BAB 5

Family Completed 2697

“Wardah …” Tangannya memeluk tubuh Wardah dengan air mata yang menitis dipipi.

“Rafina janganlah nangis,” Wardah cuba menenangkan Rafina yang menangis teresak-esak di dalam pelukan Wardah. Dia membawa Rafina duduk di atas katil.

“Mana budak tu,” Soal Rafina yang sudah pun berhenti menangis.

“Kau jangan risau, anak kau ok, aku tumpangkan Elisha dekat rumah makcik zuriah,” Jawab Wardah.

“Kenapa? Kau risau aku cederakan budak tu? memang patut pun kau letak dia jauh dari aku, aku tak nak cederakan dia sampai mati, lagipun aku memang tak nak tengok muka dia,” Celah Rafina yang sepertinya suka berjauhan dari anaknya.

“Tak baik kau cakap macam tu, dia tu anak kau, apa salah dia sampai kau hukum dia macam ini,” Marah Wardah mendengar jawapan Rafina.

“Kau tahukan apa salah dia, dia anak lelaki tak guna tu, sebab lelaki itulah hidup aku jadi hancur macam ini, budak itu sepatutnya mati, aku tak patut lahirkan dia,” Kelihatannya Rafina menjadi marah apabila bercakap mengenai anaknya.

“Yang salah tu bekas suami kau bukan anak kau, tolonglah Rafina sedar, cuba terima takdir allah. Siapa kata hidup kau hancur, kau sepatutnya bersyukur kau dikurniakan seorang anak supaya kau tidak kesunyian dan keseorangan. Kau tahu tak pasti ada hikmah disetiap perkara yang terjadi,” Ujar Wardah mempertahankan Elisha yang sememangny a tidak bersalah dan tidak sepatutnya menanggung kesalahan ibu bapanya. Rafina tergamam apabila mendengar Wardah bersuara.

“Aku tahu aku tak sepatutnya menjadikan anak aku mangsa dari setiap kesalahan yang aku sendiri mulakan tapi aku tak boleh tengok muka dia, kalau aku tengok aku pasti akan teringatkan rizal. Lelaki tak guna yang telah memusnahkan hidup aku, yang telah menjadikan aku anak derhaka dengan orang tua aku. Aku sanggup tinggalkan ibu bapa aku sebab dia, sampai ibubapa aku meninggal pun aku tak dapat nak tengok. Aku tak dapat nak minta maaf dengan diorang. Aku menyesal tak dengar cakap mak bapa aku, tak dengar cakap kau. Aku sangat menyesal. Mungkin ini balasan untuk aku. Elisha tidak sepatutnya lahir kedunia ini, dia tidak sepatutnya ada ibu macam aku,” Rafina seperti mula menyesali kesalahannya, dia menangis teresak-esak dibahu Wardah disaat Wardah mula memeluknya.

“Sabar Rafina sabar, aku faham perasaan kau, aku faham, kau harus terima semuanya sudah terjadi, ini semua ujian dari allah. Semuanya akan baik-baik sahaja, percayalah. Baguslah jika kau ada rasa menyesal, kau masih sempat berubah dan bertaubat, allah itu maha pengampun dan allah juga maha mengetahui, Allah tahu yang kau benar benar sudah menyesal. Ibu bapa kau mesti sudah maafkan kau, aku dengan Elisha ada disisi engkau, Kita mulakan hidup baru bersama-sama, aku tak akan tinggalkan engkau,” ujar Wardah memeluk erat tubuh Rafina.

Wardah tahu Rafina menyesal kerana mengambil keputusan terburu-buru menikahi rizal tetapi dia juga tahu Rafina lebih menyesal kerana tidak sempat meminta ampun dan derhaka dengan orang tuanya. Wardah masih ingat kejadian 2 tahun lepas. Waktu itu dia dan Rafina sama-sama belajar di universiti. Rafina dan Wardah merupakan sahabat baik. Rafina menyatakan hasratnya untuk berkahwin, Wardah turut rasa gembira namun dia tidak menyangka keputusan Wardah untuk bernikah diusia yang masih muda mendapat tentangan dari kedua ibubapanya.

Bapa Rafina begitu marah dengan keputusan Rafina, lebih- lebih lagi rizal jauh lebih tua dari Rafina. Oleh kerana rasa cinta yang mendalam terhadap rizal, ditambah lagi pujukan dari rizal yang berjanji akan menjaga Rafina, Rafina nekad melarikan diri dari rumah. Bapa Rafina tersangat marah dan ibu Rafina mula jatuh sakit kerana terlalu rindukan Rafina. Wardah sebagai kawan Rafina tidak putus memberi nasihat supaya Rafina berfikir semasak-masaknya kerana tidak mahu Rafina menyesal dikemudian hari, namun semuanya sia sia, Rafina sudah kemaruk dengan cintanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience