk rumah. Sekali sekala keluar beli barang dengan kawan saya,Maya. Hilangkan stress ke apa lepas tu balik lah. A bit bored pada orang lain. Tapi pada saya.. macam tu lah saya dah terbiasa. Dah selesa."

Iskandar hanya mengangguk. Ada kelainan pada diri Tisha.

Tiba di IOI City Mall Putrajaya. Shopping mall yang luas ini bukan sekadar penuh dengan bermacam jenis kedai daripada pelbagai jenama, juga menawarkan bermacam tarikan menarik lain seperti Icescape, Archery Zone, The Symphony Walk, pusat bowling, panggung wayang GSC, taman tema indoor yang penuh dengan pelbagai aktiviti lasak District 21 dan banyak lagi.

Iskandar dan Tisha memilih untuk ke District 21. Di sana mereka meluang masa seakan anak kecil dengan bermain sky trail dan juga trampoline

"Tak nak main dah ke?" Tisha bertanya ketika melihat Iskandar melabuhkan duduk dihadapannya di atas trampoline.

"Tak boleh lama-lama habis berpeluh nanti. Tak pasal awak lari pulak tinggalkan saya seorang kat sini."

Tisha tertawa mendengarnya.

"Ada-ada je lah awak ni Is."

"Betul lah. Dan apa kata sekarang ni kita pergi makan sebelum masuk Maghrib." Kening diangkat berkali-kali.

"Ok jom." Ajak Tisha.

***
Jam menunjukkan hampir pukul 8.00 malam. Setelah habis makan dan menunaikan solat maghrib. Iskandar dan Tisha beriringan untuk ke parking zone di tingkat bawah. Badan dibawa masuk ke dalam lif. Baru saja pintu lif hendak terkatup, orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam lif yang sama.

"Sha.. sini."

Iskandar menarik lengan Tisha yang beralas baju berdiri dibelakangnya. Tisha hanya menurut kemudian bersandar pada dinding lif. Tidak selesa berhimpit dengan orang ramai.

Iskandar yang dapat menangkap akan ketidakselesaan Tisha cuba berpaling untuk melihat. Belum sempat dia bertanya keadaan Tisha, badan tegapnya seakan ditolak. Dengan pantas Iskandar menaikkan tangan kanannya menahan pada dinding lif. Tepat disebelah bahu kiri gadis dihadapannya itu.

Tisha yang sedikit tersentak mendongak melihat wajah Iskandar. Seperti ada tarikan diantara mereka berdua. Saling berpandangan. Semerbak wangian maskulin Iskandar menusuk rongga hidung. Nafas lelaki itu menyapa lembut wajah ayunya.
Menandakan mereka berdua begitu rapat ketika ini.

"Sorry bro." Satu suara pendek dari arah belakang Iskandar.

Tisha melarian anak matanya jatuh ke leher Iskandar. Dilihat halkum lelaki itu bergerak seakan menelan air liur. Tisha menunduk.

Manakala pada masa yang sama Iskandar mengangkat muka dipanggung ke depan menghadap dinding. Air liur ditelan terasa kering anak tekaknya.

"Are you okay?"

Mendengar suara Iskandar, Tisha hanya mengangguk kepala. Mahu bergerak ke mana lagi. Lif sudah penuh. Tidak menyangka pula orang berpusu-pusu masuk tadi.

Iskandar masih dalam posisi yang sama. Mengepung Tisha. Tangan kanannya tadi diturunkan setelah dia dapat berdiri dengan selesa. Namun jarak diantara mereka masih lagi rapat cukup dengan jarak yang selesa untuk gadis itu. Dia berdehem seketika.

"Ehm.. I'm sorry."

Lembut suara Iskandar. Matanya masih ke arah dinding. Tepat di atas kepala Tisha. Tidak mampu untuk menatap wajah ayu itu. Tisha diam tidak berkutik.

Debaran dihati dua insan ini sedang bergelora. Terasa lama pula lif sampai ke tingkat bawah.

Sesaat dua kemudian pintu lif terbuka. Beransur-ansur penghuni lif keluar. Begitu juga debaran dihati Iskandar dan Tisha beransur-ansur hilang.

Baru sahaja selangkah dua menapak keluar dari lif, Tisha terpandang lelaki yang tanpa sengaja tertolak Iskandar tadi. Lelaki tersebut berpimpin tangan dengan seorang perempuan. Nampak seperti pasangan kekasih. Seperti pernah dia jumpa akan lelaki tersebut tetapi entah pula di mana.

Cing! Langkah Tisha mati. Ingatan nya pada lelaki itu kembali. Ashraf! Lelaki tersebut adalah Ashraf kenalan sahabat baiknya, Maya. Tapi siapa pula perempuan di sebelahnya itu. Maya harus tahu hal ini. Tidak mungkin Tisha membiarkan sahabat nya itu dipermainkan oleh lelaki.

"Sweetheart?" Langkah Iskandar juga turut mati apabila Tisha tiba-tiba berhenti.

"Are you okay sweetheart? Kenal ke?" Soal Iskandar. Dia tahu Tisha sedang melihat ke arah lelaki tadi.

"Oh okay. Cuma macam pernah tengok lah lelaki tu." jawab Tisha.

"Hmm, Tak apa lah. Jom kita pergi pesta lampu. Nanti kesian kat awak datang jauh-jauh tak dapat tengok lampu-lampu tu." Sambungnya lagi dengan menahan tawa.

"What? Saya tak apa dah memang jauh. Yang awak tu dah duduk sini tapi tak tahu pun. Sebab tu saya ajak awak sekali."

Jeda.

"Saya pernah mimpi. Dalam mimpi tu ada satu bidadari. Dia nak saya bawa dia pergi pesta lampu. Bila saya pandang je rupa bidadari tu ternyata awak. Terus saya terbangun." Sambung Iskandar lagi dengan senyuman manis.

Tisha pula tidak dapat menahan gelak mendengar mimpi rekaan Iskandar.
Sungguh dia rasa kelakar.

story ni kita update sampai sini je ye. Tq pada yg sudi baca. Please support sy di luar. =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience