Rate

Bab 4

Drama Completed 206158

Pagi Ahad itu Tisha bangun sedikit lewat. Selepas Subuh tadi dia menyambung tidur kerana rasa ngantuk yang amat. Telefon pintar di atas meja  katil dicapai. Button home ditekan. Terpapar jam menunjukkan pukul 7.45 am. Tisha bangun lalu merapi kan cadarnya, selimut dilipat kemas.

"Good morning." Sapa Tisha ketika melihat Maya yang berada di dapur. Beg bercorak kaktus diletakkan di atas meja makan kemudian berlalu ke peti ais. Jus oren diambil dibawa ke meja.

"Hye, morning darling. Kau nak pergi mana? Ni aku ada buat nasi goreng. Makanlah dulu sebelum keluar." kata Maya sambil menghulur satu pinggan nasi goreng kepada Tisha.

"Aku nak keluar jap. Kau free ke hari ni?" Soal Tisha pula. Nasi goreng disuap ke dalam mulut.

"Hmm...aku nak keluar jumpa someone tengah hari nanti. Kenapa? Kau balik nanti pukul berapa?"

"Siapa?pakwe baru eh?"

"Ashraf lah. Pernah dulu kita jumpa dia kat depan kolej tu. Kami nak lunch sama nanti." jelas Maya.

"Ohhh dia..kau dengan dia dah jadi ke? Tisha bertanya sambil merapatkan jari telunjuk kiri dan kanannya berulang kali.

"Hmmm...ntah lah aku pun tak tahu."

"Eleh kira jadi lah tu kan.. Apapun hati-hati dengan lelaki baru kenal. Pastikan ikhlas nak kawan kat kau."

"Baik darling" jawab Maya mengukir senyum. Maya dan Tisha akan saling menasihati mengenai hal apa-apapun ibarat adik beradik. Disebabkan mereka jauh dari keluarg masing-masing.

"Oh ya, aku tak pasti lagi aku balik pukul berapa. Hmm, aku nak pergi rumah Rizwan lepastu aku tak plan nak pergi mana lagi. Mungkin terus balik lah kot." Tisha bangun membawa pinggan kosong dan cawannya ke sinki untuk dibasuh.

"Err sha.. macam mana Rizwan? Dia ada cakap apa-apa tak pasal malam kemarin tu?" Soal Maya sambil menghabiskan suapan terakhirnya. Jus oren dalam cawan diminum.

"Belum lagi. Kami gayut kat phone malam tadi pun sembang pasal lain. Malaslah aku nak tanya biar dia sendiri yang cakap. Ni pun dia masih kat KL kot. Petang nanti baru balik. Sementara dia kat sana aku pergi lah kemas rumah dia yang mana patut. Tu jacket dia pun aku lupa bagi balik malam tu" Jelas Tisha panjang lebar. Tangan basah di lap menggunakan kain yang tergantung di tepi sinki kemudian dia berlalu mengambil beg dan jacket Rizwan di atas meja.

"Aku gerak dulu darl.. Good luck dengan lunch date kau" Tisha mengenyit mata kirinya pada Maya sambil berlalu.

" Ye lah, kau hati-hati drive. Apa-apa call aku."

***
KERETA dihentikan tepat di depan rumah Rizwan. Tisha memandang ke halaman rumah tersebut. Terdapat dua buah kereta salah satunya adalah kereta Rizwan, satu lagi kereta mini cooper yang dia tidak tahu siapa pemilik kereta tersebut.

"Rizwan dah balik sini ke? Kenapa dia tak bagitahu. Tapi satu lagi tu kereta siapa pulak? Eh betul ke dia dah balik? Boleh ke aku masuk ni kot-kot ada orang?" Tisha menggaru kepalanya yang bertudung.

"Hishh kan boleh bagi salam dulu. Apa lah aku ni"

Tanpa berlengah lagi, Tisha mengambil beg dan jacket Rizwan yang diletakkan di kerusi penumpang hadapan. Dia keluar dari kereta dan menuju ke rumah Rizwan.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum" Tisha memberi salam sambil mengetuk pintu rumah Rizwan.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum..awak." Sunyi. Beberapa kali dia memberi salam namun tiada sesiapa yang menjawabnya.

"Betul ke Rizwan ada kat dalam, kenapa sunyi je." Tisha bermonolog sendiri. Dia membuka zip begnya mencari kunci pendua rumah Rizwan. Kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu. Pintu kemudian ditolak perlahan.

"Assalamualaikum..awak." Masih sunyi. Tisha membuka kasut melangkah masuk ke dalam rumah yang tidak terlihat kelibat sesiapa.

Pelik. Tisha mula merasa tidak sedap hati. Kaki dihayun laju memanjat tangga ke tingkat atas. Masih tidak kedengaran sebarang bunyi. Dia mengatur langkah perlahan ke sebelah kanan di mana terletaknya bilik tidur Rizwan.

Tiba dihadapan bilik Rizwan, Tisha melihat pintu bilik tersebut sedikit tebuka. Disebalik pintu itu dia melihat sepasang kasut wadges dan sehelai baju seakan dress pendek berwarna hitam serta seluar jeans biru yang terbiar di atas lantai. Tisha yang semakin panasaran terus menolak daun pintu kasar, pintu terbuka luas mengena dinding. Tisha terkedu akan pandangan matanya ketika ini.

"Awak." Suara Tisha perlahan. Beg dibahu terlorot sedikit. Jacket milik Rizwan yang dipegang sedari tadi terlepas dari pegangannya jatuh ke lantai.

Mata Tisha tajam memandang sekujur tubuh milik Rizwan sedang tertidur bersama seorang perempuan yang dia tidak kenali tanpa seurat benang hanya ditutup selimut paras pinggang.

Rizwan tersedar mendengar bunyi pintu yang mengena dinding. Matanya dibuka. Terkejut. Rizwan melihat kehadiran Tisha.

Amarah Tisha datang serentak, dalam kepalanya tika ini dia perlu keluar dari rumah tersebut. Tanpa menunggu lama Tisha berlari turun. Dia sempat mendengar suara Rizwan memanggilnya. Pintu rumah dibuka kemudian berlari ke keretanya.

Rizwan yang tadi terkejut dengan kemunculan Tisha pantas mengejarnya. Namun dia tidak sempat mendapatkan Tisha memandangkan Tisha yang sudah berlalu pergi. Rizwan segera bersiap. Dia perlu mencari Tisha untuk menjelaskan segalanya. Dia tidak mahu Tisha salah faham dan meninggalkan dirinya. Dia tidak boleh kehilangan Tisha kekasih hatinya itu. Rizwan memandu kereta mencari kelibat Tisha merata tempat. Berkali-kali dia cuba menghubungi nombor Tisha tapi tidak berjawab. Rizwan bengang. Bengang akan dirinya mengingatkan kejadian diluar batas tanpa dia sedari malam tadi.

***
"No, Rania! Atas sebab apa I nak berkahwin dengan you Rania? Semata-mata sebab pilihan keluarga? No. Tak akan terjadi." Tinggi suara lelaki itu.

Rizwan tidak tahu hendak berbuat apa lagi apabila Rania anak perempuan kepada kawan ayahnya yang cuba dijodohkan dengannya itu mengekori kereta Rizwan balik ke rumah. Tanpa segan dia meloloskan diri masuk ke dalam rumah walaupun cuba dihalang oleh Rizwan.

"Tapi I sukakan you Riz. I memang setuju dengan pilihan parents kita." Ujar Rania. Dia mendekati Rizwan yang membelakanginya.

"I nak kita hidup bersama. I tak pernah rasa seperti ini Riz. Hanya you lelaki pertama yang I tertarik." Sambung Rania. Jujur dia menyatakan bahawa Rizwan lah lelaki yang dapat mencuri hatinya. Mana-mana lelaki yang sebelum ini cuba mendekati pun dia tolak. Adakalanya hanya peneman keluar enjoy bagi menghilangkan rasa bosannya. Setelah itu ditinggalkan begitu saja. Tidak ada istilah cinta. Tapi sebaliknya ketika dia bertemu Rizwan. Sungguh dia nekad mahukan lelaki itu.

"You balik sekarang. I tak nak tengok you ada kat sini. Kita tak akan menjalinkan apa-apa hubungan." Rizwan membuka pintu mempersilakan Rania keluar.

Rania menahan geram. "Baiklah kalau macam tu. Kalau you free nanti kita jumpa lagi. By the way, tekak I kering lah I nak minum, you ada air tak?" Rania cuba berhela.

"Kejap. You tunggu sini I ambil" ujar Rizwan hendak berlalu ke dapur. Namun pantas dihalang Rania.

"Err..Riz. Tak apa. Biar ambil sendiri. Lagipun I nak tumpang toilet sekali." Rania cepat-cepat masuk ke dalam dapur. Dia menuang air kosong ke dalam cawan kemudian mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. Di campurkan ke dalam air tadi. Air dalam cawan tersebut dibawa keluar dan diberi kepada Rizwan.

"Nah, minumlah reda kan marah you tu. I nak balik." Bohong Rania. Cawan bertukar tangan. Rizwan yang tidak mengsyak apa-apa minum melegakan tekak.

Sekeliling rumah dipandang kelihatan berpusing. Rizwan memegang kepalanya yang terasa berat dan pening. Rania pantas mendapatkan Rizwan, dia memang menjangkakan hal itu terjadi. Rizwan dipapah berbaring diatas sofa. Kepala Rizwan diletakkan di atas pehanya.

"Are you okay Riz?" Rania berpura-pura sambil memicit-micit kepala Rizwan. Lelaki itu akan menjadi miliknya seorang.

"Arghh! Tak guna!" Jerit Rizwan. Barulah dia ingat akan kejadian malam semalam. Dia hanya tersedar apabila mendengar satu bunyi yang kuat dan terpandang Tisha yang berada di depan pintu biliknya.

***
Sudah lebih 30 minit Tisha memandu keretanya tanpa hala tuju. Hatinya cukup terluka bila kejadian tadi terulang layar di depan mata. Sungguh dia tidak menyangka Rizwan sanggup berbuat demikian di belakangnya. Kelopak matanya yang sarat dengan air mata pantas diseka. Dia tidak ingin menitiskan air mata untuk benda sia-sia dalam hidupnya. Dia harus kuat menghadapi semua ini. Dia tidak boleh lemah hanya kerana lelaki. Walaupun dia tahu gelora di dalam hatinya ketika ini cukup menyiksa dirinya.

Kini Tisha berada disekitar Bandar Baru Nilai. Kepala di toleh ke kiri dan kanan mencari nursery. Ya, Tisha harus melakukan sesuatu untuk menenangkan diri, melepaskan serabut dikepala buat masa ini. Dia mengambil keputusan untuk mencari nursery. Tidak berapa jauh darinya, Tisha terpandang satu nursery di hujung jalan. Kereta dipandu ke arah nursery tersebut. Puas Tisha berpusing di kawasan terdekat namun tiada parking kosong yang dijumpainya. Maka dia terpaksa mengambil tempat parking sedikit jauh.

"ISK FURNITURE DESIGNER ENTERPRISE." Tisha membaca signboard di hadapannya. 'parking sini tak apa lah kot' bisik hati Tisha. Enjin kereta ditutup. Dia mengambil begnya lalu keluar dari perut kereta.

Tiga minit berjalan kaki akhirnya Tisha sampai di nursery tersebut. Tidak ramai pengunjung diwaktu tengah hari. Selesa untuknya meluang masa di situ. Kelihatan pokok-pokok hijau dan berwarna-warni menjamu mata. Bermacam bentuk dan saiz. Tisha menuju ke bahagian kaktus dan sukulen. Tersenyum seketika dia melihat pelbagai jenis pokok berduri kesukaannya itu. Ada yang bulat, yang tinggi, dan ada yang mengeluarkan bunga berbagai warna. Hilang seketika kusut dikepalanya.

Setelah hampir sejam Tisha berada di dalam nursery dia keluar dengan membeli dua pot kecil kaktus. Dibalut kemas menggunakan surat khabar kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik. Tisha mempercepatkan langkah kakinya, sekejap lagi akan masuk waktu Zohor. Lebih kurang lagi lima langkah Tisha sampai ke kereta tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi. Tisha berhenti melangkah. Zip beg dibuka mengambil telefon pintar tesebut. Tertera nama Rizwan, dengan sakit hati yang menggunung, dengan pantas Tisha menekan lama button off sehingga skrin ditangannya itu menjadi gelap. Dimasukkan semula ke dalam beg sambil berjalan. Tengah ralit dengan begnya, Tisha terlanggar seseorang.

"Opss! Sor....ry" Tisha terkedu. Lambat dia menghabiskan perkataan sorrynya itu. Plastik yang berisi kaktus ditangan kirinya terlepas jatuh di atas jalan bertar. Dia terus duduk mencangkung mengutip plastik tersebut. Tercabut dari pot dan tergolek keluar salah satu kaktus yang dibelinya tadi. Bersepah tanah di dalam plastik.

"Aduhh, anak duri aku." Spontan Tisha bersuara dan menundukkan kepala.

Iskandar mengukir senyum mendengar tutur kata yang keluar dari mulut gadis tersebut. Dia yang sedari tadi melihat gelagat gadis yang melanggarnya sebentar tadi. 'Gemar sangatkah akan pokok berduri itu? Bukan hanya membawa kaktus, beg pun bercorak kaktus.' Bisik hati Iskandar.

Iskandar turut duduk  mencangkung dihadapan gadis tersebut, kaktus yang tercampak tadi dipegang pada akar dan diangkat.

"Cik Duri. Nah anak duri awak." Iskandar bersuara.

'What? Cik Duri? Dia panggil aku Cik Duri? Ni yang nak mar...Tapi...tapi that husky voice macam pernah dengar.' Tisha mengangkat wajah.

'Huh..aku terlanggar lelaki yang sama ke? Sekali lagi?' Bisik hati Tisha. Dia masih ingat akan suara dan wajah lelaki yang dilanggarnya semasa berkerja di kopitiam dulu.

Iskandar terpana melihat pemilik mata coklat cair itu sebaik gadis tersebut memandangnya. Dia tidak menyangka boleh berjumpa lagi.

"Ehm.." Iskandar berdehem melonggarkan anak tekak sebelum berbicara.

"Again awak? memang suka langgar orang ke?" Soal Iskandar. Bibirnya mengoyak senyum.

Kaktus ditangan Iskandar diambil. Tisha memegang akar kaktus tersebut kemudian dimasukkan ke dalam plastik. Wajahnya berona merah bila lelaki dihadapannya bersuara.

"Err..sorry saya tak sengaja. Err..thanks, Mr...? Err..thanks Mr Husky Voice." Tisha bangun berdiri bergerak laju menghampiri keretanya tanpa menoleh. Pintu kereta dibuka kemudian ditutup semula. Enjin kereta dihidupkan dan memandu pergi.

"Biar betul aku panggil dia Mr Husky Voice? Hish mulut ni pun lah ikut sedap je nak berkata. Eh tak apa kut, dia pun suka hati je panggil aku Cik Duri tadi. Haishhh..kenapalah aku terlanggar dia dulu. Dah lah melatah terpanggil dia sweetheart masa tu. Malunyaaa...harap tang tu dia tak ingat" Tisha berdialog sendiri. Tangan kiri nya menggosok pipi yang masih merah. Sungguh dia malu.

Iskandar tadi masih berdiri di tempat yang sama, melihat kereta myvi hitam itu berlalu hingga hilang dari pandangan mata. Hati miliknya dapat merasakan sesuatu. Mr Husky Voice? Iskandar menyentuh halkumnya dengan hujung jari. Senyuman terukir indah.

Terima kasih sudi membaca..harap cerita ini memuaskan..Next akn update yaa..tq =)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience