BAB 9

Family Completed 2697

“Baiklah kak, hurmm…akak tinggal dekat kawasan perumahan ini juga ke? saya tak pernah pun nampak akak dekat kawasan ni sebelum ini,” Soal lia ingin tahu kerana tidak pernah melihat wanita itu.

“Tak lah, akak bukannya tinggal dekat sini. Sebenarnya akak tengah cari rumah orang tapi masih tak jumpa,” Jawab lia dan mula terfikir ingin bertanya pada kanak-kanak ini tapi niatnya dibatalkan kerana berfikir mungkin mereka tidak tahu.

“Rumah siapa? Akak nak tak ikut kami balik rumah, mungkin mama kami tahu rumah siapa yang kakak cari. Bolehlah saya hidangkan akak minuman. Lagipun akak dah selamatkan adik saya. Anggaplah ini sebagai ucapan terima kasih,” ajak lia sambil tersenyum.

“Boleh ke? Terima kasih adik,” Wanita itu tidak dapat menolak pelawaan gadis remaja itu, ditambah lagi dia sudah kepenatan berjalan kaki mencari rumah yang masih tidak ketemu.

“Assalamualaikum mama! kami dah balik! ada tetamu datang ni!” Jerit lia sebaik sahaja melangkah masuk kedalam rumah.

“waalaikumussalam…Siapanya lia?” Wardah yang berada didapur berjalan menuju keruang tamu. Langkahnya terhenti apabila melihat wajah yang begitu dikenali berdiri dihadapannya.

“Rafina …” Hanya itu ungkapkan yang keluar dari mulut Wardah. Dia tidak menyangka tetamu yang dibawa pulang anaknya itu adalah Rafina.

“Wardah …” Rafina turut terkejut melihat Wardah berdiri dihadapannya berjalan menuju kearah Wardah, dia memeluk tubuh Wardah. Akhirnya, dia jumpa juga rumah Wardah yang kebetulan merupakan ibu kepada gadis yang ditemuinya tadi. Kedua-duanya saling berpelukan melepaskan rindu yang telah lama tersimpan. Lia dan akhil hanya mampu melihat kelakuan mama dan wanita yang baru ditemuinya tadi. Mereka tidak mengerti apa-apa, apa, mereka agak mama dan wanita itu saling mengenali.

“Mak cik tikah, siapa yang datang? apa yang berlaku ni?” Suara Elisha muncul dari ruang dapur, dia merasa pelik melihat makcik Wardah sedang berpeluk dengan wanita masih tidak jelas wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience