BAB 2

Family Completed 2697

“Biarlah dia mati! aku tak peduli! aku nak kau keluar dari bilik ni sekarang! Pergi! Pergi! aku tak nak tengok muka dia!” Tiba-tiba, Rafina menjerit-jerit seperti orang hilang akal, dia membaling-baling bantal dan segala barang yang berada disekelilingnya kearah Wardah. Keadaan Rafina semakin tidak terkawal malah pujukan Wardah nampaknya tidak berhasil.

“Wardah mengucap jangan buat macam ni,” Wardah memeluk Elisha dan mengelak supaya tidak terkena barang merbahaya yang dibaling kearahnya. Nampaknya tiada apa yang dapat memujuk Rafina saat ini. Dia terus meluru keluar dari billik itu, tangisan Elisha semakin kuat didengari. Rafina menutup pintu bilik dengan kuat sekali. Kelihatannya emosi Rafina semakin tidak stabil dan tangisan Elisha pula tidak mahu berhenti.

Wardah mencapai dan memakai tudung sarungnya, dia yang kebuntuan keluar dari rumahnya membawa Elisha kerumah makcik zuriah. Makcik zuriah pasti akan menolongnya, Makcik zuriah merupakan jiran Wardah di kawasan perumahan ini. Makcik zuriah jugalah yang menolong Wardah menjaga Rafina ketika sedang berpantang dalam tempoh sebulan ini semasa Wardah pergi kerja. Dia juga mengetahui masalah yang dialami Rafina. Wardah berlari kerumah makcik zuriah yang tidak jauh dari rumahnya, sesampainya Wardah dirumah makcik zuriah, dia segera menjerit memberi salam.

“Assalamualaikum mak cik! mak cik zuriah! makcik zuriah!” Wardah berulang ulang kali melaung memanggil nama makcik zuriah, berharap makcik zuriah mendengar dan segera keluar.

Waalaikumusalam, kamu ke tu Wardah ? Kenapa datang malam- malam ni? Elisha ni kenapa menangis?” Soal makcik zuriah sambil tangannya membuka mangga pintu pagar. Makcik zuriah mengajak Wardah masuk, didalam rumah Wardah segera meminta tolong makcik zuriah bagaimana untuk menghentikan Elisha dari terus menangis kerana Rafina tidak mahu menyusukannya. Dia tidak sempat menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku, mungkin selepas ini.

“Makcik cik tolong saya, Elisha menangis tak berhenti, Rafina tak nak susukan dia, apa saya nak buat,” Ujar Wardah tidak dapat menyembunyikan kegelisahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience