BAB 6

Family Completed 2697

Belum sampai setahun mereka berkahwin, rizal mula menunjukkan belangnya, Semenjak Rafina menyesyaki rizal mempunyai perempuan lain dan ternyata rizal benar mempunyai perempuan lain dibelakang Rafina. Semenjak dari itu, Rafina sering dimarahi, dikasari malah sering dipukul rizal. Rafina yang menyesal dengan tindakan terburu- burunya dulu ingin pulang bertemu ibubapanya tetapi rizal tidak mengizini, betapa kejamnya apabila rizal tidak membenarkan Rafina pulang melihat jenazah orang tuanya yang meninggal akibat kemalangan, atas nasihat dan pertolongan Wardah, Rafina dan rizal akhirnya bercerai. Kesengsaraan dan penyesalan yang dialami membuatkan Rafina trauma, apatah lagi selepas bercerai Rafina mendapati dirinya hamil. Pernah sekali kerana hasutan syaitan Rafina ingin menggugurkan kandungannya tetapi sempat dihalang oleh Wardah yang sentiasa menjaga Rafina.

Malam itu, Rafina benar- benar menyesal, buat pertama kalinya setelah sekian lama dia kembali sujud mengadap illahi. Melepaskan segala penyesalan dalam diri, Wardah yang kebetulan lalu dihadapan bilik Rafina terharu melihat perubahan diri Rafina malam itu. Wardah merasaakan Elisha akan merasai kasih sayang seorang ibu selepas ini. Wardah tersenyum bahagia.

Ternyata apa yang dilihat Wardah malam tadi tidak seperti yang sebenarnya terjadi. Keesokkan hari selepas pulang dari kerja, Wardah menyedari Rafina tiada didalam biliknya, dia mencari Rafina disekeliling rumah. Tetapi sayang Rafina tiada, dia hanya menjumpai sehelai kertas diatas katil Wardah.Wardah membuka surat itu dan membaca nota yang ditulis Rafina.

Wardah pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada kau yang banyak menolong aku dan sentiasa ada disisi aku. Aku minta maaf tikah, aku terpaksa tinggalkan kau dengan Elisha. Aku dah sedar yang aku sangat sayang dekat Elisha tapi aku juga sedar aku tak layak jadi ibu dia. Aku tak nak dia malu sebab ada ibu macam aku. Dia akan lebih bahagia tanpa aku. Maafkan aku kerana membebankan kau Wardah, maafkan aku menghancurkan hidup kau dengan menyuruh kau menjaga anak aku, tapi aku tiada pilihan hanya kaulah satu-satunya yang menyayangi Elisha lebih dari diriku. Aku tak mampu dan tidak sanggup menjaga dirinya. Aku ini ibu yang jahat, aku pernah mengharapkan dia mati. Aku pentingkan diri sendiri. walaupun aku sudah meminta ampunkepada allah, namun aku masih lagi tidak tenang, mungkin ini juga hukuman untukku,aku perlu mencari ketenangan itu, aku tahu aku telah melakukan kesalahan lagi kerana meninggalkan anakku seperti aku meninggalkan ibubapaku. Tapi, aku merasa sangat bersalah. Aku perlu pergi, mungkin ini adalah jalan yang baik untuk, aku tahu aku terlihat seperti seorang ibu yang mementingkan diri. Aku berjanji suatu hari nanti aku pasti akan kembali. Didalam kotak itu ada seutas gelang, itu adalah pemberian ibuku, satu satunya kenangan terakhir dari ibuku, hanya itu dapat kuberikan untuk Elisha. Selamat tinggal Wardah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience