BAB 10

Family Completed 2697

Rafina mengangkat kepalanya apabila mendengar suara itu, seperti ada tarikan untuk melihat pemilik suara itu. Rafina memandang Elisha yang sepertinya terkejut melihat dirinya. Disaat itu, mata Elisha bulat memandang wanita itu, wajah wanita itu sangat dikenalinya. Wajah yang sama seperti wajah gambar ibunya, namun dia tidak pasti adakah ini benar. Adakah ibunya sudah kembali?.

Rafina memandang wajah Wardah, Wardah mengangukkan kepalanya seperti memahami apa yang difikirkan Rafina. “Elisha …” Suara Rafina lembut memanggil. Dia seakan tidak percaya anak yang ditinggalkan kerana sikap pentingkan dirinya dulu sudah membesar menjadi seorang gadis remaja yang cantik.

“Ibu!” Elisha menjerit lembut. Dia berlari memeluk ibunya yang dia ingin sekali temui. Dia yakin itu benar ibunya apabila mendengar wanita itu memanggil namanya. Hari ini doanya menjadi kenyataan. Ibunya kembali menemuinya.

“maafkan ibu Elisha, maafkan ibu,” Rafina membalas pelukan anaknya yang begitu dirindui selama ini. Hanya air mata yang mengakhiri kasih mereka. Ucapan maaf dari mulut Rafina tidak berhenti dan ucapan sayang dari Elisha untuk ibunya akhirnya dapat diungkapkan.

Wardah hanya mampu menitiskan air mata. Dia memeluk kedua anaknya yang tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Akhirnya kasih Elisha untuk ibunya sudah terbalas. Penantian dan doa yang dikirimkan untuk ibunyah tidak sia-sia. Wardah selalu mengingatkan Elisha syurga itu dibawah telapak kaki ibu dan kasih ibu sampai kesyurga. Sejahat dan seteruk mana pun ibu kita, dia tetap orang yang telah melahirkan kita kedunia. Tidak semua ibubapa yang meninggalkan anakya adalah orang yang jahat. Sememangnya Rafina bersalah kerana meninggalkan Elisha tetapi Rafina beruntung mempunyai anak yang baik seperti Elisha yang sering berdoa agar Rafina ditunjukkan jalan untuk kembali padanya. Rafina pasti tidak menyangka anak yang ditinggalkan selama ini tidak membenci mahupun berdendam dengannya, dia malah disayangi dan diterima.

Nampaknya, Rafina sememangnya tidak dapat mengelak dari perasaan menyesal, jujur Rafina menyesal meninggalkan Elisha dan terlepas saat-saat melihat Elisha membesar. Tapi, satu sahaja yang tidak Rafina menyesal, dia tidak menyesal meninggalkan Elisha pada Wardah. Wardah telah mendidik Elisha menjadi seorang anak yang baik, anak yang tidak berdendam dengan seorang ibu yang telah meninggalkan anaknya bertahun lamanya kerana sikap pentingkan diri. Namun segalanya telah berlaku, tiada apa yang boleh ditarik dan diubah. Bak kata perpatah ‘telajak perahu boleh diundur, telajar kata dan perbuatan sama sekali tidak boleh diundur’ hidup perlu diteruskan.

“Terima kasih yaallah, kau masih memberi peluang untukku, aku akan menghargai peluang yang kau berikan ini, ternyata inilah kebahagian yang selama ini aku cari yang ternyata kebahagiaan yang aku sendiri tinggalkan. Bertapa bodohnya diriku, Maafkanlah ibu Elisha,” bisik hati Rafina mengakhiri tangisannya dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience